Intra: Adalah terbaik daripada Alam Semula Jadi yang berada di dalam satu botol.
Secara alami, bumi telah membekalkan semua keperluan tubuh badan manusia untuk kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga. Walau bagaimanapun, dengan perubahan masa, gaya hidup kita yang semakin bergerak pantas dan amalan pertanian moden telah menjadikannya semakin sukar untuk menggabungkan semua tanaman terbaik yang ditawarkan oleh dunia kita, yang mana mampu menggugat keseimbangan kita dan menyebabkan kita berasa tidak sempurna. Tetapi tidak lagi.
Ramuan botani Intra yang diyakini dan telah melalui ujian masa memberikan anda fitonutrien (nutrien berasaskan tumbuhan) dan antioksidan yang telah hilang dalam diet anda, dan membekalkan tubuh badan dengan keseimbangan yang diperlukannya untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan. Sebagai makanan tambahan semula jadi, formula tepat 23 jenis ekstrak botani Intra bekerja lebih baik bersama-sama untuk membantu mengimbangkan dan memperkuatkan sistem biologi dalam tubuh badan anda, menyebabkan anda berasa lebih sihat, gembira, dan bertenaga!
Minum Intra! Kongsi Intra! “Hidup Lebih Bahagia. Setiap Hari.”!!!
Terdapat banyak perkara dalam kehidupan yang nampaknya lebih baik bersama-sama, seolah-olah ia diwujudkan untuk satu sama lain. Mentega kacang dan jeli. Wayang gambar dan bertih jagung. Musim bunga dan bunga-bungaan yang sedang mekar.
Lifestyles telah menemui beberapa perkara lagi yang lebih baik bergabung bersama-sama. Yang pertama ialah 23 jenis ekstrak botani yang dimuatkan ke dalam setiap botol Intra. Gabungan ekstrakekstrak botani yang luar biasa ini dan cara ia bekerja apabila bergabung bersama-sama dapat mengimbangkan sistem biologi dalam tubuh badan bagi mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan yang lebih tinggi. Kami juga menemui Intra dan anda juga lebih baik bergabung bersama-sama. Teruskan membaca untuk mengetahui sebabnya!
Adakah anda memperoleh nutrien-nutrien botani yang diperlukan dalam diet anda pada hari ini?
Ramuan botani mengandungi banyak jenis nutrien yang selalunya tidak terdapat dalam makanan seharian kita. Walaupun nenek moyang kita mengambil ramuan botani sebagai sebahagian daripada pemakanan harian mereka, jarang sekali kita mengikutinya seperti contohnya mengunyah kulit kayu, atau memakan kelopak bunga, kecuali sekali-sekala sebagai bahan “hiasan” sesetengah jenis salad.
Namun begitu, fitonutrien dan antioksidan yang terdapat dalam ramuan botani adalah unik dan amat berharga bagi kesihatan kita, terutamanya dalam era yang mana tekanan, ketidakaktifan, pencemaran, dan ketidakseimbangan lain adalah sebahagian yang ketara dalam kehidupan moden seseorang individu.
Intra adalah pemakanan tambahan botani semula jadi yang membekalkan semua kebaikan yang pernah dinikmati oleh nenek moyang anda dalam pemakanan mereka, kepada tubuh badan anda. Anggaplah ia sebagai ramuan terbaik daripada Alam Semula Jadi yang sedang membantu memperbetulkan ketidakseimbangan yang disebabkan oleh gaya hidup yang amat sibuk pada hari ini.
Fitonutrien + antioksidan yang terdapat di dalam sebotol Intra = Lebih Baik Bersama!
Sebelum bermulanya catatan sejarah, herba, tumbuh-tumbuhan, akar pokok, dedaun, beri dan bunga-bungaan yang sedang mekar – biasanya dikenali sebagai ramuan botani – adalah sumber makanan, memberi nutrien yang kini tidak terkandung dalam diet dunia moden, kepada nenek moyang kita. Dengan berlalunya masa, ramuan botani mula digunakan secara meluas disebabkan sifat penyembuhan dan pemulihannya yang khusus. Setelah berkurun-kurun lamanya, pengetahuan botani yang serba ringkas tetapi amat bertenaga ini telah diasah hingga sempurna, dikongsi dan akhirnya direkodkan.
23 jenis ramuan botani dalam setiap botol Intra = Lebih Baik Bersama!
Intra boleh membantu mewujudkan keseimbangan yang stabil atau mantap dalam sistem biologi tubuh badan kita. Pakar-pakar herba Cina purba akan memeriksa ketidakseimbangan dengan memeriksa nadi dan lidah seseorang – apa-apa yang tidak normal menandakan masalah kesihatan dan ramuan botani akan diberi.
Sekiranyalah pada waktu itu Intra telah wujud, ia mungkin akan dipreskripsikan.
Adalah anda sedang menuju ke arah yang sihat? Sejak beribu-ribu tahun dahulu, masyarakat Cina telah mempercayai bahawa rahsia kehidupan berkisar di sekeliling “pa-kua” (disebut par-kwar), simbol berbentuk oktagon yang menggambarkan lapan arah dalam kompas. Dipercayai bahawa trigram (lapan arah) memberi kuasa & tenaga kepada pa-kua tersebut.
Mungkin ia bukanlah suatu kebetulan bahawa tubuh badan kita juga mempunyai lapan sistem biologi – pencernaan dan tenaga, imun, hormon (endokrin), struktur (rangka otot), saraf, reproduktif, penyingkiran/antioksidan, dan kardiovaskular – dan bahawa kuasa optimum, tenaga dan kesihatan yang baik bergantung kepada semua sistem bekerja bersama-sama dalam keseimbangan dan keharmonian.
Matlamat Lifestyles adalah untuk membantu anda mencapai keseimbangan biologi demi mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan yang memberi anda tenaga dan kesegaran untuk ”Hidup Lebih Bahagia. Setiap Hari.”
Intra + Anda = Kuasa Optimum, Tenaga, dan Kesihatan yang Baik!
Malahan pada hari ini juga banyak budaya yang masih menggunakan ramuan botani untuk mengekalkan kesihatan dan memulihkan penyakit secara berkesan.
Apabila kita bercakap tentang ramuan botani, kita merujuk kepada ekstrak yang diperoleh daripada bahagian-bahagian berbeza yang ada pada tumbuhan – ini termasuklah akar, daun, beri, kulit kayu, batang, dan bunga. Kadangkala keseluruhan tumbuhan digunakan, dan dalam keadaan lain p**a mungkin hanya bahagian tertentu pada tumbuhan yang mempunyai kuasa penyembuhan dan pemulihan.
Dokumentasi tentang gabungan botani tertentu berusia sehingga melebihi 3,000 tahun. Banyak daripada formula-formula awal tersebut diturunkan daripada generasi kepada generasi. Gabungan botani yang berjaya melalui ujian masa masih digunakan oleh berjuta-juta orang dan juga pengamal perubatan di seluruh dunia. Setiap gabungan botani mewakili kebijaksanaan kolektif yang telah terkumpul sejak berkurun-kurun lamanya – dan setiap satunya adalah bukti tentang kepelbagaian budaya dan iklim yang membentuk dunia kita.
Badan Manusia + Ramuan Botani = Lebih Baik Bersama!
Hebat sekali apa yang terhasil apabila 23 jenis ramuan botani dipadukan dalam satu formula!
Bertahun-tahun lamanya telah diambil untuk menguji beberapa jenis formula bagi mendapatkan kombinasi ramuan botani tepat yang terkandung dalam Intra. Dua puluh tiga (23) jenis ekstrak botani daripada sumber semula jadi itu telah diformulasi khas agar dapat bekerja bersama-sama dengan setiap satu daripada sistem biologi yang terdapat dalam badan.
Keputusannya? Intra benar-benar pergi ke tempat yang memerlukannya – memberi badan anda amaun fitonutrien yang betul agar anda kekal kuat dan sihat.
Lifestyles menggabungkan pengetahuan sedunia ramuan botani purba ini dengan sains canggih untuk mencipta Intra, pemakanan tambahan botani yang semula jadi sesuai untuk gaya hidup pada hari ini. Sejak tahun 1992, Intra berkualiti premium telah menemui para pengikut yang setia dan berdedikasi, dan telah dinikmati oleh ramai orang.
Pengetahuan Purba + Sains Canggih = Lebih Baik Bersama!
Mempertemukan sejarah purba dengan sains moden!
Pakar-pakar herba purba dari setiap empat penjuru dunia amat menyedari potensi faedah ramuan-ramuan botani dalam mengekalkan dan memulihkan kesihatan, dan impak ramuan botani terhadap fungsi-fungsi berbeza tubuh badan. Kebijaksanaan tradisional yang diserap daripada amalan-amalan purba tersebut telah digunakan untuk mencipta formula canggih 23 jenis ekstrak botani yang telah diuji oleh masa dan diyakini, dan terkandung dalam Intra.
📷Anda + Intra = Lebih Baik Bersama!
Sesuai untuk orang ramai dari segenap lapisan usia, hanya satu atau dua auns Intra setiap hari mampu membantu menyuburkan sel-sel badan dan membekalkan nutrien penting berasaskan tumbuhan yang tidak lagi boleh didapati daripada bekalan makanan proses moden kita.
Kunci kepada keberkesanan Intra adalah kesan sinergi gabungan ramuan botani yang bekerja bersama-sama – yang menghasilkan faedah yang lebih hebat daripada yang mampu diberikan oleh setiap satu ramuan tersebut secara bersendirian. Dalam erti kata lain,
23 jenis ramuan botani Intra bekerja lebih baik bersama-sama!
Imbangan tepat 23 jenis ramuan botani Alam Semula Jadi hanyalah permulaannya:
Kesemua 23 jenis ramuan botani Intra ditanam tanpa semburan bahan kimia ataupun baja buatan
Ramuan botani Intra dipetik dengan cermat menggunakan tangan untuk mengekalkan kualiti dan tahap kandungan bahan aktif yang tertinggi
Selepas pemeriksaan dan analisis yang menyeluruh, bahan aktif daripada setiap ramuan botani diekstrak dengan teliti
Pemiawaian dan pengujian memastikan bahawa setiap ekstrak botani mempunyai kandungan sebatian aktif yang secara konsistennya tinggi
Ekstrak-ekstrak tersebut kemudiannya digabung bersama untuk meningkatkan faedah satu sama lain berdasarkan formula proprietari Lifestyles
Produk akhir dibotolkan di dalam kilang yang memiliki perakuan HACCP*, menggunakan proses-proses pengilangan dan standard GMP** yang ketat untuk memastikan kualiti dan kekuatannya
*Hazard Analysis Critical Control Points (Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya) **Good Manufacturing Practices (Amalan Pengilangan Baik)
Imbangkan kewangan anda dengan mengimbangkan sistem biologi rakan anda
Tidak banyak perkara lain yang lebih baik daripada mengimbangkan sistem biologi tubuh badan anda dengan Intra untuk " Hidup Lebih Bahagia. Setiap Hari. "
Satu daripada perkara tersebut ialah membantu orang lain hidup lebih bahagia setiap hari dengan memperkenalkan Intra kepada mereka. Bukan sahaja anda memperoleh kepuasan peribadi dengan mengetahui bahawa anda benar-benar sedang membantu orang lain di sekeliling anda, tetapi memperkenalkan Intra kepada orang lain juga boleh dengan pantas menjadi asas bagi perniagaan peribadi anda, dan sumber pendapatan yang penting bagi anda dan orang-orang kesayangan anda.
Membantu orang lain dan memperoleh pendapatan tambahan? Ia adalah satu daripada situasi menang-menang yang muktamad dalam kehidupan!
Intra + Anda = Lebih Baik Bersama!
Formula Intra + Pengedar Lifestyles adalah Lebih Baik Bersama!
Seperti mana 23 jenis ramuan botani dalam Intra Lebih Baik wujud Bersama-sama, begitu juga Lifestyles dan para Pengedar kami. Anda memacu pertumbuhan Lifestyles seperti mana kami memacu pertumbuhan anda. Dan, perkongsian yang kita kongsi bersama ini adalah aset kita yang paling berharga – dan juga paling dihargai. Dengan Intra dan keinginan anda untuk berjaya, tiada had apa yang mampu kita capai.
Kepada ahli-ahli kami yang terbaru, selamat datang! Kami tidak sabar-sabar untuk bekerja bersama anda dalam mencapai matlamat anda membawa produk-produk Lifestyles yang hebat ke persada dunia. Dan kepada ahli-ahli lama keluarga Lifestyles, terima kasih kerana memacu kejayaan kita dan teruskan usaha gemilang anda!