Pandan Daily News

Pandan Daily News Pandan Daily News is additional advantage providing studio to anchor segments as with talk show, business promotion and daily news

13/08/2026

BERSAMA YBHG USTAZ HAMKA IDRIS
"PENULISAN AL-QURAN"
M***i JohorPekida Daerah Johor Bahru-Official

06/08/2026

BERSAMA YBHG USTAZ KHAIRUL FAHMI
"DOA"
M***i JohorPekida Daerah Johor Bahru-Official

ASSALAMMUALAIKUM,PANDAN DAILY NEWS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepadaENCIK MOHD HAFIZ BIN ALIM...
06/08/2026

ASSALAMMUALAIKUM,

PANDAN DAILY NEWS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada

ENCIK MOHD HAFIZ BIN ALIMAN

atas pelantikan sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam memperkukuhkan lagi tadbir urus serta perkhidmatan kepada masyarakat dan pembangunan Bandaraya Johor Bahru.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan serta komitmen yang dimiliki, beliau dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah yang diberikan.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya diucapkan.

Ikhlas daripada,
PENGURUSAN & WARGA KERJA

PANDAN DAILY NEW

Media Komuniti Pandan.

23/07/2026

BERSAMA YBHG USTAZ HAMKA IDRIS
"BERIBADAH BERSAMA KELUARGA"

M***i JohorPekida Daerah Johor Bahru-Official

16/07/2026

BERSAMA YBGH USTAZ KHAIRUL FAHMI
"KAFFARAH"

@top fansJabatan M***i Johor

*Persatuan Penjaja Peniaga Dan Pengusaha Industri Kecil Johor Bahru Dan Pandan Uptown Market Johor Bahru* Merakamkan set...
12/07/2026

*Persatuan Penjaja Peniaga Dan Pengusaha Industri Kecil Johor Bahru Dan Pandan Uptown Market Johor Bahru*

Merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh kepimpinan, jentera serta penyokong Barisan Nasional (BN) atas kemenangan yang telah diraih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Semoga kemenangan ini menjadi satu amanah yang dipikul dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan tanggungjawab dalam meneruskan agenda pembangunan Negeri Johor serta memperkukuhkan sektor pelancongan, ekonomi dan memberi tumpuan kepada mendengar suara anak muda melalui pelbagai sesi libat urus yang menyentuh isu pekerjaan, pendidikan, pemilikan rumah, keusahawanan, pembangunan kemahiran serta kos sara hidup demi kesejahteraan rakyat Bangsa Johor.

Semoga Negeri Johor terus berkembang sebagai sebuah negeri yang maju, makmur, harmoni dan menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia berteraskan nilai-nilai murni.

Selamat Maju Jaya & Terus Berkhidmat Demi Agama, Bangsa, Negeri dan Negara.

Ikhlas daripada,
Persatuan Penjaja Peniaga Dan Pengusaha Industri Kecil Johor Bahru &
Pandan Uptown Market Johor Bahru.

09/07/2026

BERSAMA YBHG USTAZ HAMKA IDRIS
"MENGAJAR ANAK ASAS ALAMI"

@top fansJabatan M***i Johor

MALAYSIA BERPONTESI TARIK PELABURAN SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU, TVETKesatuan Eropah (EU) menyifatkan Malaysia sebagai negara...
06/07/2026

MALAYSIA BERPONTESI TARIK PELABURAN SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU, TVET
Kesatuan Eropah (EU) menyifatkan Malaysia sebagai negara yang berpotensi tinggi untuk menarik pelaburan dalam sektor teknologi hijau, pendidikan serta, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET)

Kerjasama pendidikan Malaysia-EU diperkukuh melalui program pertukaran seperti Erasmus, membuka peluang pelajar mengikuti pengajian di negara-negara Eropah.

Malaysia menekankan hubungan antara rakyat dan pendidikan termasuk TVET bagi membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi memenuhi keperluan industri masa depan.

EU mahu memperluas kerjasama antarabangsa dan menganggap Malaysia rakan strategik penting dalam usaha melahirkan bakat bersesuaian dengan keperluan global.

KUSKOP, AGENSI LULUS PINJAMAN LEBIH RM25.27BIL KEPADA USHAWAN DAN KOPERASIKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ...
06/07/2026

KUSKOP, AGENSI LULUS PINJAMAN LEBIH RM25.27BIL KEPADA USHAWAN DAN KOPERASI
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya telah meluluskan pembiayaan lebih RM25.27 bilion kepada 847,653 usahawan dan koperasi seluruh negara. Pembiayaan berkenaan dilakukan sejak tahun 2024 hingga 31 Mei lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata pembiayaan berkenaan membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi meningkatkan modal pusingan, mengembangkan kapasiti perniagaan, menambah baik premis dan peralatan perniagaan.

Beliau berkata keberkesanan skim pembiayaan kepada usahawan dan koperasi dinilai melalui prestasi pembayaran balik pembiayaan oleh usahawan.

“KUSKOP tidak menetapkan purata Non Performing Financing (NPF) secara keseluruhan bagi semua agensi pembiayaan. Prestasi NPF ini diukur dan dilaporkan secara berasingan oleh setiap agensi berdasarkan pembiayaan masing-masing. Secara umumnya, terdapat agensi yang menetapkan sasaran purata NPF di bawah 10 peratus,” katanya

“Setakat Mei 2026, TEKUN Nasional merekodkan kadar purata NPF sebanyak 9.69 peratus, manakala SME Bank dan Bank Rakyat masing-masing merekodkan kadar purata NPF sebanyak 10.49 dan 1.93 peratus. Kadar NPF bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah sebanyak 0.01 peratus,” jelas beliau lagi.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini p**a, 39 PKS telah diluluskan pembiayaan sebanyak RM18.5 juta.

Beliau memaklumkannya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat ketika wakil Batang Sadong, Rodiyah Sapiee meminta KUSKOP menyatakan keberkesanan skim pembiayaan di bawah agensinya dalam membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berkembang serta jumlah usahawan yang berjaya meningkatkan hasil perniagaan sejak tahun 2024. SUMBER RTM

MANGSA SCAM DIGALAK HUBUNGI 997 SEGERA SEKAT TRANSAKSIOrang ramai yang menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scam di...
06/07/2026

MANGSA SCAM DIGALAK HUBUNGI 997 SEGERA SEKAT TRANSAKSI
Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scam digesa segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan tindakan pantas diambil untuk menyekat transaksi dan akaun yang terlibat.

Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata tindakan pantas amat penting bagi mengelakkan wang mangsa terus dipindahkan atau disalahgunakan oleh sindiket.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran keuntungan luar biasa atau janji manis di platform dalam talian yang sering digunakan sebagai helah untuk memperdaya mangsa.

“Sekiranya kita menjadi mangsa scam, kita boleh menghubungi talian 997 yang beroperasi 24 jam. Sebaik panggilan dibuat, akaun yang terlibat boleh disekat serta-merta oleh pihak berkaitan termasuk institusi kewangan.

“NSRC bekerjasama rapat dengan semua institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan cepat. Sebab itu, mangsa perlu segera menghubungi talian tersebut,” katanya. SUMBER RTM

Address

Jalan Pandan Ria 1, Kampung Pandan
Johor Bahru
81100

Telephone

+601128664260

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pandan Daily News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share