Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Info Kemalangan & Bencana Malaysia Menyampaikan Info kemalangan serta Bencana yang terkini di serata pelusuk tanahair.

Pelajar Cedera Terjatuh dan Dihempap Batu di Taman Negara NiahBatu Niah: 08 sept 2025 : Pelajar universiti berusia 19 ta...
08/09/2025

Pelajar Cedera Terjatuh dan Dihempap Batu di Taman Negara Niah

Batu Niah: 08 sept 2025 : Pelajar universiti berusia 19 tahun, Lauryn Ixora Nanang, cedera di pinggang selepas terjatuh dan dihempap batu di Taman Negara Batu Niah pada petang semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 3.30 petang itu menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie, sepasukan lima anggota dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.47 petang.

Mangsa ditemui di lokasi yang mencabar, iaitu di kawasan curam sedalam 50 kaki dan terletak 1.6 kilometer dari tebing sungai.

Pada masa itu, seorang jururawat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Miri sedang bersama mangsa dan telah meminta bantuan bomba untuk mengangkat serta menstabilkan keadaannya.

Pasukan penyelamat kemudian berjaya membawa mangsa turun menggunakan pengusung. Mangsa dipindahkan ke tebing sungai dan dihantar ke Klinik Batu Niah menggunakan bot milik Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk rawatan lanjut.
Keadaan Lauryn dilaporkan stabil.

Info Kemalangan & Bencana Malaysia


Gambar Jbpm Sarawak

Empat Pekerja Lelaki Tertimbus Pasir, Seorang Maut di Bota KiriPerak 08 sept 2025 : Seorang pekerja lelaki maut manakala...
08/09/2025

Empat Pekerja Lelaki Tertimbus Pasir, Seorang Maut di Bota Kiri

Perak 08 sept 2025 :
Seorang pekerja lelaki maut manakala tiga rakanya yang lain cedera selepas tertimbus pasir semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan paip dan korekan tanah di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri.

Kejadian tragis ini berlaku petang semalam berdekatan kawasan pengump**an pasir sungai, di mana mereka sedang menanam saluran pembetung (culvert) di berhampiran Sungai Perak.

Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5 petang.

Lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat mangsa terlibat.

Anggota bomba mendapati tiga mangsa tersangkut dalam pam pasir dan tertimbus separuh badan telah berjaya diselamatkan kira-kira jam 6:30 petang dan segera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Malangnya, seorang lagi rakan mereka didapati tertimbus sepenuhnya.

Operasi menyelamat melibatkan usaha mengalihkan timbunan tanah dan batu di lokasi kejadian, yang dianggarkan sedalam 3 meter dalam.

Mangsa tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

pekerja lain yang menyaksikan kejadian itu memberitahu bahawa tanah di sekeliling kawasan korekan tiba-tiba runtuh dan menimbus keempat-empat mangsa.

Kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pekerja pembinaan agar sentiasa mengambil langkah keselamatan yang ketat. Keselamatan di tempat kerja haruslah sentiasa diutamakan untuk mengelakkan tragedi seperti ini berulang.

Salam Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan ini.

Gambar : Jbpm Perak
Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Penunggang Motosikal Warga Asing Maut dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Kota TinggiKOTA TINGGI, 7 Ogos 2025 – Seorang pe...
07/08/2025

Penunggang Motosikal Warga Asing Maut dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 7 Ogos 2025 – Seorang penunggang motosikal disyaki warga Indonesia maut, manakala seorang lagi parah dalam satu kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Kilometer 33.5 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof bin Hj. Othman berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 11.00 malam pada 5 Ogos 2025.

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas CT berwarna merah yang ditunggang oleh seorang lelaki dipercayai warga asing, dan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna biru yang ditunggang oleh lelaki tempatan berusia 25 tahun.

“Dalam kejadian tersebut, penunggang motosikal Modenas CT mengalami kecederaan parah di pelbagai bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambah beliau, penunggang Yamaha LC135 p**a mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau membahayakan.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun, denda antara RM20,000 hingga RM50,000, serta hilang kelayakan memegang lesen memandu untuk tempoh minimum lima tahun.

Pihak Polis IPD Kota Tinggi turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada, mematuhi undang-undang dan tidak memandu secara cuai, demi menjamin keselamatan semua pihak di jalan raya.

Artikel Info Kemalangan & Bencana Malaysia
photo : Pdrm

Pejalan Kaki Maut Dirempuh Myvi di Jalan Sungai Rengit - Kota TinggiKOTA TINGGI, 7 Ogos 2025 – Seorang pejalan kaki maut...
07/08/2025

Pejalan Kaki Maut Dirempuh Myvi di Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 7 Ogos 2025 – Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi dalam kejadian awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof bin Hj. Othman, dalam satu kenyataan media memaklumkan, pihak polis menerima laporan berkenaan kemalangan itu pada jam 4.10 pagi.

Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna perak yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun bersama penumpang wanita berusia 55 tahun. Ketika kejadian, kenderaan tersebut dipercayai melanggar seorang pejalan kaki di lokasi berkenaan.

“Mangsa pejalan kaki mengalami kecederaan parah di pelbagai bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelas beliau.

Tambahnya, siasatan awal masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau membahayakan.

Jika sabit kesalahan, individu yang disabit boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000. Selain itu, pesalah juga akan hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya selama lima tahun.

Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada serta mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya demi keselamatan bersama, terutama ketika memandu di waktu malam atau di kawasan kurang pencahayaan.

Artikel Info Kemalangan & Bencana Malaysia
Photo : Pdrm

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Kereta Buat Pusingan U Secara Mengejut di Batu PahatBATU PAHAT, 7 Ogos 2025 – Seorang...
07/08/2025

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Kereta Buat Pusingan U Secara Mengejut di Batu Pahat

BATU PAHAT, 7 Ogos 2025 – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Johor Bahru–Melaka, Peserai, Batu Pahat malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Polis (ACP) Shahrulanuar Mushaddat bin Abdullah Sani, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam pada 5 Ogos 2025.

Siasatan awal oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) mendapati mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, menunggang motosikal dari arah Kampung Parit Siba, Bagan, menuju ke Pusat Bandar Batu Pahat melalui Jalan Simpang Lima.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ di kawasan larangan dari arah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan dari Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Pemandu kereta, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun, turut mengalami kecederaan di kepala.

Lima orang penumpang dalam kereta tersebut, isteri pemandu berusia 29 tahun, anak perempuanya 5 tahun, serta anak lelaki berusia 1 tahun, ibu mertua 56 tahun dan adik ipar perempuan lingkungan 23 tahun, mengalami kecederaan ringan dan kini sedang menerima rawatan di HSNI.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau membahayakan.

Polis mengingatkan orang awam agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, terutamanya larangan membuat pusingan di kawasan tidak dibenarkan, bagi mengelakkan kemalangan yang meragut nyawa.

Salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan semoga arwah ditempatkan diantara orang-orang terbaik.

Artikel Info Kemalangan & Bencana Malaysia
Photo : PDRM

Tiga Nyaris Maut Kereta Terbalik dan Terbakar di Kuala KraiKUALA KRAI, 7 Ogos – Detik cemas menyelubungi Kampung Keroh a...
07/08/2025

Tiga Nyaris Maut Kereta Terbalik dan Terbakar di Kuala Krai

KUALA KRAI, 7 Ogos – Detik cemas menyelubungi Kampung Keroh apabila sebuah kereta dinaiki tiga individu termasuk seorang kanak-kanak terbalik dan terbakar dalam insiden mengejut berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Keroh, petang semalam.

Kenderaan Proton Saga tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik, lalu disambar api.

Dalam keadaan panik, semua mangsa – berusia antara 11 hingga 50 tahun berjaya keluar dari kenderaan yang terbakar dan menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Mujur, kesemua mereka hanya mengalami kecederaan ringan meskipun kenderaan tersebut hangus dijilat api.

Menurut Penolong Bomba Tinggi II Zulhilmi Baharudin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 4:52 petang. Sepasukan anggota digerakkan segera dan tiba tepat pada masanya bagi mengawal kebakaran serta memastikan tiada kemalangan susulan berlaku.

Tindakan pantas bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya dan lokasi kejadian kini kembali selamat.

Artikel Info Kemalangan & Bencana Malaysia
Photo : Bomba

27/07/2025

💥 JOM MASUK GROUP & FOLLOW SHILA SHOPPING ONLINE! 💥

Nak cari barang cantik, murah & terkini? 😍
Jom follow & masuk group sekarang! Semua info best kami share kat sana je!

📦 Promosi Meletop!
🛒 Koleksi Baru Setiap Minggu!
📢 Update Pantas & Eksklusif!

📲 Follow Facebook:
👉 https://www.facebook.com/kedaiShilaShoppingOnline/

📲 Join Telegram:
👉 https://t.me/joinchat/Sf_oCEwKE461oBaD

📲 Follow Instagram:
👉 https://www.instagram.com/invites/contact/?i=1m3c66jqrns2e&utm_content=1y7xyb5

📲 Nak tanya terus? Klik je WhatsApp:
👉 http://www.wasap.my/60189122673/

⚠️ Jangan tunggu lama-lama… barang cantik selalu SOLD OUT dulu!

Menjual pakaian Butik wanita, lelaki dan kanak2. Kain berkualiti cantik dan harga murah..

👂✨ See Inside, Clean with Precision!Say goodbye to guesswork — the Smart Visual Ear Sticks Otoscope 1296P lets you see a...
27/07/2025

👂✨ See Inside, Clean with Precision!
Say goodbye to guesswork — the Smart Visual Ear Sticks Otoscope 1296P lets you see and clean your ears safely with a high-res mini camera.
Perfect for the whole family.
📱 Easy to use. 🔋 Rechargeable. 💡 LED lighting.

🛒 Available now on Shopee!

https://s.shopee.com.my/2g0TsWJkI6

Penunggang Superbike Cedera Selepas Terbabas ke Gaung di Jalan Johor Bahru - MersingMERSING, 27 Julai 2025 – Detik cemas...
27/07/2025

Penunggang Superbike Cedera Selepas Terbabas ke Gaung di Jalan Johor Bahru - Mersing

MERSING, 27 Julai 2025 – Detik cemas buat seorang penunggang motosikal berkuasa besar apabila jenteranya, sebuah Honda CBR500, terbabas dan menjunam ke dalam gaung.

Kejadian berlaku awal pagi tadi, sekitar jam 6:32 pagi, di Kilometer 37 Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran Balai Polis Sungai Ambat, Jemaluang.

Mangsa, seorang lelaki berusia 22 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan dan terperangkap di dasar gaung bersama motosikalnya.

Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Mersing yang terdiri daripada lapan anggota, dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurut Komander Operasi BBP Mersing, operasi menyelamat mangsa dijalankan dengan penuh teliti menggunakan tali dan pengusung (stretcher) untuk membawa mangsa naik.

Setelah berjaya dibawa keluar dari gaung, mangsa diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut di hospital berhampiran.

Punca kemalangan masih dalam siasatan, namun kejadian ini menjadi peringatan akan bahaya jalan raya, terutama bagi penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Artikel Info Kemalangan & Bencana Malaysia
Photo : Bomba

Tragedi di Cerok Tokun: Warga Emas Rebah dan Meninggal Dunia Ketika Mendaki BukitBUKIT MERTAJAM, 27 Julai 2025 – Aktivit...
27/07/2025

Tragedi di Cerok Tokun: Warga Emas Rebah dan Meninggal Dunia Ketika Mendaki Bukit

BUKIT MERTAJAM, 27 Julai 2025 – Aktiviti riadah seorang warga emas berakhir dengan tragedi apabila beliau disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika mendaki di Hutan Simpan Cerok Tokun petang semalam.

Mangsa, seorang lelaki berusia 67 tahun, dipercayai pengsan ketika sedang menikmati aktiviti mendaki bukit.

Insiden menyedihkan ini dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang pada jam 4.59 petang.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam segera dikejarkan ke lokasi.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut tiba di tempat kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Dengan kekuatan enam anggota, kami berjaya menurunkan mangsa dari kawasan pendakian ke kaki bukit," kata John Sagun dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat ini ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.38 malam.

Tragedi ini menjadi peringatan akan kepentingan kesihatan dan persediaan sebelum melakukan aktiviti fizikal yang memerlukan stamina tinggi.

Salam takziah kepada waris mangsa.

Artikel Info Kemalangan & Bencana Malaysia
Photo : Bomba

Tragedi Subuh di Jalan Serian-Kuching: Kelindan Maut, Pemandu Lori Terselamat dalam Nahas Kemalangan jalanrayaSIBURAN, 2...
27/07/2025

Tragedi Subuh di Jalan Serian-Kuching: Kelindan Maut, Pemandu Lori Terselamat dalam Nahas Kemalangan jalanraya

SIBURAN, 27 Julai 2025 – Pemandu dan Kelindan lori kargo berdepan detik cemas awal pagi semalam di Jalan Serian-Kuching apabila lori yang dinaiki terlibat dalam kemalangan tragis.

Nahas tersebut meragut nyawa seorang kelindan manakala pemandu lori terselamat dengan kecederaan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 pagi, segera menggerakkan sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan ke lokasi kejadian.

Siasatan awal pihak bomba mendedahkan kemalangan ngeri ini melibatkan sebuah lori kargo yang sedang bergerak merempuh sebuah lagi lori kargo yang diletakkan di tepi jalan.

Impak rempuhan itu amat kuat, menyebabkan kemusnahan teruk pada kedua-dua kenderaan.

Dalam operasi menyelamat yang penuh mendebarkan, pemandu lori berusia 34 tahun bernasib baik apabila berjaya keluar sendiri dari kenderaannya dan dilaporkan selamat.

Namun, nasib tidak menyebelahi kelindannya yang tersepit di dalam bangkai lori. Pihak bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun malangnya mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. Tragedi ini menjadi peringatan pahit tentang bahaya di jalan raya, terutamanya pada waktu awal pagi.

Salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan.

Artikel Info Kemalangan & Bencana Malaysia
Photo : Bomba

Address

Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Kemalangan & Bencana Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Info Kemalangan & Bencana Malaysia:

Share