22/04/2024
Aku tempah teksi e-hailing hari ni, driver datang ambil aku dan mulakan perjalanan. Dalam perjalanan, dia dapat panggilan tetapi diputuskan 2-3 kali.
Selepas tu, aku suruh dia jawab jer panggilan tu. Dia pun jawablah. Terdengar suara anak perempuan dia yang meminta dibelikan beg sekolah baru. Driver tu berulang kali tak endahkan dan kemudian meminta anak perempuannya serahkan telefon kepada isterinya.
Driver tu kata, "Abang tengah cuba simpan duit ni, tak mampu nak beli beg baru sebab baru je beli buku untuk anak. Pastu kena bayar bil p**ak."
Aku tukar destinasi lain dalam apps, masa dia tengah bercakap dengan isterinya. Driver akur dan ikut saja. Bila dah sampai aku minta driver tu ikut sebab benda yang aku nak beli tu agak 'berat'. Driver tu ikut je tanpa tanya apa-apa.
Aku bawak dia ke kedai beg dan beli satu beg sekolah. Aku bayar guna akaun online wife aku sebab duit dalam akaun aku tak cukup. Kemudian aku serahkan beg itu kepada dia.
Dia terdiam dan berterima kasih. Tanpa berkata apa-apa, kitorang pergi balik kat kereta. Aku kata, "Bagi surprise kat anak perempuan abang hari ni".
Dia minta nombor phone aku dan sempat rakam gambar bersama. Sejam kemudian, dia p**a menghantar gambar anak perempuannya yang tersenyum kegembiraan.
Gambar ini jauh lebih berharga daripada duit. Kita selalu jumpa driver teksi yang teruk. Tapi kadang-kadang kita berjumpa dengan superhero yang dikenali sebagai bapa.
Aku tak tak tahu nak cakap apa dan rasa apa selepas ni. Tetapi rasa berterima kasih kepada setiap insan bergelar bapa yang tidak pernah mengecewakan anak-anak mereka, walaupun adakalanya berada di situasi yang susah.
Aku pasti, isteri aku takkan marah kerana menggunakan duit dia untuk melakukan kebaikan dan membantu isan yang memerlukan.
Kredit: Insan dalam gambar berkenaan.
Via: The Reporter