SABAH UP

SABAH UP Find out what's up currently in our beloved home. Bah! Kanou!

05/08/2026

Penyanyi asal lagu Mirae daripada kumpulan Kiroro mencuri perhatian ramai apabila tampil menyanyikan lagu legenda itu secara spontan ketika melancong di Sabah.

Persembahan ringkas itu mengimbau kenangan peminat yang membesar dengan lagu Mirae, sekali gus mencetuskan nostalgia dalam kalangan penonton yang turut menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.

Rakaman momen berkenaan turut tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa teruja kerana berpeluang mendengar lagu ikonik itu dinyanyikan sendiri oleh penyanyi asalnya ketika berada di Sabah.

Seorang pemain bola sepak dari Malaysia adalah antara 12 individu yang cedera selepas padang bola disambar petir semasa ...
05/08/2026

Seorang pemain bola sepak dari Malaysia adalah antara 12 individu yang cedera selepas padang bola disambar petir semasa Kejohanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok, petang tadi.

Dalam kejadian itu, seorang pemain sayap Yala FC dari Thailand, Safwan Awe, disahkan meninggal dunia.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 5.30 petang waktu tempatan, sejurus selepas perlawanan separuh akhir tamat.

Salam takziah kepada keluarga mangsa dan semoga semua yang cedera diberi kesembuhan.

04/08/2026

PETIR SAMBAR PADANG BOLA . 1 maut, 12 cedera semasa kejohanan bolasepak berlangsung .

Seorang pemain bola sepak dari Malaysia adalah antara 12 individu yang cedera selepas padang bola disambar petir semasa Kejohanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok, petang tadi.

Dalam kejadian itu, seorang pemain sayap Yala FC dari Thailand, Safwan Awe, disahkan meninggal dunia.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 5.30 petang waktu tempatan, sejurus selepas perlawanan separuh akhir tamat.

Salam takziah kepada keluarga mangsa dan semoga semua yang cedera diberi kesembuhan.

04/08/2026

42 PATI Warga Filipina Dihantar Pulang ke Negara Asal

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah telah menghantar pulang 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ke negara asal mereka.

Proses pemindahan dibuat dari Depot Imigresen Tawau melalui Pelabuhan Lahad Datu ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina dengan menggunakan feri komersial.

Kesemua individu yang dihantar pulang terdiri daripada 36 lelaki dan 6 wanita, berusia antara 22 hingga 58 tahun.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen dan mengurus penghantaran pulang warga asing yang berada di negara ini tanpa dokumen yang sah.

04/08/2026

Akhirnya! Jambatan Kg. Samalang yg semakin hampir siap menerima lawatan lagi daripada ahli parlimen Keningau DDJK . Tahniah warga Keningau .

Address

SABAH UP
Keningau
88000

Telephone

+60143632952

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SABAH UP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SABAH UP:

Shortcuts

Share