Mohamad Ali Mohamad

Mohamad Ali Mohamad TIMBALAN PRESIDEN PESAKA MALAYSIA
PRESIDEN PETANQUE MALAYSIA
YDP PESAKA MELAKA

10/10/2025

InsyaAllah..jumpa malam ini. Suara anak bumi Melaka buat anak bumi Palestin

Post ini mungkin akan kurang kelihatan disebabkan algorithm sistem media sosial yg begitu sensitif dengan perkara yg melibatkan hal yg berlaku di Palestin..

Tetapi bukanlah penghalang andai kita sama-sama membantu menyampaikan maklumat bagi yang lain

Semoga budi yang kita semai hari ini dibalas dengan sebaik-baik balasan kelak InsyaAllah..






Dari 159 buah negara yang diakui oleh Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)  tiada satu negara pun yg mengambil tindaka...
02/10/2025

Dari 159 buah negara yang diakui oleh Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) tiada satu negara pun yg mengambil tindakan keras ke atas Israel atas jenayah perang yg dijalankan bertahun-tahun lamanya

Begitulah keadaan ketika ini yang mana hanya SATU (1) buah wilayah haram mampu meludah & menghinakan seluruh 158 buah negara yg lain..

Tindakan Israel memintas dan menahan kapal-kapal flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan jelas melanggar konvensyen serta undang-undang antarabangsa. Malah undang-undang antarabangsa secara jelas melarang sebarang sekatan atau halangan terhadap konvoi kemanusiaan, apatah lagi yang membawa barangan asas untuk kelangsungan hidup penduduk Gaza.

Saya berharap semua rakyat Malaysia yg ditahan secara tidak sah akan kembali dgn selamat..secara jelas Israel akan sentiasa mengulangi jenayah mereka kerana telah terbukti dgn jelas bahawa dunia ini terlalu bacul utk menghadapi mereka..saya juga berharap semoga baki konvoi berjaya mencapai matlamat yg diharapkan

Yaaa..benar..pahit untuk ditelan bahawa hanya sebuah wilayah haram mampu menghinakan seluruh pemimpin dunia hari ini

26/09/2025

Dari Allah kami datang, kepada Allah jualah tempat kami kembali..telah kembali ke rahmatullah Cikgu Nan Bin Osnee (Timb. YDP Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Melaka pada jam 6.00 petang, 25 September 2025

InsyaAllah..jenazah akan di solatkan di Masjid Pokok Mangga & akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cina hari ini

Arwah merupakan salah seorang dari guru-guru silat bumi melaka yg begitu komited dalam melahirkan anak-anak silat di negeri ini..seorang yang sangat menjaga tutur kata & begitu mudah dibawa berbual ibarat telah kenal lama

Itu lah Cikgu Nan, semoga ilmu yg baik menjadi bekalan yang bermanfaat buat arwah di sana..terima kasih atas segala jasa baik yang telah disemai buat anak-anak silat di bumi bertuah ini

Saya sebagai YDP Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Melaka mewakili warga silat Negeri Melaka berduka cita atas perkhabaran ini..Salam takziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga & seluruh kerabat PSSGM

Sama-sama kita doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman & diberikan ganjaran yang baik oleh Allah S.W.T

Al Fatihah...

Lawan Ketua Menteri Melaka? Turun naik mahkamah pun boleh, InsyaAllah tiada masalah lah..Bila masuk mahkamah, bukti past...
18/09/2025

Lawan Ketua Menteri Melaka? Turun naik mahkamah pun boleh, InsyaAllah tiada masalah lah..

Bila masuk mahkamah, bukti pasti nampak lebih menarik kan?

Hari ini mahkamah memberi perintah utk saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu "pakatan jahat" & sebagainya yg saya sebut -sebut sebelum ini kerana telah masuk fasa prosiding mahkamah

Jadi, mana yg masih belum faham boleh scroll post sebelum-sebelum ini ok..saya kena diam dekat media, tapi kena bising dekat mahkamah p**a

Jumpa lagi utk next prosiding..kalau Ketua Menteri Melaka rajin & ada masa, maghi ler datang sama, kan kes ni kes mahkamah kita berdua..

Bukan apa, boleh kita pandang-pandang, jeling-jeling dalam courtroom.. 😉

Solidariti buat adik Zara Qairina tidak terhenti sekadar himpunan semata-mata..saya terbaca di laman rasmi FB saudara Is...
10/09/2025

Solidariti buat adik Zara Qairina tidak terhenti sekadar himpunan semata-mata..saya terbaca di laman rasmi FB saudara Isham Jalil berkaitan sumbangan buat pembelaan kes Zara Qairina di mahkamah ketika ini. Pastinya beliau bukanlah calang-calang individu apabila memberi maklumat yang tepat

Ibu kepada arwah dan sebuah NGO telah melancarkan satu tabung untuk membiayai kos-kos dalam proses inkues..setelah mengikuti perjalanan kes ini, pada pendapat peribadi saya, wujud keperluan untuk memanggil pakar-pakar mereka sendiri bagi memberi pandangan dan hujah-hujah kerana pakar-pakar pun kerap berbeza pendapat dalam sesuatu perkara

Untuk memangggil pakar-pakar ini, pastinya wujud kos yang perlu ditanggung terutama dari segi logistik dan sebagainya

Sebagai seorang dari jutaan rakyat Malaysia, pastinya saya & anda semua ingin mengetahui kebenaran yang sebenar-benarnya apa yang berlaku kepada arwah adik Zara Qairina pada malam dan awal pagi 15 - 16 Julai 2025 yang lepas?

Dengan sumber yg boleh dipercayai, saya menyokong kewujudan dana ini dan InsyaAllah walaupun sedikit sumbangan kita semua, tapi dengan jumlah kita yang begitu ramai bersama dalam isu ini, pastinya membantu keluarga Zara Qairina dalam mencari kebenaran yang masih samar ketika ini



Ketika ini, bersatu rumpun nusantara menghantar bantuan seadanya..Inilah uniknya kedua buah negara, tatkala sejahtera..k...
03/09/2025

Ketika ini, bersatu rumpun nusantara menghantar bantuan seadanya..Inilah uniknya kedua buah negara, tatkala sejahtera..kita bergaduh di sosial media tentang hal bola sepak, batik, rendang & sebagainya

Namun bila salah satu terluka, satu lagi pasti hadir melindung saudara mereka

Semoga segala yg terjadi ketika ini menjadi asbab permulaan utk menjadi sebuah negara contoh yg penuh kebajikan ..

Semoga cepat bertemu titik damai & lekas sembuh Indonesia !

Gelombang pertama telah mula memasuki zon himpunan solidariti   ketika ini di Dataran UTC Jalan Hang Tuah, MelakaMajlis ...
31/08/2025

Gelombang pertama telah mula memasuki zon himpunan solidariti ketika ini di Dataran UTC Jalan Hang Tuah, Melaka

Majlis akan bermula bila-bila masa dari sekarang

31/08/2025

Kurang 2 jam lagi sebelum
2.0 di Dataran UTC Hang Tuah Melaka

Selamat Hari Kemerdekaan saya ucapkan buat seluruh rakyat Malaysia!Kita telah melalui sejarah yang cukup panjang..sejara...
30/08/2025

Selamat Hari Kemerdekaan saya ucapkan buat seluruh rakyat Malaysia!

Kita telah melalui sejarah yang cukup panjang..sejarah penjajahan negara kita jauh lebih panjang berbanding sejarah Kemerdekaan kita

Begitulah peritnya perjuangan mereka yang terdahulu dalam memperjuangkan merdeka yg kita sambut hari ini..air mata, darah, keringat digugurkan demi anak cucu mereka utk hari penuh bermakna ini

Senjata mungkin bukan lagi ancaman buat kita semua ketika ini, ancaman boleh wujud dalam pelbagai bentuk termasuk kata-kata manis bersulam strategi penuh dusta

Ingatlah wahai anak-anak bumi merdeka, merdeka ini mungkin hilang jiwanya andai kita leka

Pada tanggal yang penuh bermakna ini juga, kita tidak akan melupakan perjuangan yg belum bertemu titik noktah demi anak bumi Malaysia, Zara Qairina

InsyaAllah..malam ini , 31 Ogos, pukul 9.00 malam, di Dataran UTC Jalan Hang Tuah kita akan bersama demi solidariti dalam menegakkan keadilan sejajar dengan laungan merdeka!

MERDEKA bumi bertuahku Malaysia!

Jika tempoh hari solidariti   di Melaka berjaya mengumpulkan lebih 10,000 orang di Dataran UTC & perjuangan bagi menuntu...
28/08/2025

Jika tempoh hari solidariti di Melaka berjaya mengumpulkan lebih 10,000 orang di Dataran UTC & perjuangan bagi menuntut keadilan buat arwah adik Zara Qairina tidak terhenti begitu sahaja

InsyaAllah, solidariti Justice For Zara 2.0 akan diteruskan sekali lagi di bumi Melaka..dikhabarkan himpunan di negeri lain turut berlangsung di seluruh negara di sekitar tarikh yg sama

𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝟑𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟗 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 | 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐔𝐓𝐂 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 | 𝐓𝐞𝐦𝐚: 𝐇𝐢𝐭𝐚𝐦

Sepertimana solidariti tempoh hari, hadirin yg hadir menjadi saksi bahawa ini bukan pentas utk politik & perkara yang tidak berkenaan

Ini adalah pentas suara keramat rakyat Malaysia utk rakyat Malaysia yg lain..Ayuh kita nyatakan bahawa rakyat tidak akan berhenti selagi keadilan buat arwah Zara Qairina tidak disempurnakan

Kita jumpa di sana!





17/08/2025

Selesai Bengkel Pengurusan Teknikal & Pemurnian Peraturan Pertandingan Sukan Silat anjuran PESAKA hari ini

Bengkel ini digerakkan agar segala peraturan & perubahan yang baru dpt difahami oleh para wasit juri

Dengan penghasilan para wasit yg kompeten dengan segala teknikal undang-undang & peraturan gelanggang, penjurian bagi sesuatu pertandingan dapat diadili dengan baik bagi memastikan pesilat mendapat hak yg adil bagi persembahan mereka di gelanggang

Semoga usaha pihak PESAKA mampu membentuk wadah perjuangan silat yg lebih baik pada masa yg akan datang InsyaAllah..





16/08/2025

Video penuh malam ini, solidariti di Jalan Hang Tuah, Melaka untuk Zara Qairina

Merentasi sempadan negeri, merentasi sempadan lautan, merentasi sempadan bangsa & agama..

Zara Qairina..nama anak kecil 13 tahun ini diperjuangkan oleh seluruh rakyat ketika ini

kami di bumi melaka turut menzahirkan sokongan buat adik Zara pada malam ini..Perancangan yang dibuat bagi solidariti ini amatlah singkat..namun usaha & kerjasama yang baik dari semua pihak berjaya mengumpulkan anggaran sekitar 10,000 orang pada malam ini

Terima kasih buat seluruh hadirin yang hadir pada malam ini..semoga tiada lagi kejadian tragis seperti ini berlaku pada mana-mana pihak lagi selepas ini

Perjuangan ini belum selesai..semoga dapat diteruskan sehingga keadilan dapat ditegakkan

Anak Malaysia sentiasa ada untuk anak Malaysia yang lain


Address

Klebang Besar
75200

Telephone

+60126889669

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohamad Ali Mohamad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohamad Ali Mohamad:

Share