Persatuan Komuniti Perjiranan 6 Ribj Bandar Dato' Onn Johor Bahru Johor

Persatuan Komuniti Perjiranan 6 Ribj Bandar Dato' Onn Johor Bahru Johor PERSATUAN KOMUNITI PERJIRANAN 6 (RIBJ) BANDAR DATO' ONN JOHOR BAHRU JOHOR

20/10/2025

🪔 SELAMAT🪔
🎇 MENYAMBUT DEEPAVALI🎇
Persatuan Komuniti Perjiranan 6 (RIBJ) Bandar Dato' Onn, dengan mewakili Yayasan Bandaraya Johor Bahru & Ahli Majlis MBJB - Zon Dato’ Onn , sempena :-

Pemberian cenderahati dari Ahli Majlis untuk Ahli Komuniti Bangsa India sempena Deepavali 2025

🗓️ 17 Oktober 2025
⌚ 08.00pm
📍 Taman Permainan 6/11
Penerima Sumbangan : 9 orang ahli komuniti bangsa india RIBJ

"Deepavali, yang melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, adalah peringatan kepada kita semua tentang pentingnya perpaduan & kebersamaan dalam komuniti yang harmoni. Semoga sambutan ini mengeratkan lagi hubungan antara kita dan mengukuhkan semangat muhibah serta saling menghormati".

Dengan penuh ikhlas :
Biro Kebajikan PKP6 (RIBJ)

13/10/2025
30/09/2025

“All the best to the 8 teams—play hard, have fun, and enjoy the game!”

28/09/2025
28/09/2025
28/09/2025
05/09/2025

✨ UCAP SALAM MAULIDUR RASUL✨
Ikhlas dari PKP6 RIBJ Bandar Dato' Onn.

"Cantik kuntuman bunga dahlia,"
"Pohon melatih di tepi perigi,"
"Rasullulah junjungan yang mulia,"
"Halus pekerti indah peribadi."

🌙 Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M kepada jiran² Muslimin dan Muslimah di Kejiranan RIBJ Bandar Dato' Onn, dan semoga kita sentiasa beramal mengikut Sunnah Baginda.

➡️ Meneladani Sunnah Rasulullah SAW adalah salah satu cara kita membuktikan cinta kita kepada Baginda.

➡️ Sewaktu berhijrah ke Madinah, Rasulullah bukan sahaja Baginda berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar melalui Piagam Madinah, malah bersama kaum Yahudi.

➡️ Penyatuan yang diasaskan Baginda merentasi kabilah, agama serta fahaman.

➡️ Konsep penyatuan yang dibawa Rasulullah mengajar kita untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang demi mewujudkan satu Keluarga Malaysia yang harmoni.🇲🇾

✨ "Daripada Abu Hurairah ra, yang berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, nescaya Allah berselawat kepadanya 10 kali."
(HR Muslim, Abu Daud, An-Nasai,
At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)."

31/08/2025

UCAP TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN AMBANG MERDEKA🎇🎆
Anjuran KRT RIBJ Bandar Dato' Onn dengan Kerjasama PKP6 RIBJ Bandar Dato' Onn

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Jiran² Warga Kejiranan RIBJ Bandar Dato' Onn...

Disertakan dgn ini, Syair untuk KRT RIBJ BDO:
Sungguh indah bunga di taman,
Kuntum mekar indah berseri;
Semangat sukarela harus ditanam,
Untuk Malaysia sentiasa di hati.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program bermakna ini. 🥳👏🏼🤝

Khasnya buat Tenaga Kerja Kawasan Rukun Tetangga Rumah Impian Bangsa Johor -RIBJ yang telah Bertungkus Lumus demi membangkitkan semangat perpaduan dari awal hingga akhir di Kejiranan RIBJ Bandar Dato' Onn. 🇲🇾

✊Semoga ia menjadi pemangkin kepada perpaduan yang lebih erat, masyarakat yang lebih selamat serta terus harmoni dan sejahtera.

Buat Jiran² Komuniti Kejiranan RIBJ Bandar Dato' Onn:
Meredah hujan untuk kembara,
Rehat sebentar menjamu juadah,
Hargai Merdeka yang kita rasa,
Hilang ia sesal tak sudah.

✨Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 68 & Hari Malaysia dari kami Jawatankuasa PKP6 RIBJ Bandar Dato' Onn.✨

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa PKP6 RIBJ Bandar Dato' Onn☔






Majlis MBJB - Zon Dato’ Onn
Puah 潘伟斯
Kampung Kangkar Tebrau & Rangkaian
Polis Bandar Dato' Onn Johor Bahru


Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Perpaduan Negara Negeri Johor









Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Johor - ROS JOHOR
RIBJ KIDZ

Throwback!!Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 2PKP6 RIBJ BDOTelah berlangsung pada :🗓️ 09/8/2025 (Sabtu)⏰ 8.45 Malam hingga...
13/08/2025

Throwback!!

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 2
PKP6 RIBJ BDO

Telah berlangsung pada :

🗓️ 09/8/2025 (Sabtu)
⏰ 8.45 Malam hingga selesai
📍 Taman Permainan 6/11

Kehadiran Tetamu Jemputan :
- Ketua kampung Kangkar Tebrau Baru &
- Wakil Balai Polis Bandar Dato' Onn.
- Penduduk 57 orang

Terima Kasih diatas Kerjasama Jiran² RIBJ semua, semoga PKP6 RIBJ maju jaya demi Kebajikan Kejiranan Komuniti RIBJ.😃🤝

PKP6 Selesai Bersidang !

Yang Menjalankan Kewajipan.
PKP6 RIBJ BDO

Address

Perjiranan 6
Johor Bahru
81100

Telephone

+60167109692

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Komuniti Perjiranan 6 Ribj Bandar Dato' Onn Johor Bahru Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Komuniti Perjiranan 6 Ribj Bandar Dato' Onn Johor Bahru Johor:

Share