06/09/2025
'Ketandusan Tukang Karut DalamSeni Dikir Barat Dirasai!!'
Yang Bernyawa Pastinya akan pergi.Namun Perginya ketiga-tiga Lagenda Dikir Barat Ini Amat dirasai dan tiada galang ganti.Allahyarham Cikgu Naim,Allayarham Pokku Kamal serta Allahyarham Tuan Kob Raja Saring menjadi satu kehilangan yang amat besar dalam dunia dikir barat.
Keempat-empat tukang karut ini adalah tukang karut yang mempunyai aura masing2 dan kehebatan memukau para penonton dengan karakter serta telatah yang mampu meghairahkan penonton semasa berada di pentas.Namun brgitu, keempat-empat tokoh ini mempunyai pasangan tersendiri,seperti Cikgu Sulizi Akan berpasangan bersama Cikgu Naim Dan Tuan kob Raja Saring berkapuh bersama Pokku Kamal.
Pada Awal Tahun 2000 adalah zaman kegemilangan mereka yang mana para lagenda ini sering menerima padahan untuk membuat persembahan disegenap ceruk tempat bermula dari hulu kelantan sehingga ke hulu pahang.Dan Pada Masa itu,Cara persembahan karut pada zaman dikatakan membawa perubahan besar dalam seni dikir barat kerana isi dan mesej yang disampaikan oleh tukang amat afektif serta terkesan sehingga mampu mengguncang jiwa pendengar.
Dengan Unsur kecindan,motivasi serta nasihat menjadi satu skil pembawaan didalam tajuk karut setiap persembahan.Ditambah p**a jalan cerita yang tersusun atau lebih disebut dalam penggiat seni dikir kelantan iaitu 'jelujur' yang membawa erti mengikut tertib dan sistematik.Tidak Lupa Juga Bahasa serta pantun yang digunakan dalam dikir karut ini menggunakan loghat kelantan mudah difahami sekaligus menguatkan lagi penerimaan org ramai buat susuk tubuh para lagenda ini.
'Berdikir mesti ada Guru'antara ungkapan yang sering didengari oleh saya apabila perbualan antara mereka.Sudah tentu keempat empat lagenda ini mempunyai guru yang sentiasa membimbing mereka sehingga mampu bersinar tempat yang suram dan menimbul di air yang dalam.Kehebatan mereka ini wajar diambil perhatian dalam setiap sudut untuk menjadi matang dalam persembahan bagi generasi baru yang bakal menggalas seni ini.
Sekarang Yang tinggal tokoh lama iaitu Cikgu Sulizi,Badul Thailand,Meli tumpok dan Dollah Tok deh yang mana semakin menua tetapi ilmunya penuh didada.Jika Sekarang ini Generasi muda tidak mahu berguru atau bertanya,bimbang nanti tiada pakar rujuk atau 'org tua' yang menjadi panduan.'Takdok hok lamo mako takdok hok baru'dan 'Malu Bertanya sesat jalan'Antara kata-kata yang sesuai diertikan pada masa sekarang.
Persoalannya,mampukah kita generasi muda menggalas seni ini agar terus kekal supaya tidak ditelan zaman dan setanding dengan para lagenda terdahulu.?semoga Tokoh yang masih ada ini akan terus Diberikan Kesihatan yang berpanjangan dan terus berjuang untuk seni ini agar dapat diwarisi oleh anak cucu kita nanti.
Alfatihah dan Terima kasih kepada Seniman Tukang karut Lagenda Arwah Cikgu naim,Pokku Kamal dan Tuan Kob kerana mewarnai dunia kami dengan kehebatanmu..Semoga Kalian Bersemadi dengan aman dan Allah mencucuri rahmat berpanjangan di Alam sana.Amin..
Putra Amirul
6 sept 2025.