01/09/2024
KYRGYZSTAN
Dari Kazakhstan negara ke 5 kembara adalah Kyrgyzstan, masuk melalui border Korday dengan Visa on arrival. Urusan di border sangat mudah lebih mudah dari border Siam.
Negara terkenal keindahan semula jadi yang menakjubkan serta kaya dengan warisan budaya yang unik.
Pergunungan Tian Shan terkenal dengan lanskap gunung-ganang yang memukau, tasik yang indah, dan padang rumput yang luas.
Cabaran Camel bermula di Epkin - 220km dari Bishkek, jalan mula off-road. Bermalam di kabin seorang petani dan penternak ikan.
Merentasi pergunungan Tian Shan ke Osh City sejauh 560km, selama 5 hari .
Jalan agak extrem, melalui lereng2 gunung, jalan berlubang kecil dan besar. Batu kerikil dan ada juga jalan berdebu tebal.
Mendaki dan menuruni gunung yang curam. Selekoh yang tajam, tidak sesuai untuk motorsikal berat.
Sebelum itu singgah dan bermalam di yurt ( khemah besar) Son Kol Lake. Motor tinggal di Kyzart.. Perkampungan yang bànyak kuda.
Tiada jalan motorsikal untuk kesana dari sini.
Tasik Son-Kul
(Sonkel, Sonkul) terletak di barat laut wilayah Naryn di Kyrgyzstan, tasik kedua terbesar di negara ini selepas Issyk-Kul.
Son-Kul dalam bahasa Kyrgyz bermaksud "tasik tempat itik liar hidup". Tasik ini terletak di pergunungan Tien Shan pada ketinggian 3016 meter dari aras laut.
Son-Kul meliputi kawasan seluas 278 kilometer persegi dan memanjang sepanjang 28 kilometer, lebar 18 kilometer. Kedalaman purata ialah 8.6 meter, maksimum hampir 14 meter.
Tasik ini sebahagiannya terletak di Rizab Karatal-Zhapyryk. Terdapat beberapa spesis ikan, burung , harimau salji, musang dan serigala tinggal di kawasan pantai dan gunung.
Hampir tidak ada pokok besar di sini, seakan padang rumput carpet yang luas.
Ramai pelancung luar datang menunggang kuda
ke tasik yang terkenal ini. Jalan ke tasik Son Kol melalui lereng2 bukit yang tinggi, curam dan melintasi parit kecil.
Berkuda adalah cara terbaik untuk kesana. Pengalaman menunggang kuda yang mencabar
di pergunungan. 2 jam setengah baru sampai tasik Son Kol yang terletak atas gunung.
Bermalam semalam di yurt, malam suhu sangat
sejuk. 3 lapis selimut tebal disediakan.
Pengalaman 12 hari kembara di Kyrgyzstan.. tidur di kabin, yurt, berkhemah, surau dan masjid sepanjang kembara di Kyrgyzstan.
Suhu mula sejuk jam 7 pm, malam cuaca lebih sejuk, bayangkan jika musim sejuk.
Kembara Gombak Ke Mekah 2023