TV Setiu

TV Setiu Urus Setia Penerangan Darul Iman-UPDI (Kawasan Setiu)

Status Terkini Pembaikan Mercu Tanda 'Allah Peliharakanlah Terengganu'Kos pembinaan semula adalah daripada program CSR C...
08/07/2025

Status Terkini Pembaikan Mercu Tanda 'Allah Peliharakanlah Terengganu'

Kos pembinaan semula adalah daripada program CSR Celcom Digi tanpa menggunakan dana Kerajaan Negeri Terengganu.

𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔: 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮...
08/07/2025

𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔: 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿

📌Melibatkan industri pembuatan dan komunikasi dengan Kerjasama syarikat-syarikat seperti Sony (Selangor), Telekom Malaysia (Terengganu), Mybrush (Johor), Panasonic (Selangor), melibatkan 800 pekerja bermula tahun 2022 sehingga tahun 2024.

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗿𝘂𝘁𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗣𝗲𝘀𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 (𝗖𝗔𝗔𝗠 𝗖𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝘆 𝗔𝟭)

📌Dengan kerjasama Yayasan Terengganu, Yayasan Pendidikan MAIDAM dan Batik Air selaku pihak industri.

📌Program latihan Place & Train dalam bidang Juruteknik Pesawat Bertauliah ini mengambil masa 2 tahun dengan jaminan kerja yang sedang menanti sekiranya berjaya lulus dengan baik. Buat masa ini Batik Air memerlukan seramai lebih 100 orang Juruteknik Pesawat Bertauliah dengan kadar segera.

📌Setakat ini Yayasan Terengganu dan Yayasan Pendidikan MAIDAM telah menaja seramai 15 orang calon bagi mengikuti program ini. Bagi Kohort 1, seramai 58 orang telah menjalani sesi temuduga di Pusat Cari Kerja THRDC dan seramai 8 orang telah berjaya dipilih oleh Batik Air. Mereka telah memulakan kursus pada 1 Mac 2025.

📌Bagi Kohort 2, seramai 18 orang telah menjalani sesi temuduga secara atas talian dan 10 orang telah berjaya mendapat tawaran daripada Batik Air. Daripada jumlah ini seramai 3 orang lagi masih mencari dana tajaan. Mereka dijadualkan memulakan kursus pada bulan September ini. Jumlah keseluruhan calon yang berjaya lulus temuduga adalah seramai 18 orang.

📌Sekiranya berjaya menjalani program ini, mereka akan mendapat tawaran kerja di Batik Air sebagai Juruteknik Pesawat Bertauliah. (NOTA: gaji biasa bagi jawatan ini di industri RM3500 (MAS), pihak Batik Air mengatakan akan memberi gaji yang lebih tinggi, tetapi tidak boleh memdedahkan sekarang)

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗢𝗶𝗹 & 𝗚𝗮𝘀 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺𝗺𝗲 (𝗢𝗚𝗪𝗧𝗣)

📌THRDC dengan kerjasama dengan Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) dan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) telah mengadakan Program Oil & Gas Wakalah Technical Programme (OGWTP) melibatkan seramai 47 orang asnaf.

📌Terdapat 2 bidang kemahiran teknikal yang disediakan iaitu Mekanikal dan Elektrik & Instrumen, dimana pelatih di kalangan asnaf dilengkapkan dengan persijilan kemahiran teknikal serta persijilan yang diperlukan oleh industri Oil & Gas, seperti BOSIET, AESP, OGSP dan BOFA untuk sedia berkerja selepas lulus.

📌Seramai 47 orang telah pun berjaya menamatkan latihan dan berguadasi pada bulan Mei 2025. Proses penempatan pekerjaan sedang dilaksanakan melalui libat urus dengan lebih 20 pemain industri. Bagi tahun ini, seramai 44 orang pelatih baru telah memulakan kursus pada bulan Jun ini.

𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗿𝘁𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗛𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗹 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺𝗺𝗲 (𝗖𝗛𝗔𝗣)

📌THRDC dengan kerjasama Halal Development Corporation (HDC) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah menganjurkan kursus latihan Certified Halal Internal Auditing Programme (CHAP) bagi membangunkan bakat mahir dalam sektor halal di negeri Terengganu.

📌Sebanyak 5 sisi kursus melibatkan seramai 102 orang telah menyertai program ini. Melalui kursus ini kerajaan berusaha mempersijilkan mahasiswa dan belia dengan persijilan profesional Auditor Dalaman Halal bagi mempersiapkan mereka sebagai bakat dalam industri Halal di Terengganu.

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 (𝗣𝗟𝗞𝗜) 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗘𝗮𝘀𝘁 𝗖𝗼𝗮𝘀𝘁 𝗥𝗮𝗶𝗹 𝗟𝗶𝗻𝗸 (𝗘𝗖𝗥𝗟)

📌Satu lagi sektor baru yang sedang diterokai adalah Keretapi (rail), dimana berikutan pelancaran perkhidmatan keretapi Pantai Timur dalam masa terdekat, terdapat permintaan tenaga kerja mahir dalam sektor ini.

📌Pihak East Coast Rail Link (ECRL), telah mengadakan Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) yang melibatkan program latihan di negara China, dimana peluang pekerjaan dalam sektor ini telah disediakan. Namun penglibatan belia Terengganu perlu ditingkatkan lagi melalui program dan koordinasi yang lebih tersusun.

📌Buat masa ini THRDC masih dalam proses perbincangan dengan Malaysia Rail Link (MRL) bagi mengenalpasti keperluan terkini tenaga kerja mahir dan latihan yang disediakan.


08/07/2025

[[[ LIVE ]]]

KULIAH DHUHA PASAR TANI BANDAR PERMAISURI

Disampaikan Oleh :
-YBhg. Ustaz Adib bin Abd Aziz
• Penolong Pegawai DUAT DUN Jerteh

🗓 08 Julai 2025 bersamaan 12 Muharam 1447H (Selasa)
📌 Tapak Pasar Tani, Bandar Permaisuri



Dari laut, sampai ke darat. Setiap ekar tanah yang dianugerahkan oleh Allah kepada negeri Terengganu, sedang diusahakan ...
07/07/2025

Dari laut, sampai ke darat. Setiap ekar tanah yang dianugerahkan oleh Allah kepada negeri Terengganu, sedang diusahakan untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan makanan rakyat Terengganu.

Daerah Setiu telah diisytiharkan oleh kerajaan negeri sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu. Pemilihan daerah tersebut adalah disebabkan beberapa faktor antaranya daerah ini masih lagi mempunyai tanah pertanian berskala komersial untuk diusahakan di dalam sesuatu kawasan, disamping usaha untuk memaksimakan potensi kewujudan tanah terbiar di daerah tersebut.

Namun apakah langkah yang telah digerakkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Besut dan Setiu sebagai gedung makanan negara dapat dicapai?

Ikuti infografik yang telah dikongsikan daripada penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas.


Mercu tanda ikonik ‘Allah Peliharakan Terengganu’ yang terletak di Bukit Besar berada dalam keadaan struktur kritikal da...
07/07/2025

Mercu tanda ikonik ‘Allah Peliharakan Terengganu’ yang terletak di Bukit Besar berada dalam keadaan struktur kritikal dan tidak lagi selamat, menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan membina semula keseluruhan struktur dengan anggaran kos mencecah RM5 juta termasuk operasi perobohan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dato’ Hanafiah Mat berkata, kerosakan serius itu melibatkan pengaratan kerangka keluli, kegagalan komponen sendi, sambungan dan perembat, serta lapisan perlindungan keluli yang telah melepasi jangka hayatnya.

Baca selanjutnya :
https://www.trdi.my/mercu-tanda-allah-peliharakan-terengganu-kritikal-kini-dibina-semula


KUALA TERENGGANU, 7 Julai – Mercu tanda ikonik ‘Allah Peliharakan Terengganu’ yang terletak di Bukit Besar berada dalam keadaan struktur kritikal dan tidak lagi selamat, menyeba...

Usul Membatalkan Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu yang dibawa di D...
07/07/2025

Usul Membatalkan Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu yang dibawa di Dewan Mesyuarat Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terenggganu Kelima Belas, Wisma Darul Iman hari ini kerana akaun itu tidak lagi aktif dan hanya mempunyai baki sekitar RM3 sahaja.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, ia merupakan akuan lama yang telah tidak lagi digunakan selaras dengan perubahan fungsi dan kaedah operasi jabatan berkenaan.

Baca selanjutnya :
https://www.trdi.my/kumpulan-wang-amanah-jabatan-perpaduan-ditutup-kerana-tidak-aktif


KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Usul Membatalkan Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu yang dibawa di Dewan Mesyuarat Penggal Ketiga, Dewan Undangan N...

Kerajaan Terengganu kini mempertimbangkan cadangan dan kemungkinan menambah jumlah anak angkat kerajaan negeri di kalang...
07/07/2025

Kerajaan Terengganu kini mempertimbangkan cadangan dan kemungkinan menambah jumlah anak angkat kerajaan negeri di kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tercedera dalam tragedi nahas bas pelajar di Gerik, Perak, awal Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim berkata, pihaknya sedang menilai perkara itu menerusi portfolio yang dipegangnya.

Baca selanjutnya :
https://www.trdi.my/terengganu-pertimbang-tambah-anak-angkat-pelajar-upsi


KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Kerajaan Terengganu kini mempertimbangkan cadangan dan kemungkinan menambah jumlah anak angkat kerajaan negeri di kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)...

Insya-Allah janji temu Kuliah Dhuha Pasar Tani Bandar Permaisuri pagi esok (Selasa) bersama YBhg. Ustaz Adib bin Abd Azi...
07/07/2025

Insya-Allah janji temu Kuliah Dhuha Pasar Tani Bandar Permaisuri pagi esok (Selasa) bersama YBhg. Ustaz Adib bin Abd Aziz, Penolong Pegawai DUAT DUN Jerteh.

Bersama kita semua memeriahkan majlis ilmu.

Nantikan LIVE di TV Setiu.



06/07/2025

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kelima Belas 2025 bakal
berlangsung pada 7 Julai (Isnin), Rakyat Terengganu dapat mengikuti persidangan pada kali ini dengan mengikuti siaran langsung di media sosial Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI dan TV Darul Iman.

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kelima...
06/07/2025

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kelima Belas 2025 bakal
berlangsung pada 7 Julai (Isnin), Rakyat Terengganu dapat mengikuti persidangan pada kali ini dengan mengikuti siaran langsung di media sosial Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI dan TV Darul Iman.


Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi latihan berimpak tinggi da...
06/07/2025

Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi latihan berimpak tinggi dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan perancang strategik yang bakal membentuk masa depan industri tenaga negara.

Dengan keluasan kampus hampir 81 hektar serta kemudahan loji latihan bertaraf industri, INSTEP menyediakan silibus latihan komprehensif yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman luas dalam sektor minyak dan gas.


KUALA TERENGGANU, 3 Julai – Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi latihan berimpak tinggi dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tingg...

Usaha memperkukuh peranan ulama dan umarak dalam mendepani cabaran ummah masa kini terus diperkasakan menerusi penganjur...
06/07/2025

Usaha memperkukuh peranan ulama dan umarak dalam mendepani cabaran ummah masa kini terus diperkasakan menerusi penganjuran Konvensyen Profesionalisme Cendekiawan Umarak Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata konvensyen itu bukan sekadar wacana ilmiah, tetapi medan melahirkan lebih ramai cendekiawan yang berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air.


Oleh: Musfirah KEMAMAN, 30 Jun – Usaha memperkukuh peranan ulama dan umarak dalam mendepani cabaran ummah masa kini terus diperkasakan menerusi penganjuran Konvensyen Profesionalisme Cendekia...

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TV Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share