Lucky go

Lucky go BERITA TERKINI UNTUK DI KONGSI BERSAMA ANDA

29/12/2022
Vietnam mampu layak ke Piala Dunia 2026PETALING JAYA: Dua jurulatih berpengalaman negara, Muhammad Azraai Khor Abdullah ...
22/12/2022

Vietnam mampu layak ke Piala Dunia 2026

PETALING JAYA: Dua jurulatih berpengalaman negara, Muhammad Azraai Khor Abdullah dan B. Sathianathan meramalkan Vietnam mampu melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 dan menjadi pasukan Asia Tenggara pertama berjaya berbuat demikian.

Selepas Vietnam, negara kedua yang menjadi pilihan dua jurulatih tersebut adalah Thailand yang pada hemat mereka turut memiliki keupayaan untuk mencipta sejarah menjejakkan kaki ke Piala Dunia.

Namun begitu, buat negara tercinta, Malaysia, baik Azraai mahupun Sathianathan mempunyai pandangan sama apabila berpendapat skuad kebangsaan masih belum mampu mengikut jejak langkah Vietnam ataupun Thailand dalam masa terdekat ini.

Azraai berkata, selagi masalah yang berlaku dalam bola sepak domestik gagal diselesaikan, selagi itulah Malaysia jangan bermimpi untuk layak ke Piala Dunia.

“Untuk membentuk sebuah pasukan yang bagus dan berkualiti tinggi, Malaysia memerlukan ‘blue print’ yang benar-benar mantap.

“Saya tidak dapat melihat bola sepak kita maju ke depan, kalau diimbas kembali pada zaman 70-an, Vietnam adalah negara yang menjadi belasahan Malaysia.

“Tetapi sekarang mereka adalah negara di Asia Tenggara yang paling hampir untuk layak ke Piala Dunia apabila mara sehingga ke pusingan ketiga pada peringkat kelayakan.

“Kita p**a ada banyak masalah di peringkat domestik seperti gaji pemain tidak dibayar dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut beliau, semasa tahun 70-an, ketika Malaysia menganjurkan Pesta Bola Merdeka, Vietnam tidak berada dalam senarai jemputan, sebaliknya Jepun dan Korea Selatan yang menjadi pasukan lawan buat skuad kebangsaan pada ketika itu.

“Kalau kita bercakap pasal bola sepak Vietnam, pada 2010 ada satu rombakan besar-besaran dalam pengurusan bola sepak negara itu yang mereka panggil kerja-kerja pemutihan.

“Pemain mereka yang terbabit dalam skandal jual perlawanan telah dibuang dan sistem bola sepak akar umbi negara itu diperbetulkan” ujarnya.

Beliau turut menegur sikap segelintir pemain yang memilih status pertandingan bagi menyarung jersi Malaysia, sehingga wujud pasukan A dan B, sedangkan pemain negara lain berebut-rebut mewakili negara mereka.

Sementara itu, B. Sathianathan yang turut memilih Vietnam berkata, pada Piala Dunia 2026, bilangan negara yang bertanding akan ditambah kepada 48 buah negara dan tidak mustahil skuad bimbingan Park Hang-seo berupaya berbuat demikian.

“Sejak jurulatih dari Korea Selatan di bawa masuk dan mereka juga memiliki pengarah kejurulatihan dari Jerman, bola sepak Vietnam telah banyak berubah,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia juga memilih laluan sama dengan melantik jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon membimbing skuad kebangsaan dan memang tidak dinafikan terdapat perubahan tetapi ia tidak mencukupi untuk menyaksikan skuad kebangsaan menjejakkan kaki ke Piala Dunia dalam tempoh terdekat ini.

Qatar penuhi janji buat peminat Piala DuniaDOHA: Pemerintah Qatar menganggap negara Teluk itu memenuhi janjinya untuk me...
19/12/2022

Qatar penuhi janji buat peminat Piala Dunia

DOHA: Pemerintah Qatar menganggap negara Teluk itu memenuhi janjinya untuk menganjurkan Piala Dunia yang "luar biasa."

Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, yang menghadiahkan kapten Argentina, Lionel Messi jubah tradisional Arab selepas pasukannya memenangi trofi itu, memberi penghormatan kepada finalis dan peminat dalam satu kenyataan di Twitter selepas perlawanan.

"Kami berjaya memenuhi janji kami untuk menganjurkan kejohanan luar biasa oleh negara Arab, yang memberi peluang kepada rakyat dunia untuk belajar mengenai kekayaan budaya dan keaslian nilai kami," kata emir itu.

Qatar membelanjakan lebih AS$200 bilion (RM884 bilion) untuk membina stadium dan infrastruktur baharu bagi Piala Dunia pertama di bumi Arab, yang mana Presiden FIFA Gianni Infantino menyifatkannya sebagai "kejohanan terbaik pernah dianjurkan."

Namun negara Teluk itu berdepan kritikan teruk terhadap rekod hak asasi manusia serta layanannya terhadap buruh asing.

Pemimpin Qatar berkata, kecaman itu satu cubaan untuk mencetus keraguan mengenai hak dunia Arab menganjurkan kejohanan sebesar itu.

Messi jelas dilihat menyarung jubah tradisional 'bisht' yang dihadiahkan emir kepada ikon Argentina itu sebelum menjulang trofi Piala Dunia.

Zahid tonton ‘live’ akhir Piala Dunia di medan seleraPUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menyak...
19/12/2022

Zahid tonton ‘live’ akhir Piala Dunia di medan selera

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di sebuah medan selera dekat sini.

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu kira-kira pukul 10.55 malam turut mengejutkan kira-kira 1,000 pelanggan di lokasi tersebut yang dikenali sebagai Bangi Square 2.

Beliau yang tampak santai memakai jersi pasukan kebangsaan Perancis kelihatan teruja beramah mesra dengan pengunjung sebelum duduk menonton skrin gergasi disediakan.

Ahmad Zahid turut kelihatan ditemani cucu-cucu serta ahli keluarga beliau yang hadir menyaksikan perlawanan final edisi ke-22 piala tersebut antara Perancis dan Argentina

Berhabis RM12.5K ke QatarPIALA Dunia adalah kejohanan bola sepak terbesar menghimpunkan 32 pasukan terhebat di seluruh d...
19/12/2022

Berhabis RM12.5K ke Qatar

PIALA Dunia adalah kejohanan bola sepak terbesar menghimpunkan 32 pasukan terhebat di seluruh dunia.

Penganjurannya yang diadakan setiap empat tahun sekali membuatkan peminat begitu teruja untuk melihat pasukan kesayangan mereka beraksi merebut piala berprestij itu.

Bagi peminat bola sepak terutama dalam kategori 'hardcore', menyaksikan perlawanan Piala Dunia dengan lebih dekat di stadium adalah peluang keemasan yang dinanti-nantikan.

Suasana ketika berada di stadium yang dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong dari seluruh dunia menyajikan pengalaman berbeza berbanding menonton di kaca televisyen.

Bagi dua sahabat, Azman Shah Mohidin dan Izzroy Isahak peluang menyaksikan tujuh perlawanan bola sepak membabitkan 14 pasukan yang beraksi Piala Dunia ke-22 di Doha, Qatar baru-baru ini menjadi memori terindah yang akan terus dikenang sepanjang hayat mereka sebagai peminat tegar sukan itu.

Antara pasukan besar yang dapat disaksikan termasuk Perancis, Belanda, Brazil, Argentina, Belgium dan Maghribi.

Bukan itu sahaja, dengan keseluruhan perbelanjaan RM12,500 termasuk tiket penerbangan, makanan dan aktiviti, mereka turut berpeluang menunaikan umrah bagi melengkapkan pengembaraan selama sembilan hari lapan malam.

Berkongsi pengalaman itu, Azman berkata, perancangan untuk ke Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia sudah dirancang sejak tahun lalu.

Katanya, perkara terawal yang dilakukan adalah mendapatkan tiket perlawanan pasukan yang berjaya ke pusingan akhir.

"Bukan satu perkara yang mudah kerana ramai peminat bola sepak dari seluruh dunia turut memburu tiket sama sebaik ia mula dijual secara dalam talian. Mengikut perancangan, ramai yang ingin turut serta namun disebabkan tiket yang terhad, hanya saya dan Izzroy dapat ke Qatar pada kali ini.

"Pada mulanya, kami masing-masing berjaya membeli empat tiket perlawanan sebelum Izzroy berjaya mendapatkan tiket tambahan untuk satu lagi perlawanan. Apabila berada di sana, kami berjaya membeli tiket yang dijual semula untuk dua lagi perlawanan," katanya.

Menurutnya, mereka bertolak dari Kuala Lumpur ke Qatar pada 23 November dengan menaiki penerbangan Qatar Airways.

"Pada ketika itu, saya katakan kepada Azman, alangkah bagusnya sekiranya Malaysia dapat beraksi di Piala Dunia seperti pasukan lain.

"Biarpun begitu, saya tetap memakai jersi Harimau Malaya dan membawa jalur gemilang ke dalam stadium ketika menyaksikan perlawanan," katanya.

Jelasnya, antara pengalaman menarik sepanjang berada di sana adalah dapat melihat penyokong yang mempunyai cara tersendiri menyokong pasukan mereka beraksi.

"Saya boleh katakan penyokong paling 'nakal' dan aktif adalah negara-negara dari Benua Afrika seolah-olah mereka adalah tuan rumah. Dari awal sehingga tamat perlawanan mereka tidak berhenti membuat 'bising' untuk memberi semangat kepada pasukan mereka

"Malah ada juga penyokong yang ingin merempuh masuk, walaupun tidak mempunyai tiket untuk melihat pasukan mereka beraksi," katanya.

Katanya, sebagai peminat tegar bola sepak, menyaksikan perlawanan di Piala Dunia di stadium adalah pengalaman luar biasa yang tidak akan dilupakan.

"Biarpun sudah dua minggu p**ang ke tanah air namun perasaan menyaksikan Piala Dunia di Qatar masih lagi terasa sehingga kini.

"Insya-Allah, jika mempunyai peluang dan rezeki, saya tidak tolak kemungkinan akan kembali ke Qatar untuk menyaksikan Malaysia beraksi di Piala Asia pada tahun hadapan," katanya.

Rumah mangsa banjir terbakarLIPIS : Ibarat jatuh ditimpa tangga. Demikian situasi dihadapi enam sekeluarga apabila kedia...
12/12/2022

Rumah mangsa banjir terbakar
LIPIS : Ibarat jatuh ditimpa tangga. Demikian situasi dihadapi enam sekeluarga apabila kediaman mereka di Kampung Berchang Baru, Lubuk Kulit, di sini, terbakar kira-kira jam 3 petang pada Ahad.
Lebih malang lagi kejadian tersebut berlaku ketika mangsa, Asarul Nizam Asa'ari, 43, bersama lima ahli keluarganya berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit setelah kediaman mereka dilanda banjir.
Ketua Zon Tiga, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.25 petang.
"Seramai lapan orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis bersama sebuah jentera pemadam dan pacuan empat roda Toyota Hilux bergegas ke tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mengesahkan kejadian kebakaran tersebut dan mendapati api sudah dipadam," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, kebakaran berlaku di bahagian ruang tamu melibatkan peralatan sofa dan siling kediaman.
"Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan kerana tuan rumah ini serta keluarganya difahamkan masih berada di sebuah PPS kampung ini yang masih dilanda banjir," katanya.
Ujarnya, punca kebakaran dan nilai taksiran kerugian harta benda masih dalam siasatan pihak BBP Kuala Lipis.

Address

B1-1-1 PANGSAPURI NILAI PERDANA
Kampong Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lucky go posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share