Cawan Besi

Cawan Besi Berita semasa Malaysia & dunia. Satu tajuk, satu video. Berita Tak Kosong.

Danish Hakim mencipta sejarah apabila meraih kedudukan barisan hadapan dalam sesi kelayakan Moto3 di Goiania.Ia merupaka...
21/03/2026

Danish Hakim mencipta sejarah apabila meraih kedudukan barisan hadapan dalam sesi kelayakan Moto3 di Goiania.

Ia merupakan front row pertama dalam kariernya serta pencapaian pertama Malaysia di Moto3 sejak 2016.

Pelumba muda negara itu kini memburu podium pertama dalam kategori Moto3.





Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50% sempena Aidilfitri bagi membantu meringankan kos perjalanan rakyat.Diskaun...
17/03/2026

Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50% sempena Aidilfitri bagi membantu meringankan kos perjalanan rakyat.

Diskaun ini akan bermula dari 12.01 pagi, 18 Mac hingga 11.59 malam, 19 Mac 2026, melibatkan kebanyakan lebuh raya di seluruh negara dengan beberapa pengecualian.

Langkah ini merupakan sebahagian usaha kerajaan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup terutama menjelang musim perayaan.





Harimau Malaya kehilangan enam mata dalam kempen kelayakan Piala Asia selepas AFC membatalkan dua kemenangan ke atas Nep...
17/03/2026

Harimau Malaya kehilangan enam mata dalam kempen kelayakan Piala Asia selepas AFC membatalkan dua kemenangan ke atas Nepal dan Vietnam.

Keputusan itu dibuat susulan kesalahan menurunkan pemain yang tidak layak, dengan Malaysia dianggap kalah 0-3 bagi kedua-dua perlawanan tersebut.

Susulan itu, skuad negara kini tidak layak ke Piala Asia 2027 dan FAM turut dikenakan denda sekitar RM196,000.





Seramai 164 rakyat Malaysia yang terkandas di zon konflik Asia Barat dijadual tiba di tanah air melalui misi evakuasi ke...
11/03/2026

Seramai 164 rakyat Malaysia yang terkandas di zon konflik Asia Barat dijadual tiba di tanah air melalui misi evakuasi kerajaan.

Mereka dibawa pulang menggunakan pesawat sewaan khas Malaysia Airlines bersama lima warga Thailand dan seorang warga Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan penumpang seramai 170 orang.

Operasi tersebut diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di kawasan terjejas.





Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) telah dihantar kepada Bank Negara Ma...
10/03/2026

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) telah dihantar kepada Bank Negara Malaysia berhubung kemasukan RM19.3 juta ke akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Menurut saksi daripada CIMB Bank, laporan tersebut dibuat selepas bank mengesan beberapa transaksi yang dianggap sebagai “Red Flag”.

Beliau turut menjelaskan bahawa hanya Bank Negara Malaysia yang boleh menentukan sama ada transaksi tersebut melanggar undang-undang.

(Sumber: Sinar Harian)




Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat ‘orang dalam’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang...
10/03/2026

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat ‘orang dalam’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang cuba menjadikan baginda kambing hitam dalam isu pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya.

Kes tersebut berkait dengan tindakan FIFA terhadap tujuh pemain naturalisasi sebelum ini, yang kemudian dirayu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

CAS mengekalkan denda sekitar RM1.8 juta terhadap FAM dan penggantungan 12 bulan kepada pemain bagi perlawanan rasmi.





Iran memberi amaran bahawa ia tidak akan membenarkan sebarang minyak keluar dari Timur Tengah sekiranya serangan Amerika...
10/03/2026

Iran memberi amaran bahawa ia tidak akan membenarkan sebarang minyak keluar dari Timur Tengah sekiranya serangan Amerika Syarikat dan Israel berterusan.

Sebagai respons, Presiden AS Donald Trump memberi amaran bahawa Iran akan diserang “20 kali lebih kuat” jika cuba menghalang laluan minyak melalui Selat Hormuz.

Laluan tersebut mengendalikan kira-kira 20% bekalan minyak dunia dan sebarang gangguan boleh memberi kesan besar kepada pasaran tenaga global.






Iran dilaporkan melantik Mojtaba Khamenei sebagai pemimpin tertinggi negara selepas kematian Ayatollah Ali Khamenei.Mojt...
08/03/2026

Iran dilaporkan melantik Mojtaba Khamenei sebagai pemimpin tertinggi negara selepas kematian Ayatollah Ali Khamenei.

Mojtaba, anak kepada pemimpin terdahulu, selama ini dilihat sebagai tokoh berpengaruh dalam lingkaran kepimpinan Iran serta mempunyai hubungan rapat dengan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

Pelantikan tersebut berpotensi mencetuskan perdebatan mengenai kemungkinan wujudnya unsur dinasti dalam sistem politik Republik Islam Iran.





Harga minyak dunia melonjak melepasi $100 setong apabila konflik Iran menjejaskan laluan eksport tenaga utama dunia.Bebe...
08/03/2026

Harga minyak dunia melonjak melepasi $100 setong apabila konflik Iran menjejaskan laluan eksport tenaga utama dunia.

Beberapa negara pengeluar minyak di Timur Tengah mula mengurangkan pengeluaran kerana Selat Hormuz – laluan kira-kira 20% minyak global – masih terjejas akibat perang.

Situasi ini mencetuskan kebimbangan gangguan bekalan tenaga dunia.





AZIZULHASNI TAMBAH GANGSA DI PERTH 🇲🇾Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara pecut lelaki di UCI Track C...
08/03/2026

AZIZULHASNI TAMBAH GANGSA DI PERTH 🇲🇾

Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara pecut lelaki di UCI Track Cycling World Cup 2026 selepas menewaskan Mikhail Yakovlev (Israel) 2–0.

Pingat ini menjadikan koleksi beliau dua pingat di Perth, selepas memenangi emas acara keirin sehari sebelumnya.





Address

Kajang
43000

Telephone

+60182599232

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawan Besi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cawan Besi:

Shortcuts

Share