APM Kangar

APM Kangar Akaun Rasmi Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kangar, Negeri Perlis

✨ Salam Rejab 1447H ✨Alhamdulillah, kita dipertemukan dengan bulan Rejab, bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Mar...
21/12/2025

✨ Salam Rejab 1447H ✨

Alhamdulillah, kita dipertemukan dengan bulan Rejab, bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan amalan, memperbaiki diri serta mempersiapkan hati dan jiwa menuju Ramadan yang bakal tiba.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

Semoga segala urusan dan amanah yang dipikul sentiasa dipermudahkan serta diberkati oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada:
Kapt. (PA) Aji Azri bin Mustari
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kangar
serta Warga Kerja Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kangar

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)
Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
APM Arau, Perlis
APM Padang Besar
APM Kuala Perlis












 Pameran APM Perlis Sempena Hari Apresiasi HEM dan Hari Kokurikulum SMK AbiPada 11 dan 12 Disember 2025 (Khamis) - Pejab...
15/12/2025



Pameran APM Perlis Sempena Hari Apresiasi HEM dan Hari Kokurikulum SMK Abi

Pada 11 dan 12 Disember 2025 (Khamis) - Pejabat Daerah Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kangar telah menerima jemputan untuk menyertai Pameran Hari Apresiasi HEM dan Hari Kokurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Abi.

Untuk makluman, penyertaan APM Perlis bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid berkaitan peranan dan fungsi Pertahanan Awam, khususnya dalam aspek keselamatan, kesiapsiagaan bencana serta asas pertolongan cemas. Pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan termasuk demonstrasi pertolongan cemas menggunakan patung latihan, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)
Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
APM Arau, Perlis
APM Padang Besar
APM Kuala Perlis












09/12/2025



08/12/2025 - Isnin] Pemakluman Penutupan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Perlis. Sebarang masalah bolehlah berhubung terus dengan agensi berkaitan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
PerlisAktif












03/12/2025



3/12/2025 - Rabu] Membantu pihak hospital dalam pengoperasian memindahkan pesakit disebabkan lif kerosakan akibat banjir.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
PerlisAktif













 30/11/2025 (Ahad) - Sebagai makluman, PPS IKBN telah ditutup secara rasminya pada pukul 05.00 petang. Angkatan Pertahan...
30/11/2025



30/11/2025 (Ahad) - Sebagai makluman, PPS IKBN telah ditutup secara rasminya pada pukul 05.00 petang.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)
Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
APM Arau, Perlis
APM Padang Besar
APM Kuala Perlis












 30/11/2025 (Ahad) - Hasil keputusan PKTK dan hasil perbincangan bersama petugas PPS. Sebagai makluman, PPS SK Behor Emp...
30/11/2025



30/11/2025 (Ahad) - Hasil keputusan PKTK dan hasil perbincangan bersama petugas PPS. Sebagai makluman, PPS SK Behor Empiang telah ditutup secara rasmi pada pukul 04.00 petang. Baki mangsa (5 keluarga) akan dipindahkan ke PPS Dewan Warisan, Kangar.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)
Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
APM Arau, Perlis
APM Padang Besar
APM Kuala Perlis












30/11/2025



WASPADA HAIWAN BERBISA!!!

Anda perlu berwaspada terhadap haiwan berbisa terutamanya ketika musim pamas, musim banjir atau ketika berada di kawadan yang kurang kendalikan seperti semak dan longgokan sampah.

Langkah berjaga-jaga seperti memeriksa kasut dan pakaian, menutup lubang dan celah serta menjaga kebersihan kawasan kediaman. Jika terserempak haiwan berbisa, jangan ganggu dan segera hubungi pihak berkuasa atau talian kecemasan 999.

Jangan lupa dapatkan rawatan segera sekiranya anda disengat oleh haiwan ini walaupun hanya luka yang kecil.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan haiwan berbisa ini ketika musim bencana ini.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Terus bersama APM.

PerlisAktif














**

30/11/2025




PEKEMBANGAN HARIAN
BENCANA NEGERI PERLIS

BANJIR PERLIS : 18 PPS | 1310 Keluarga | 4322 Mangsa

Kemaskini setakat jam 12.00 malam/ 30 November 2025 (Ahad)













 CERAMAH PERTOLONGAN CEMAS - SMK PUTRA 20 November 2025 (Khamis) – Satu Ceramah dan Demonstrasi Pertolongan Cemas telah ...
22/11/2025


CERAMAH PERTOLONGAN CEMAS - SMK PUTRA

20 November 2025 (Khamis) – Satu Ceramah dan Demonstrasi Pertolongan Cemas telah diadakan di Anjung Putra, SMK Putra melibatkan seramai 500 orang yang terdiri daripada pelajar menengah rendah. Program ini berlangsung dari 11.00 pagi hingga 1.10 petang dan telah disampaikan oleh Lt. M (PA) Ameera Husna binti Pauzi, Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kangar, dibantu oleh tiga orang anggota lain-lain pangkat (LLP).

Melalui program ini, para murid didedahkan kepada tindakan awal kecemasan, teknik balutan asas, serta langkah keselamatan dalam merawat kecederaan ringan sebelum bantuan profesional tiba.

Semoga pendedahan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan pelajar dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Nota ringkas:
Pertolongan cemas ialah rawatan awal yang diberikan kepada individu yang cedera atau jatuh sakit secara tiba-tiba sebelum bantuan perubatan profesional diterima. Ia merangkumi tindakan segera seperti menghentikan pendarahan, membantu pernafasan, menstabilkan mangsa, serta mengurangkan risiko keadaan menjadi lebih serius.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)
Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
APM Arau, Perlis
APM Padang Besar
APM Kuala Perlis












MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN, PINGAT DAN REBEN TAHUN 20257 November 2025 (Jumaat) - Angkatan Pertahanan Awam M...
13/11/2025

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN, PINGAT DAN REBEN TAHUN 2025

7 November 2025 (Jumaat) - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis telah berjaya melaksanakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan, Pingat dan Reben Tahun 2025 bertempat di Regency Grand Ballroom, The Putra Regency Hotel, Kangar.

Majlis penyerahan watikah, pingat dan reben telah disempurnakan oleh Kolonel (PA) Lokman Hakim bin Abdul Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang, yang hadir mewakili YAS Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Turut hadir, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi bin Md Daud, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis, serta Pegawai-Pegawai Bersekutu APM, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kangar, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kangar, dan seluruh warga APM Daerah Kangar.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua penerima pingat dan reben pada majlis kali ini.

Anugerah yang diterima bukan sekadar simbol penghormatan, tetapi lambang pengiktirafan terhadap sumbangan besar serta ketulusan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan penuh semangat, disiplin dan keikhlasan, serta menjadi teladan kepada semua warga Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kangar.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)
Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
APM Arau, Perlis
APM Padang Besar
APM Kuala Perlis












LATIHAN KECERGASAN DAN LATIHAN MINGGUAN ANGGOTA PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM KANGAR Pada 25 hingga 26 Oktober 2025 (Sa...
29/10/2025

LATIHAN KECERGASAN DAN LATIHAN MINGGUAN ANGGOTA PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM KANGAR

Pada 25 hingga 26 Oktober 2025 (Sabtu dan Ahad), telah berlangsung Latihan Kecergasan dan Latihan Mingguan Anggota Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kangar yang dijalankan di PUSPA APM Perlis dan Bukit Talipong, Kedah.

Latihan ini melibatkan semua anggota APM Daerah Kangar dengan objektif untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mengukuhkan disiplin serta mempertingkatkan kemahiran asas operasi dan kerjasama berpasukan dalam kalangan anggota.

Turut hadir memantau dan memberikan sokongan sepanjang latihan ialah Kapt. (PA) Aji Azri bin Mustari, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kangar, serta Lt. (PA) Amizulnizan bin Abd Rahman, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kangar, APM Perlis. Kehadiran mereka telah menjadi penyuntik semangat dan motivasi kepada para anggota untuk terus kekal aktif, berdisiplin dan bersiap siaga dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Tahniah diucapkan kepada semua anggota yang terlibat atas komitmen, disiplin dan semangat yang tinggi sepanjang latihan berlangsung. Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan kesiapsiagaan dan kecergasan anggota APM sentiasa berada pada tahap terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada:
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kangar
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)
Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
APM Arau, Perlis
APM Padang Besar
APM Kuala Perlis







Address

Lot 8337, Persiaran Wawasan, Mukim Seriab
Kangar
01000

Telephone

+6049777991

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share