09/10/2026
MELAKA, 9 Okt - Pakatan Harapan (PH) mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, meskipun sasaran awal gabungan itu adalah antara 18 hingga 21 kerusi.
Pengarah Pilihan Raya PH, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi bergantung kepada Majlis Presiden, manakala pembahagian kerusi calon akan ditentukan parti komponen masing-masing.
“PH yang hampir pasti (akan tanding) dalam 18 kerusi hingga 21 kerusi, namun kalau keadaan terpaksa mungkin kita bertanding 28 kerusi, itu yang sedang dipertimbangkan,” katanya.
Amirudin berkata, PH telah menyediakan pelan bagi menghadapi pilihan raya itu, sama ada bertanding secara solo atau bekerjasama dengan parti lain, termasuk Barisan Nasional (BN), dengan rundingan masih terbuka.
“Perbincangan masih terbuka dengan Barisan Nasional, walaupun untuk ‘membuka kuncinya’ (BN) agak sukar,” ujarnya.
Katanya, gabungan itu menyasarkan untuk menambah jumlah kerusi yang dimenangi dan bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan sebelum keputusan pimpinan pusat dimuktamadkan.
“Masih ada seminggu lagi. 24 jam pun masa yang terlalu lama dalam politik, macam-macam boleh berlaku. Kita bersedia sebaik mungkin untuk semua kemungkinan,” tambahnya.
Kredit: MalaysiaGazette
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞