21/01/2025
HISTORY REPEATS ITSELF
Siapa yang masih ingat sejarah pemecatan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS sekitar tahun 2012-2013?
Ramai boleh mengagak puncanya daripada onar kumpulan Anwarinas dan proksi DAP di dalam PAS. Kumpulan yang tidak bersetuju jika PAS berbaik dengan UMNO atau cuba mempertikaikan peranan Anwar Ibrahim atau DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).
PAS akhirnya tersentak dari lamunan dan membuat keputusan keluar daripada PR. Kumpulan Anwarinas/DAP sendiri berambus daripada parti asal mereka dan menubuhkan PAN selepas gagal dalam usaha menguasai PAS.
Sejarah PAS satu dekad lalu seakan-akan berulang kembali kepada UMNO pasca PRU15. Di mana ramai pimpinan yang dipecat dan digantung atas alasan 'bermuka' Bersatu.
Hakikatnya kepimpinan yang dipecat dan digantung inilah yang akan menjadi batu penghalang untuk sebarang usaha gabungan dengan DAP atau mengangkat Anwar Ibrahim ke teraju teratas.
Semakin jelas sekarang golongan Anwarinas dan proksi DAP juga yang telah mengusai UMNO dengan perancangan sulit sejak 2020.
Sejarah yang sama tapi jalan cerita yang berbeza. PAS bernasib baik kerana berjaya menghalau kumpulan itu sebelum mereka berjaya menapak kuasa.
UMNO tidak bernasib baik seperti PAS kerana kumpulan itu telah menguasai, bukan baru cuba menguasai. Tiada tanda-tanda untuk sedar dari lamunan selagi manusia seperti Zahid Hamidi, Lokman Noor Adam, Azalina, Ashraf Wajdi dan Puad Zakarshi masih menjadi suara paling bising dalam setiap mesyuarat MKT.
Ramai ahli UMNO sendiri yang sudah nampak dan mengakui betapa gagal dan bobroknya Anwar Ibrahim dalam mentadbir negara. Tapi mereka lupa yang Anwar tidak akan berada di situ jika tidak kerana 'kebijaksanaan kepala otak' Presiden UMNO sendiri.
Biarkan saja begitu... Tunggu hingga Melayu-Melayu emosi yang tidak berakal ini bangkit menghumban UMNO ke longkang dalam PRU16.
- [email protected]