16/10/2025
Siapa Dia (2025)
Melayari Sejarah Perfileman Indonesia Melalui Muzikal Senusantara
- Nicholas Saputra berlakon di dalam sebuah filem muzikal sebagai seorang pengarah filem bernama Layar.
- Layar membawa penonton berlayar menyaksikan perubahan zaman yang membangun dan mempengaruhi industri perfileman Indonesia.
- Filem arahan Garin Nugroho ini merupakan sebuah filem muzikal yang mana muziknya dikoordinasi oleh Faizal Lubis.
- Menonton filem ini, aku terpukau dengan lagu-lagu yang dipamerkan.
- Bagi aku ini antara kekuatan filem ini yang mampu membuatkan aku fokus.
- Namun selebihnya filem ini tidak memberikan sebuah plot tipikal untuk sebuah filem.
- Filem ini lebih kepada sebuah pementasan teater.
- Tetapi bila sebuah teater dijadikan filem, skalanya sepatutnya lebih besar.
- Berbeza untuk filem ini, muzikalnya sekalipun gah, tapi penterjemahannya ke layar lebar nampak kecil.
- Usaha pengarah menghasilkan filem ini masih boleh dipuji kerana penataan seni dan susunan muzik yang cukup meyakinkan dan hampir ke taraf antarabangsa.
- Namun kalau penonton mencari sebuah cerita yang mempunyai struktur plot tipikal iaitu yang mempunyai permulaan, pertengahan dan pengakhiran, maka ini bukan filemnya.
- Filem ini lebih kepada sebuah 'slide show' yang memaparkan dari zaman ke zaman dengan Nicholas Saputra melakonkan beberapa watak.
- Apresiasi untuk filem sebegini masih lagi perlu diberikan kerana susah sebenarnya hendak membikin filem muzikal sebegini.
Rating: 7.5/10