COWAY Quality LIFE

COWAY Quality LIFE CLOUDCASTLE ~ MakeYourLifeEasy🥰
~ u follow i followback ~ 🤗
(2)

28/08/2026

BISMILLAH💗

setialah dengan satu orang dan jatuh cinta lah dengan dia setiap hari💓

28/08/2026

I got over 500 reactions on one of my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉

28/08/2026

BISMILLAH💗

Sambal Goreng Jawa✨

Repeat lagi lauk ni🫠
Mudah je nak buat versi saya.
Kali ni saya buh pedal dan hati dan bahan2 yg ada dalam stok dapur je.
Makan dengan nasi panas2 dan telur dadar pun dah cukup.
Nak ratah camtu je pun sedap sebab tu saya lebihkan suhun😉

Bahan2 :-
📌pedal dan hati (yg telah dipotong kecil dan direbus serta ditoskan)
📌tahu
📌pes sambal tumis
📌sos tiram
📌sos tomato
📌kicap lemak manis
📌cukup rasa
📌air secukupnya
📌minyak
📌kacang panjang
📌bawang merah
📌lada merah
📌suhun yg telah direndam dan toskan

Cara2 :-
1. Rebus terlebih dahulu pedal dan hati ayam dan toskan.
2. ⁠panaskan minyak dalam kuali, goreng tahu yg telah dipotong kecil
3. ⁠da kecoklatan, angkat tahu ketepikan
4. ⁠minyak yg sama, goreng pedal dan hati ayam yg telah direbus tadi
5. ⁠dah agak sedikit garing, angkat dan toskan
6. ⁠masukkan pes sambal tumis dalam minyak yg sama, kacau sekejap
7. ⁠masukkan sos tiram, sos tomato, kicap lemak manis dan cukup rasa, dan air, gaul sebati
8. ⁠dah mendidih masukkan kacang panjang, hati dan pedal, tahu, bawang merah dan lada merah, kaupbalikkan selata
9. ⁠masukkan suhun dan kaupbalikkan sekata, tambah kicap lemak manis dan perasakan untuk rasa dan warna lebih cantik
10. ⁠matikan api dan sedia untuk dihidang
Selamat mencuba!😉

28/08/2026

BISMILLAH💗

Salam Jumaat Sahabat Syurga🥰

27/08/2026

BISMILLAH💗

good Goodbye🕊

27/08/2026

BISMILLAH💗

Kuey Teow Goreng Telur Puyuh🍽🕊

Salah satu menu simple kegemaran anak-anak👧🏼🧒🏼👶🏼

Bahan2 :-
📌Kuey Teow
📌minyak
📌kerang
📌baby prawn
📌pes sambal tumis
📌sos tiram
📌sos tomato
📌kicap lemak manis
📌sos sotong
📌cukup rasa
📌sawi pak choy
📌telur puyuh yg telah direbus dan dikupas kulit
📌daun ketumbar
📌lada merah
📌taugeh

Cara2 :-
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. ⁠goreng sekejap kerang dan baby prawn
3. ⁠dah agak2 masak, angkat dan ketepikan
4. ⁠kuali yg sama tambah sedikit lagi minyak
5. ⁠masukkan pes sambal tumis dn kacau sekejap
6. ⁠masukkan sos tiram, sos tomato, sos sotong dan kicap lemak manis dan taburkan cukup rasa
7. ⁠kacau sekata perencah
8. ⁠dah sekata masukkan kuey teow yg telah dibasuh dan ditoskan
9. ⁠masukkan batang sayur pak choy serta kerang dan baby prawn tadi, dan kaup balikkan sekata
10. ⁠tambah kicap untuk warna yg lebih pekat dan berkilat (perasakan dan tambah apa yg perlu)
11. ⁠masukkan telur puyuh dan daun sawi pak choy, kaup balikkan sekata
12. ⁠taburkan daun ketumbar dan hirisan lada merah serta taugeh
13. ⁠kaupbalikkan merata sekejap agar kerangupan taugeh masih terasa ketika dikunyah.
14. ⁠matikan api dan sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba!😉

27/08/2026

BISMILLAH💗

Salam Khamis Sahabat Syurga🥰

26/08/2026

BISMILLAH💗

Dan....bahagian yg paling sukar bukanlah hanya kehilangannya, tetapi mengetahui bahawa jika anda membuat satu pilihan yg berbeza, pengakhirannya juga sama sekali berbeza.🥀

26/08/2026

BISMILLAH💗

Tumis Taugeh Tahu🌱🧄🧅

Kalau xde idea nak masak apa? Tapi tiaphari mesti nak makan sayur🌱🌱
Cubalah resepi ni, cepat dan senang..
tungtang tungtang dah siapp🫠
Ratah camtu je pun sedap.

Bahan2 :-
📌tahu
📌bawang putih
📌bawang merah
📌udang kering
📌minyak
📌kacang panjang
📌taugeh
📌lada merah
📌daun bawang
📌cukup rasa
📌garam

Cara2nya :-
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. ⁠goreng tahu yg telah dipotong kecil
3. Warna tahu dah kecoklatan, angkat ketepikan
4. ⁠minyak yg sama, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga layu dan naik bau
5. ⁠masukkan kacang panjang, taugeh, tahu, lada merah dan daun bawang
6. ⁠masukkan cukup rasa dan garam
7. ⁠bolak balikkan sekata, perasakan
8. ⁠jangan masak lelama sebab nk kekalkan kerangupan taugeh tu, tutup api dan sedia utk dihidang
Selamat mencuba!😉

26/08/2026

BISMILLAH💗

Salam Rabu Sahabat Syurga🥰

Alhamdulillah🤲🏻

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when COWAY Quality LIFE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share