Johor Online News

Johor Online News Johor Online News

15/01/2026

bersama Ybhg Ustaz Khairul Fahmi
tajuk : Israk Mikraj

@topfansPersatuan Penjaja dan Peniaga - PPPPIKMJBOnn Hafiz GhaziMajlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri JohorMajlis Agama Islam Johor

14/01/2026

Ucapan dari Tuan Haji Abdullah Bin Md Yusuf YDP PERSATUAN PENJAJA, PENIAGA DAN PENGUSAHA INDUSTRI KECIL MELAYU JOHOR BAHRU sempena majlis Cinta Allah & Rasul di Uptown

PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN MALAM  CINTA ALLAH DAN RASUL S.A.W. 1447H🔹TARIKH : 10 JANUARI 2026 (SABTU)🔹MASA : 6.00 PETANG ...
11/01/2026

PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN MALAM CINTA ALLAH DAN RASUL S.A.W. 1447H
🔹TARIKH : 10 JANUARI 2026 (SABTU)
🔹MASA : 6.00 PETANG HINGGA 11.00 MALAM
🔹TEMPAT : PEKARANGAN LAMAN PANDAN UPTOWN
Aktiviti yang diadakan seperti:
Majlis Berselawat Dan Qasidah Dimulakan (Kumpulan Pertubuhan Selawat Kamilah Tauriah Negeri Johor)
Ceramah Malam Cinta Allah Dan Rasul SAW Disampaikan Oleh
As- Syeikh Ustaz Esby Islami Bin Rifal.
(Rasulullah SAW: Kelahiran Membawa Rahmat Mikraj Membawa Amanah)

kami dari warga kerja dan pengurusan Pandan Uptown & Persatuan Penjaja dan Peniaga - PPPPIKMJB mengucapkan Salam Takziah...
06/01/2026

kami dari warga kerja dan pengurusan Pandan Uptown & Persatuan Penjaja dan Peniaga - PPPPIKMJB mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdul Rahman Bin Ismail yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

mohon share ......Pelik Hairan ... Pengusaha Kecil, ternak sendiri , jual sendiri pun goyang ... patut bersyukur n sokon...
05/01/2026

mohon share ......Pelik Hairan ... Pengusaha Kecil, ternak sendiri , jual sendiri pun goyang ... patut bersyukur n sokong setidak2nya isu orang tengah selesai...

Saya berlapang dada je. Isu KKM ni bukan kali pertama kami didatangi pengautkuasa. Dulu masa saya jual ayam murah. Siap KPDNKK dari Purtajaya penguatkuasa turun. Katanya ada orang report jual ayam murah. Saya tanya balik “ bukan ke yang tuan kena cek kenapa jual ayam mahal “. Selamba dia pegawai tu cakap “ mana tahu dapat ayam seludup “.

Terdiam kejap. Tapi lepas tu jadi kawan je. Bukan nak lawan mereka. Kalau bincang baik-baik deorang ok je. Kekadang pengadu je ni lebih. Biasanya pesaing.

Pasal produk tu. Saya akui saya salah. Tapi tulah bukan orang faham jiwa pejuang. Tentu ada yang tertawakan. Biarlah mereka. Beri masa kami untuk habiskan stok. Lepas ni kami stop.

“Saya selalu terfikir satu benda…”

Kalau produk kampung yang dibuat sikit-sikit,dibuat dengan tangan sendiri, dibuat untuk sara keluarga…

disamakan syaratnya dengan kilang besar,

berapa ramai agaknya peniaga kecil yang akan berhenti sebelum sempat bermula?

Kami bukan nak langgar undang-undang.
Kami cuma nak cari rezeki cara jujur.Kalau orang kecil tak dibantu,siapa sebenarnya yang akan jaga ekonomi kampung?

Fikir yang lain

Nak habiskan minyak tanduk rusa. Ada 500 botol lagi dalam stok. Penghantaran percuma. 3 botol lebih murah dengan percuma cili kering.

Link kat ruang komen

04/01/2026

Sambutan Ketibaan Pelancong Meraikan Permulaan Tahun Melawat Johor 2026

Johor memulakan tirai tahun 2026 dengan penuh meriah menerusi Sambutan Ketibaan Pelancong yang berlangsung serentak di 13 pintu masuk utama negeri Johor, melibatkan laluan udara, darat dan laut.

Majlis sambutan ketibaan pelancong yang berlangsung di Kompleks Kastam Sultan Abu Bakar (CIQ 2nd Link) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Pandak bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar. Hadir sama mengiringi Ybrs. Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP, Encik Azrizul bin Mizlan, Majestic Johor Tourism Sdn.Bhd serta dif-dif jemputan.
Johor kini bersedia menyambut pelawat dan pelancong untuk meneroka keindahan alam semula jadi, kekayaan budaya, warisan dan kepelbagaian gastronomi sepanjang tahun 2026.

Onn Hafiz Ghazi
Pandak Ahmad



03/01/2026

Sambutan Ketibaan Pelancong Meraikan Permulaan Tahun Melawat Johor 2026

Johor memulakan tirai tahun 2026 dengan penuh meriah menerusi Sambutan Ketibaan Pelancong yang berlangsung serentak di 13 pintu masuk utama negeri Johor, melibatkan laluan udara, darat dan laut.

Sambutan ketibaan pelancong yang berlangsung di Terminal Feri Pasir Gudang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar MBPG. Hadir sama mengiringi Puan Nadia Hanim Muhammad, Tourism Malaysia HQ; Puan Nabilah, Majestic Johor Tourism Sdn.Bhd serta dif-dif jemputan.

Johor kini bersedia menyambut pelawat dan pelancong untuk meneroka keindahan alam semula jadi, kekayaan budaya,
warisan dan kepelbagaian gastronomi sepanjang tahun 2026.
Sumber : Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Onn Hafiz Ghazi



02/01/2026

Johor Sambut Ketibaan Pelancong Sempena Tahun Melawat Johor 2026
Negeri Johor memulakan tirai tahun 2026 dengan penganjuran Sambutan Ketibaan Pelancong yang berlangsung serentak di 13 pintu masuk utama melibatkan laluan udara, darat dan laut.
Majlis Sambutan Terminal Ferry International Puteri Harbour telah dirasmikan oleh YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI HASRIN KAMAL BIN HASHIM, DATUK BANDAR Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, dengan kehadiran kepimpinan negeri serta wakil agensi pelancongan.
Ketibaan pelawat diserikan dengan persembahan kebudayaan Johor termasuk flash mob tarian zapin, paluan kompang serta acara silang budaya yang menampilkan kepelbagaian etnik dan warisan negeri Johor, sekali gus menggambarkan semangat perpaduan, keharmonian dan kemajmukan bangsa.
Selain itu, pelawat turut menerima cenderahati eksklusif bertemakan Tahun Melawat Johor 2026, menandakan bermulanya kempen pelancongan negeri secara rasmi.
Johor kini bersedia menyambut pelancong domestik dan antarabangsa untuk meneroka keindahan alam semula jadi, kekayaan budaya, warisan serta kepelbagaian gastronomi sepanjang tahun 2026.



Onn Hafiz Ghazi Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor DEWAN Teraju Usahawan JOHOR Tourism Johor Saya Orang Johor JOHOR Southern Tigers
MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

01/01/2026

Johor Sambut Ketibaan Pelancong Sempena Tahun Melawat Johor 2026

Negeri Johor memulakan tirai tahun 2026 dengan penganjuran Sambutan Ketibaan Pelancong yang berlangsung serentak di 13 pintu masuk utama melibatkan laluan udara, darat dan laut.

Majlis sambutan utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, dengan kehadiran kepimpinan negeri serta wakil agensi pelancongan.

Ketibaan pelawat diserikan dengan persembahan kebudayaan Johor termasuk flash mob tarian zapin, paluan kompang serta acara silang budaya yang menampilkan kepelbagaian etnik dan warisan negeri Johor, sekali gus menggambarkan semangat perpaduan, keharmonian dan kemajmukan bangsa.

Selain itu, pelawat turut menerima cenderahati eksklusif bertemakan Tahun Melawat Johor 2026, menandakan bermulanya kempen pelancongan negeri secara rasmi.

Johor kini bersedia menyambut pelancong domestik dan antarabangsa untuk meneroka keindahan alam semula jadi, kekayaan budaya, warisan serta kepelbagaian gastronomi sepanjang tahun 2026.




Onn Hafiz Ghazi Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor DEWAN Teraju Usahawan JOHOR Tourism Johor Saya Orang Johor JOHOR Southern Tigers

Daripada kami seluruh warga Johor Online News & Pandan Uptown Market, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan t...
31/12/2025

Daripada kami seluruh warga Johor Online News & Pandan Uptown Market, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan anda sepanjang tahun 2025.

Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak kejayaan, rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik serta kebahagiaan buat kita semua.
Teruskan bersama kami dalam menyokong komuniti, usahawan tempatan dan info yang sahih untuk rakyat Johor.

🎉 Jumpa anda di Pandan Uptown Market
📍 Meriah • Santai • Untuk Semua

2026, kita melangkah ke hadapan bersama!




20 Disember 2025 [ Konvokasyen KLTVET Kali ke-6 ]Persatuan Penjaja dan Peniaga - PPPPIKMJB & Johor Online News terus men...
22/12/2025

20 Disember 2025 [ Konvokasyen KLTVET Kali ke-6 ]
Persatuan Penjaja dan Peniaga - PPPPIKMJB & Johor Online News terus mengorak langkah apabila secara rasmi menandatangani MOU bersama KLTVET! Kerjasama strategik ini merupakan manifestasi sokongan terhadap pembangunan profesionalisme usahawan melalui program RPEL
Tahniah juga diucapkan kepada 4 orang ahli menerima Diploma RPEL daripada pelbagai jurusan
Perkara ini selari dengan kenyataan Presiden KLTVET merangkap Presiden Majlis Integrasi Pendidikan Negara (MIPN), Prof. Ts Dr Zam @ Ab Razak Zamri, bahawa inisiatif RPEL wajar diperkasa kerana memberi peluang kepada golongan bekerja dan usahawan tanpa laluan akademik konvensional untuk memperoleh pengiktirafan formal

Address

Johor Bahru
80990

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johor Online News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share