24/02/2025
Kempen Derma Darah 2025 di Tapak Pasar Malam Keningau
Pada 23 Februari 2025, telah berlangsung dengan jayanya Kempen Derma Darah yang dianjurkan oleh Pertubuhan ANAK SENI KENINGAU dengan kerjasama Pusat Transfusi Darah, Hospital Keningau. Program ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada;
Ahli Jawatankuasa, yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjayakan kempen ini, terutamanya Pasukan Penggerak PASK. Seterusnya, kepada Pengunjung dan Penderma Darah yang telah menyumbang darah mereka demi menyelamatkan nyawa.
tidak lupa juga, JUTAAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA,
• Penaja Utama, YB Datuk Annuar Ayub Aman, ADUN N.41 Liawan merangkap Pengerusi Sabah Energy Corporation.
• PPM Fred Toyong yang menyediakan kerusi, meja, dan kipas.
• MDK untuk penyediaan tapak.
Sponser Lain, @
- Michael Tambi, Ketua Wairamuda N.41 Liawan.
- Borneo HD Agency
- Petro Jaya
- Redone Auto Service
- Arus Gemilang
- Yawz Auto Service
- Abg J
- Original Avocados Frappe
- Fayyad Evolution
- Sin Ring Sdn Bhd
- HM Setia Jaya
- Mesra Fishmart
- MK Automobil
Sepanjang acara berlangsung. 63 kampit beras 5kg telah di serahkan kepada semua penderma terawal. Dan sebanyak 61 pint darah berjaya dikumpul.ini merupakan di antara yang terbanyak berjaya dikumpulkan berdasarkan maklumat dari pihak transfusi darah hkgu
Tahniah diucapkan kepada semua pemerima Tiket Penderma Bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa Android TV 32 inci, Gas Stove, Steam Iron, Blender, dan Stand Fan.
Akhir sekali,
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, dan telah menyokong kempen ini, moga usaha ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Teruskan memberi sumbangan darah untuk menyelamatkan nyawa!