02/11/2025
Cerita 1Nov25.. Showcase ‘Malam Twist Pak Maon’..
Kadang… Bila kita pandang balik setiap langkah yang dah kita lalui, barulah kita sedar… kita ni bukan siapa-siapa.
Bukan yang hebat, bukan yang sempurna… Cuma seseorang yang cuba buat sesuatu dengan hati yang ikhlas dalam seni, rasa puas untuk diri sendiri..
Tapi semua ni takkan pernah jadi kenyataan, kalau bukan kerana kalian yang sentiasa percaya, yang sentiasa ada..
❣️Terima kasih D’Muara Cafe Cherating..
🍱 Tempat yang jadi saksi, tawa, gementar dan setiap degupan pertama.
❤️ Terima kasih Megah Baiduri Entertaintment.
🎼 Sound system yang mengeluarkan bunyi yang menggegar jiwa setiap yang mendengar, serta cahaya yang menyuluh rasa, menyalakan semangat di setiap sudut pentas.
❤️ Terima kasih Awie Entertainment.
🎤 Soundman kesayangan yang memastikan setiap bunyi, setiap dengusan dan nafas, jatuh tepat di jiwa penonton, memastikan setiap detik dirasai, bukan sekadar didengari.
❤️ Terima kasih Abizar Music Band,
🎸🥁🎹🎷 Para pemuzik yang bermain bukan sekadar dengan jari tapi dengan jiwa yang penuh rasa.
❤️ Abg Epy Rizuan..
🕺 Pengacara yang menyulam suasana dengan kata,
menghidupkan pentas dengan semangat, membuat semua terasa dekat… terasa keluarga.
❤️ Persatuan Penggiat Kebudayaan dan Kesenian Pantai Timur..
🏷️ Terima kasih kerana mengurus setiap tempat dengan penuh tanggungjawab & memastikan segalanya berjalan lancar dari awal hingga akhir.
❤️ Dalyla Inn, Nipoh Beach Cottage Kijal, Makcik Roti & CMMB..
🎁 Terima kasih atas tajaan dan sokongan, atas kepercayaan yang buat langkah kecil ini terasa besar maknanya.
❤️Dan buat Pak Idris (Kilauan Emas),
🎤 Penyanyi jemputan yang membawa aura,
pengalaman dan jiwa sebenar seorang seniman.
Terima kasih, kerana sudi hadir dan berkongsi rasa yang hidup dalam setiap bait lagu.
❤️ Buat semua Kawan-kawan, yang datang dari jauh, yang hadir dari dekat, yang kirim doa walau tak dapat hadir bersama… Terima kasih..
❤️❤️ Dan di sebalik semua ini… Ada sesuatu yang paling halus, paling tulus, doa seorang ibu… Terima kasih Ma..❤️❤️
Saya tahu, Saya bukan hebat…
tapi bila ada kalian, setiap penat jadi indah, setiap usaha jadi bermakna.
Terima kasih…
dari hati ❤️ yang paling dalam.
Tanpa kalian…
Malam ini takkan pernah seindah ini…