06/10/2025
Pengarah Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri, memaklumkan bahawa salah seorang peserta misi Sumud Nusantara, Senator Mushtaq Ahmed Khan yang merupakan delegasi dari Pakistan, masih belum dibebaskan oleh pihak rejim Israel.
Senator Mushtaq kini dilaporkan masih ditahan di salah sebuah penjara rejim Zionis selepas kapal yang dinaikinya dipintas di perairan antarabangsa bersama 462 peserta lain daripada Global Sumud Flotilla.
Sumud Nusantara menegaskan bahawa penahanan ini adalah tindakan tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa, kerana semua peserta flotilla adalah aktivis awam yang menjalankan misi kemanusiaan secara aman dan undang-undang antarabangsa.
Kami menyeru seluruh masyarakat antarabangsa, pertubuhan hak asasi manusia, dan rakyat Malaysia untuk bersama menuntut pembebasan segera Senator Mushtaq Ahmed Khan serta semua aktivis Global Sumud Flotilla yang masih ditahan oleh rejim Zionis.
________________________________________
Director of Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri, confirmed that one of the participants of the Sumud Nusantara mission, Senator Mushtaq Ahmed Khan from the Pakistan delegation, has not yet been released by Israeli authorities.
Senator Mushtaq remains detained in an Israeli prison after his vessel was intercepted in international waters together with 462 participants of the Global Sumud Flotilla.
Sumud Nusantara strongly condemns this unlawful act, which represents a blatant violation of international law. All flotilla participants were civilians on a peaceful humanitarian mission to deliver aid and call for an end to Israel’s illegal blockade on Gaza.
We urge the international community, human rights organizations, and the people of Malaysia to continue demanding the immediate release of Senator Mushtaq Ahmed Khan and all Global Sumud Flotilla activists still held by the Israeli regime.
No More Silence. No More Siege.