Keningaukini

Keningaukini Penyampai Informasi Terkini di Keningau! Maklumat terkini Daerah Keningau serta berita-berita semasa

Jelajahi keindahan pedalaman bersama . 🌳📰 Sumber terpercaya untuk berita, cerita, dan kejadian lokal.

Lot kedai untuk disewa✨Kemasukan : February 2026Lokasi : Bersebelahan Petron Sook, KeningauMudah diakses kerana berada d...
07/11/2025

Lot kedai untuk disewa✨

Kemasukan : February 2026
Lokasi : Bersebelahan Petron Sook, Keningau

Mudah diakses kerana berada di tepi jalan utama serta mempunyai kawasan parking yang luas.

Sila hubungi nombor yang tertera di gambar untuk maklumat lanjut👌🏻

27/09/2025

Selamat berhari Sabtu.

ISHAK SEGERA SALUR AIR MINUMAN UNTUK PENDUDUK KG DANGULADSeptember 21, 2025KENINGAU – Selepas enam hari berdepan ketiada...
23/09/2025

ISHAK SEGERA SALUR AIR MINUMAN UNTUK PENDUDUK KG DANGULAD

September 21, 2025

KENINGAU – Selepas enam hari berdepan ketiadaan bekalan air bersih, penduduk Kampung Dangulad akhirnya mendapat bantuan segera apabila Timbalan Penyelaras STAR P.180 Keningau, Dato’ Mohd Ishak Datuk Ayub, menyalurkan sebanyak 250 karton air mineral pada 21 September lalu.

Bantuan itu diberi sejurus menerima laporan daripada penduduk kampung yang amat memerlukan bekalan asas tersebut.

Tindakan pantas Ishak sekali gus melegakan keresahan masyarakat yang sebelum ini terpaksa bergantung pada sumber air terhad untuk keperluan harian.

Menurut beliau, keperluan asas seperti air bersih adalah hak rakyat yang tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi ketika berdepan kesukaran mendadak.

Katanya, keutamaan adalah memastikan kebajikan rakyat terjaga tanpa menunggu masa yang panjang.

Langkah proaktif ini menyerlahkan keprihatinan Dato’ Ishak sebagai pemimpin yang peka terhadap nadi rakyat – hadir bukan dengan janji, tetapi dengan tindakan.

ISHAK BERSAMA GENG GELAN STAR: SIMBOL KEPRIHATINAN SEORANG PEMIMPINSeptember 21, 2025KENINGAU – “Sentuhan pemimpin sejat...
23/09/2025

ISHAK BERSAMA GENG GELAN STAR: SIMBOL KEPRIHATINAN SEORANG PEMIMPIN

September 21, 2025

KENINGAU – “Sentuhan pemimpin sejati terpancar saat duka, hadir memberi sokongan dan doa.” Demikian tergambar dalam kehadiran Timbalan Penyelaras STARSABAH Parlimen Keningau, Dato’ Mohd Ishak Datuk Ayub, ketika bersama Geng Gelan Star dari Kampung Kota Ayangan pada majlis makan malam di Mee Woo Resort, di sini, semalam.

Pertemuan itu menjadi lebih bermakna apabila beliau menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa tragedi hanyut di Sungai Apin-Apin baru-baru ini, selain menzahirkan penghargaan terhadap Geng Gelan Star yang tanpa mengira penat lelah membantu operasi mencari dan menyelamat.

Ishak menegaskan, usaha sukarelawan dan kepekaan masyarakat adalah nadi kekuatan sebenar rakyat Sabah dalam mendepani bencana. Bagi beliau, setiap detik kebersamaan bersama rakyat bukan sekadar acara, tetapi amanah yang harus dipikul dengan rendah hati.

Pertemuan ini sekali lagi menonjolkan kewibawaan seorang hamba Allah bernama Dato’ Ishak – pemimpin yang tidak mencari sanjungan, tetapi memilih hadir bersama rakyat dengan tindakan nyata dan hati yang tulus.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keningaukini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share