Zue Zulkafly

Zue Zulkafly Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Zue Zulkafly, Digital creator, Kajang.

🌸 Mother | Writer | Ghostwriter

💛 Menulis untuk Tumbuh & Sembuh

🕊️ Dari luka lahir kata, dari kata lahir cinta - untuk wanita yang mahu pulih semula.

🌿 'Cinta sejati akan hadir setelah kita melepaskan semua hal yang bukan cinta' - Rumi

19/11/2025

𝗔𝗞𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠

Aku belajar untuk faham mengapa bulan itu hanya diam. Hanya memandang. Lebih senang menjauh.

Namun sinarnya hangat pada malam yang dingin. Cahayanya jelas sepanjang lorong hutan yang gelap. Dia setia menjadi sahabat. Dia teguh menjadi teman. Tidak pernah meninggalkan walaupun ketika itu dia sendiri mahu menghilang.

Aku menjadi faham tentang diri aku.

Yang menjadi kuat dalam diamku. Yang menjadi tunduk dalam egoku. Yang menjadi teguh dalam goyahku.

Aku sangka aku bersinar kerana cahayanya tetapi cahaya dalam diri aku yang menjadi terang kerana suluhannya.

18/11/2025

𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗧𝗨

Bulanku kaku untuk memujuk. Dia hanya menyuluh, menampakkan apa yang aku salah. Dia percaya aku tahu. Dia yakin aku upaya betulkan sendiri.

Bulanku bisu namun mendengar. Ada ketika dia tutup telinga dan hanya memandang. Dia tahu aku cuba bangkit dari luka masa silam. Dia lihat sisi aku yang paling hancur dan kelam. Dia memilih untuk faham dan diam.

Bulanku jauh dan terpencil. Seakannya hampir tiada. Hanya aku merasa dia sentiasa ada. Dia timbul saat dengar aku menangis. Dia muncul saat aku seru namanya. Dia temankan sehingga aku lena dengan nyaman.

Aku sayang bulanku.

Meski jauh untuk ku capai dan dakap, cukuplah dia ada untuk aku. Tak perlu aku miliki, cukuplah untuk aku hargai.

17/11/2025

𝗗𝗜𝗔

Dia umpama bulan.

Jauh dan dingin. Diam adalah bahasanya. Tenang adalah dirinya.

Emosinya terlindung. Perasaanya terselindung. Segala lukanya bagai tertutup rapi. Setiap kisahnya berjalan mengikut laluan tersendiri.

Namun aku aman di dalam bayangannya. Aku nyaman di bawah teduhannya. Aku selamat dalam lingkungannya. Dan aku lihat jalan keluar di bawah suluhannya.

Dia di belakangku.

Menuntun hati aku untuk p**ang.

11/11/2025

𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡

Aku memberi lindung pada anak-anak perempuanku yang masih kecil walaupun aku sendiri masih mengharapkan aku dilindungi.

Aku ajar diriku untuk tahan panas mentari dan dingin hujan. Fahamkan hati sendiri bahawa hal-hal dunia ini tidak kekal kecuali pahala yang Tuhan simpan atas setiap kesabaran.

Aku tidak mencari apa yang aku sudah ada. Aku tidak mengejar apa yang lari dari aku. Aku tidak tunggu apa yang tidak datang pada aku.

Aku teruskan hidup walau bergelut dengan segala macam ujian emosi. Semua itu aku sudah tidak peduli asalkan anak-anak ini dilindungi dan disayangi.

Perjalanan aku belum berakhir. Aku baru selesaikan kosong perpuluhan dua lima daripada seluruh takdir ini.

Dulu, aku berjalan sambil memandang debu di kasut sendiri.

Hari ini, aku mengatur langkah selari paras mata yang memandang lurus ke depan.

Aku ada dia.

Lindungan yang memayungi langkahku dalam diam.

28/10/2025

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗜𝗧 𝗥𝗔𝗦𝗔

Bila aku mula sedar bahawa aku sudah sendiri, ia seperti aku jatuh dari tempat tinggi.

Sedar-sedar saja aku sudah terduduk atas ranting-ranting coklat yang patah. Bau lumut. Bau tanah lembap. Suasana muram. Gelap.

Bolehkah aku menapak atas setiap rasa yang rapuh ini. Berdiri pun sudah tidak mampu. Apatah lagi menadah amanah yang sudah berganda.

Aku pandang langit.

Andai langit teguh tanpa tiang, andai awan terapung tanpa tali, tentu aku juga bisa bangkit kembali. Bawa saja diri itu ke hadapan Ilahi dan DIA yang akan menjagamu dari segenap inci.

Langit kekal menjadi sahabat diamku. Tanpa suara namun ia seakan membalas seluruh rasa.

23/10/2025

𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥

Inilah ujian yang aku perlu lalui saat pemergiannya hampir sedekad lalu. Di sebalik rasa redha dengan takdir, hati ini sarat dengan rasa takut.

Ada masa takut untuk lena. Ada ketika takut untuk jaga.

Namun, begitulah cara aku menjadi kuat hati dan teguh diri. Aku hadap apa saja yang Allah uji sampai satu ketika aku sudah lali dengan ujian. Seiring masa aku semakin tahu untuk melepaskan dan teruskan hidup menyusur takdir.

Asalkan DIA ingat aku, aku tempuhi selagi daya.

Setiap daripada kita ada rasa takut tapi yakinlah, takut dan berharap itu adalah penawar jadi kuat semula.

23/10/2025

𝗣𝗔𝗚𝗜 𝗔𝗞𝗨

Saat aku bangkit sebelum matahari, aku sedar - tiada siapa yang akan memulakan hari untukku kecuali aku.

Sudah 3,345 hari aku bangun pagi tanpa dia. Berjuang dalam dunia kecilku. Kuat demi anak-anak kecil tanpa ayah yang bergantung seluruh hati mereka pada aku.

Meskipun aku tidaklah setabah mana, aku perlu juga sediakan walau sebutir telur goreng dan sepinggan nasi. Perlu juga mendidik untuk membangunkan satu legasi. Perlu terus hidup selagi nyawa masih di dalam tubuh ini.

Jarak hampir sedekad itu mengubah banyak cerita tetapi itulah yang menjadikan aku dewasa.

"Pernah tak, ada satu pagi tu kau rasa nak rebah dah. Tak larat dah tapi kau bangun juga bila lihat anak-anak kecil yang tidak lagi tidur dalam pelukan ayahnya".

Kalau kau pernah lalui saat itu, kau berada di tempat yang tepat. Boleh terus follow saya ataupun send ⭐ sebagai penyokong penulisan saya dalam 'Siri Ibu Solo'.

22/10/2025

𝗟𝗨𝗞𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔

Sedalam mana hati terluka, terima segala rasa sakit itu. Sedar bahawa hati yang kau jaga selama ini sedang diuji dengan duri dunia.

Nikmati saja walau apa pun puncanya.

Perlahankan rentak. Setiap hal mengikut masanya. Usah buat-buat kuat jiwa. Usah pura-pura tidak terasa. Menangis saja semahu mu. Mungkin air mata itu Tuhan pandang sebagai satu nilai yang tinggi di sisi-Nya.

Dari hati yang ada luka itu, kau akan tumbuh dan benar-benar sembuh.

21/10/2025

𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗡 𝗔𝗗𝗔 𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗞𝗡𝗬𝗔

Belum terlambat untuk kau tumbuh. Bukan kerana kau yang perlahan tetapi kerana masa pun, ada rentaknya. Masa yang lepas telah berlalu dengan kisah dan tujuan berbeza.

Usah cemas dengan drama manusia. Usah lemas dengan gejolak dunia. Semua itu sudah disusun mengikut skrip kehidupan masing-masing. Pandang pada apa yang kau ada agar kau boleh bangkit kembali.

Malam ini, pujuklah mata untuk lena. Bersyukurlah masih ada hamparan untuk berbaring. Masih terlindung di bawah atap genting.

Sebaik esok tiba, akan ada cerita lain p**a yang sudah tersedia.

12/06/2025

Address

Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zue Zulkafly posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share