Kelate Insider

Kelate Insider Kelantan: Tanah Serendah Sekebun Bunga

MOSCOW, 26 Ogos: Lebih 380 pelancong, termasuk 291 warga asing dilaporkan hilang selepas banjir di Nepal, menurut Lembag...
26/08/2026

MOSCOW, 26 Ogos: Lebih 380 pelancong, termasuk 291 warga asing dilaporkan hilang selepas banjir di Nepal, menurut Lembaga Pelancongan Nepal pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Memetik laporan disiarkan Berita Harian, Lembaga Pelancongan Nepal dalam satu kenyataan di platform media sosial X, memaklumkan rekod awal yang dikumpulkan mengikut agensi daripada syarikat pelancongan mengenal pasti 384 pelancong, termasuk 291 warga asing dan 93 warga Nepal, yang dilaporkan hilang dari kawasan terjejas.

"Maklumat itu sedang disahkan dan disemak silang dengan kerjasama agensi pelancongan, pemandu pelancong, pihak berkuasa tempatan serta agensi keselamatan," menurut kenyataan itu.

Menurut lembaga itu, lebih 100 warga India, 17 rakyat Malaysia, 12 warga Britain, empat warga Afrika Selatan, tiga warga Amerika Syarikat (AS), seorang warga Australia dan seorang warga Belanda dilaporkan hilang, manakala kewarganegaraan 111 lagi masih belum dapat disahkan.

Terdahulu, pada Rabu Kathmandu Post melaporkan banjir besar akibat limpahan Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa yang terletak di kawasan pergunungan Nepal, menyebabkan kerosakan besar terhadap kediaman dan infrastruktur.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap tinggi kepada penduduk di kawasan hilir.

MOSCOW, 26 Ogos: Lebih 380 pelancong, termasuk 291 warga asing dilaporkan hilang selepas banjir di Nepal, menurut Lembag...
26/08/2026

MOSCOW, 26 Ogos: Lebih 380 pelancong, termasuk 291 warga asing dilaporkan hilang selepas banjir di Nepal, menurut Lembaga Pelancongan Nepal pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Memetik laporan disiarkan Berita Harian, Lembaga Pelancongan Nepal dalam satu kenyataan di platform media sosial X, memaklumkan rekod awal yang dikumpulkan mengikut agensi daripada syarikat pelancongan mengenal pasti 384 pelancong, termasuk 291 warga asing dan 93 warga Nepal, yang dilaporkan hilang dari kawasan terjejas.

"Maklumat itu sedang disahkan dan disemak silang dengan kerjasama agensi pelancongan, pemandu pelancong, pihak berkuasa tempatan serta agensi keselamatan," menurut kenyataan itu.

Menurut lembaga itu, lebih 100 warga India, 17 rakyat Malaysia, 12 warga Britain, empat warga Afrika Selatan, tiga warga Amerika Syarikat (AS), seorang warga Australia dan seorang warga Belanda dilaporkan hilang, manakala kewarganegaraan 111 lagi masih belum dapat disahkan.

Terdahulu, pada Rabu Kathmandu Post melaporkan banjir besar akibat limpahan Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa yang terletak di kawasan pergunungan Nepal, menyebabkan kerosakan besar terhadap kediaman dan infrastruktur.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap tinggi kepada penduduk di kawasan hilir.

SYDNEY, 16 Julai: Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut selepas dua bot yang membawa mereka dipercayai karam di Te...
16/07/2026

SYDNEY, 16 Julai: Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut selepas dua bot yang membawa mereka dipercayai karam di Teluk Benggala, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis,lapor AP.

Menurut laporan disiarkan Sinar Harian, maklumat awal menyatakan, kedua-dua bot itu berlepas dari negeri Rakhine, Myanmar pada penghujung Jun dengan membawa sebahagian besar penumpang Rohingya, termasuk beberapa pelarian dari kem di Bangladesh.

Sebuah bot yang dipercayai membawa kira-kira 250 penumpang dilaporkan terputus hubungan sejurus selepas berlepas, manakala sebuah lagi yang membawa sekitar 280 orang dipercayai tenggelam di pesisir Ayeyarwady pada 8 Julai.

Bagaimanapun, IOM dan UNHCR memaklumkan insiden serta jumlah sebenar korban masih belum dapat disahkan, namun menyifatkan kejadian itu berpotensi menjadi antara tragedi paling buruk melibatkan pelarian Rohingya.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menjelaskan hujan lebat dan banjir yang melanda rantau berkenaan sejak kebelakangan ini menjadikan pelayaran melalui Teluk Benggala lebih berbahaya, terutama ketika musim monsun.

Krisis kemanusiaan yang berlarutan di Myanmar dan kem pelarian di Bangladesh terus memaksa ramai Rohingya mempertaruhkan nyawa menaiki bot usang untuk mencari perlindungan, termasuk menuju ke Malaysia.

Lebih 1.2 juta Rohingya kini menetap di kem pelarian yang sesak di Bangladesh selepas melarikan diri daripada keganasan tentera Myanmar sejak 2017, manakala mereka yang masih berada di Myanmar berdepan sekatan pergerakan serta hidup di kem penempatan.

Menurut UNHCR, lebih 6,500 Rohingya cuba meninggalkan Myanmar dan Bangladesh melalui laluan laut sepanjang 2025, dengan hampir 900 dilaporkan maut atau hilang, menjadikannya laluan laut paling berbahaya bagi pelarian di dunia.

IOM dan UNHCR menggesa komuniti antarabangsa memperkukuh operasi mencari dan menyelamat, memperluaskan akses perlindungan kepada pelarian serta membanteras rangkaian penyeludupan dan pemerdagangan manusia bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

13/07/2026

Aduan daripada pengunjung yang mendakwa Pasar Kedai Buloh, Jalan PCB di Kota Bharu terlalu kotor dan tidak terurus.

Mohon jasa baik pihak berwajib melakukan pembersihan segera selain menasihati peniaga supaya sentiasa menjaga keceriaan dan kebersihan.

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seramai 16 warden lelaki bekas tentera telah mula melaporkan diri serta menjalani sesi taklimat d...
01/07/2026

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seramai 16 warden lelaki bekas tentera telah mula melaporkan diri serta menjalani sesi taklimat dan pengenalan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bersama pihak pengurusan kelmarin.

Pangerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, seramai 16 lagi warden wanita bekas tentera akan mula bertugas pada minggu hadapan.

“Mereka diwajibkan menghadiri sesi orientasi dan pengenalan maktab yang dikendalikan oleh pengetua-pengetua MRSM yang terlibat.

“Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan awal berkaitan struktur pengurusan maktab, peraturan serta peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh para warden,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ujarnya, setiap MRSM diperuntukkan seramai empat warden iaitu dua lelaki dan dua wanita membabitkan sebanyak 10 buah MRSM di seluruh negara setakat ini.

Kata beliau, antara yang terlibat termasuklah MRSM Besut, MRSM Balik Pulau, MRSM Muadzam Shah Rompin, MRSM Sultan Azlan Shah, MRSM Serting, MRSM Kubang Pasu, MRSM Jeli, MRSM Parit, MRSM Kuala Berang dan MRSM Muar.

“Bermula 1 Januari 2027, semua 58 MRSM akan mendapat manfaat warden sepenuh masa bekas tentera.

“Diharapkan mereka dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi serta membantu pihak maktab dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan disiplin pelajar sentiasa terpelihara.

Katanya, usaha itu sebagai satu cara bagi mencapai hasrat untuk menyaksikan MRSM bebas dan sifar buli. - KELATE INSIDER

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2026: Jabatan Imigresen akan mengeluarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang men...
30/06/2026

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2026: Jabatan Imigresen akan mengeluarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang menampilkan 94 ciri keselamatan berbanding 49 sebelum ini bermula esok.

Menurut laporan Berita Harian, antara teknologi keselamatan digunakan termasuk 'guilloche', 'latent image', 'rainbow printing', 'line width modulation', hologram serta cetakan ultraviolet (UV) yang direka bentuk bagi meningkatkan perlindungan terhadap pemalsuan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan dokumen perjalanan negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata ciri keselamatan baharu itu membabitkan elemen visual, tersembunyi dan forensik, seiring perkembangan teknologi dan keperluan keselamatan global yang semakin kompleks.

Beliau berkata, PMA baharu ini membabitkan tempoh sah laku 10 tahun dengan kadar bayaran RM350, manakala bayaran bagi PMA dengan tempoh sah laku lima tahun kekal RM200.
"Buat permulaan, pasport akan dikeluarkan di 14 pejabat negeri terlebih dahulu termasuk di ibu pejabat bagi fasa pertama dan dijangka selesai hingga fasa ketujuh.

"Melalui peningkatan ciri keselamatan ini, ia lebih selamat dan sukar dipalsukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, PMA versi baharu itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di reruai Imigresen di lobi Dewan Rakyat, di sini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Zakaria turut menyerahkan pasport baharu kepada Perdana Menteri ketika majlis pelancaran itu.

Pada masa sama, Zakaria berkata purata pengeluaran pasport sebulan di negara ini kira-kira 180,000 hingga 220,000 dan dengan adanya versi baharu ini, kadar pengeluarannya dijangka meningkat susulan permintaan tinggi.

"Namun saya mohon rakyat Malaysia tidak tergesa-gesa menukar sekiranya pasport sedia ada masih sah tempoh lakunya.... hanya yang sudah tamat ataupun yang hendak memohon baharu, bolehlah meneruskannya," katanya.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), pengenalan PMA struktur baharu ini satu langkah transformasi penting dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara selain memberikan lebih kemudahan dan nilai tambah kepada rakyat Malaysia.

KDN memaklumkan bermula esok, warganegara berusia 18 tahun ke atas akan mempunyai pilihan untuk memohon PMA dengan tempoh sah laku sama ada lima atau 10 tahun mengikut keperluan pemohon.

"Pengenalan pasport 10 tahun ini dijangka mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, menjimatkan masa pengguna serta memudahkan urusan perjalanan dalam dan luar negara.

"Pengenalan tempoh sah laku 10 tahun ini turut memberi penjimatan RM50 kepada pemohon berbanding kos pembaharuan pasport lima tahun yang perlu dilakukan dua kali bagi tempoh sama," katanya.

Menurut KDN, Malaysia antara negara terawal di dunia memperkenalkan e-Pasport sejak 1998.

Katanya, PMA struktur baharu ini meneruskan tradisi itu dengan mengintegrasikan teknologi keselamatan terkini yang mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO).

"Ia sekali gus memastikan pasport Malaysia terus diiktiraf sebagai dokumen perjalanan yang selamat dan dipercayai di peringkat antarabangsa.

"Selain aspek keselamatan, PMA struktur baharu turut mengetengahkan identiti nasional menerusi elemen sejarah, warisan budaya dan simbolik sistem Raja Berperlembagaan.

"PMA versi baharu memperkenalkan rama-rama Rajah Brooke's Birdwing sebagai identiti baharu pasport Malaysia menggantikan Bunga Raya sebagai ikon utama untuk PMA sedia ada," katanya.

Menurut KDN, ikon utama baharu itu diperkenalkan sebagai lambang keunikan biodiversiti dan khazanah alam semula jadi negara.

Katanya, mesin pencetak generasi baharu yang digunakan berkeupayaan mencetak sehingga 60 pasport sejam bagi menyokong keperluan pengeluaran semasa.

"Pasport Malaysia kini terus berdiri sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia. Pengenalan PMA struktur baharu ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan dokumen perjalanan negara kekal selamat, moden, dipercayai dan setanding dengan amalan terbaik antarabangsa," katanya.

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengumumkan keluar parti itu ...
25/06/2026

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengumumkan keluar parti itu serta-merta hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, Mohd Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, keputusan itu dibuat kerana UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan dan dikawal oleh istana.

"Tanpa berat hati, saya umum keluar UMNO serta merta mulai hari ini 25 Jun 2026. Oleh itu UMNO tidak perlu bersusah payah memecat saya. Ia juga memudahkan saya berbeza pandangan tanpa dituduh menikam parti dari belakang.

"Kini saya bebas mengkritik UMNO satu wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Pengundurannya daripada UMNO dibuat sehari selepas beliau memberi bayangan mengenai satu pengumuman besar yang akan dibuat pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sementara itu, Mohd Puad berkata, ada yang akan menuduh beliau keluar UMNO kerana kepentingan diri.

"Buat apa saya keluar ketika UMNO dilihat kuat sehingga mahu berlawan solo di 56 kerusi. Saya tinggalkan UMNO di saat KJ (Khairy Jamaluddin), Hishammuddin (Datuk Seri Hishammuddin Hussein), Noh Omar (Tan Sri Noh Omar) kembali masuk UMNO bila melihat parti tambah kuat. Maka siapa yang ada kepentingan. Mereka atau saya?

"Alasan utama saya keluar UMNO ialah, UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan. UMNO Johor dikawal oleh Istana dalam membuat keputusan," katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa satu bukti jelas ialah Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz sendiri buat pengakuan kepadanya semasa pertemuan di Saujana, Ahad lalu.

"Beliau memaklumkan bahawa pihak Istana yang titah kepada beliau agar DUN Johor dibubar pada 1 Jun 2026.

"Banyak lagi contoh contoh lain Onn Hafiz hanya pak turut. Itu menjadikan UMNO Johor boneka yang terikat. Saya perlu melakukan ‘keberanian politik’ mendedahkan kemungkaran ini sebelum menjadi parah," dakwanya.

"Saya sedar saya akan dikecam dan dihina. Mungkin juga keselamatan saya terancam. Tetapi berbekalkan ‘keberanian politik’, saya bersedia bertempur dalam apa jua keadaan.

"Saya tidak mahu UMNO dipimpin oleh 'Pengecut Politik' sehingga menyebabkan calon BN diketawakan sebagai kitar semula, tiada aspirasi orang muda dan ‘mediocre’.

"Saya bertawakal kepada Allah. Kaulah pelindung yang tidak ada tolok bandingnya," katanya.

Semalam, Mohd Puad yang tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, dilaporkan berkata selepas meneliti senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRN berkenaan, beliau mendapati ada perkara yang 'tidak kena' dengan UMNO Johor.

"Perkembangan terkini UMNO Johor merisaukan. Saya tidak akan menoleh belakang walaupun saya hanya insan kerdil," kata Mohd Puad dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook semalam.

Ketika dihubungi kemudian, Mohd Puad enggan memperincikan perkara yang dimaksudkannya, sebaliknya hanya berkata 'UMNO Johor tidak bebas' dan meminta semua pihak menunggu pengumumannya nanti.

DUN Rengit antara tiga DUN terletak dalam kawasan Parlimen Batu Pahat dan Mohd Puad pernah menjadi ketua UMNO bahagian berkenaan. Dua DUN lagi ialah Senggarang dan Penggaram.

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan kompaun ke atas seorang kakitangannya sele...
24/06/2026

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan kompaun ke atas seorang kakitangannya selepas didapati membuang sampah dari kenderaan rasmi jabatan pada 21 Jun lalu.

DBKL dalam kenyataan berkata, pihkanya mengambil maklum berhubung satu hantaran yang tular di platform media sosial Threads berkaitan dakwaan kakitangannya yang membuang sampah daripada kenderaan itu.

“DBKL memandang serius perkara tersebut dan telah mengambil tindakan segera dengan memanggil kakitangan itu bagi mendapatkan penjelasan serta menjalankan semakan berkaitan kejadian tersebut.

“Susulan tindakan berkenaan, kakitangan terbabit telah dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu berkata, pihaknya sentiasa menekankan kepentingan integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja bagi menyampaikan perkhidmatan kepada warga kota.

“DBKL tidak berkompromi terhadap sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej organisasi dan akan terus memastikan pematuhan terhadap peraturan serta tatakelola kerja diperkukuhkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu. - KELATE INSIDER

JOHOR BAHRU, 24 Jun: Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan senarai penuh 56 calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...
24/06/2026

JOHOR BAHRU, 24 Jun: Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan senarai penuh 56 calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini.

Menurut portal Harian Metro, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan senarai calon berkenaan di pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri Johor di sini.

Berikut adalah senarai penuh calon BN:
N1. Buloh Kasap - Datuk Zahari
N2. Jementah - See An Gaik
N3. Pemanis - Anuar Abdul Manap
N4. Kemelah - R. Raven Kumar
N5. Tenang - Mohd Azhar Ibrahim
N6. Bekok -Tan Chong
N7. Bukit Kepong - Sharini Yusof
N8. Bukit Pasir - Fazli Salleh
N9. Gambir - Salihan Jan
N10. Tangkak - Ho Chin Tek
N11. Serom - Nadira Ahfika
N12. Bentayan - Chua Lee Huat
N13. Simpang Jeram - Azman Ismail
N14. Bukit Naning - Ghazali Sabari
N15. Maharani - Shahari Mat Salip
N16. Sungai Balang - Selamat Takzim
N17. Semerah - Mohd Fared Mohd Khalid
N18. Sri Medan - Zulkarnanin Kamisan
N19. Yong Peng - Ling Tian Soon
N20. Semarang - Datuk Samsolbari Jamali
N21. Parit Yaani - Datuk Mohd Najib Samsuri
N22. Parit Raja - Norashidah Ramli
N23. Penggaram - Boo Chin Leong
N24. Senggarang - Yuslah Ismai
N25. Rengit - Zaidi Jaafar
N26. Machap - Datuk Onn Hafiz Ghazi
N27. Layang-Layang - Chua Jin Boon
N28. Mengkibol - Yap Zhi Peng
N29. Mahkota - Syed Hussien Syed Abdullah
N30. Paloh - Lee Tian Han
N31. Kahang - Yugeran
N32. Endau - Alwiyah Talib
N33. Tenggaroh - Mohd Youzaimi Yusof
N34. Panti - Dr Mohamad Naqib Md Ghazali
N35. Pasir Raja - Datuk Seri Adham Baba
N36. Sedili - Muzaidi Makmur
N37. Johor Lama - Norlizah Noh
N38. Penawar - Fauziah Misri
N39. Tanjung Surat - Aznan Tamin
N40. Tiram - Datuk Abdul Halim Suleiman
N41. Puteri Wangsa - Teo Cheah Ling
N42. Johor Jaya - Chan San San
N43. Permas - Baharudin Mohamed Taib
N44. Larkin - Mohd Hairi Mad Shah
N45. Stulang - Boon Sheng Hin
N46. Perling - Panirveselvam
N47. Kempas - Datuk Ramli Borhan
N48. Skudai - Tian Hiang Kee
N49. Kota Iskandar - Datuk Pandak Andak
N50. Bukit Permai - Datuk Mohd Jafni Md Shukor
N51. Bukit Batu - R. Kumaran
N52. Senai - Tai Chee Chee
N53. Benut - Datuk Sumali Reduan
N54. Pulai Sebatang - Hasrunizah Hassan
N55. Pekan Nanas - Tan Eng Meng
N56. Kukup - Israk Abdullah

JOHOR BAHRU, 24 Jun: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba membuat kejutan apabila namanya dicalonkan bagi m...
24/06/2026

JOHOR BAHRU, 24 Jun: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba membuat kejutan apabila namanya dicalonkan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, bulan depan.

Menurut laporan Berita Harian, nama Adham diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pengumuman Calon BN di Dewan Utama, Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara pernah menjadi ADUN Pasir Raja selama dua penggal (2008-2018) dan Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal (2004-2008) dan pada 2018-2022.

Bagaimanapun, namanya digugurkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala 27 Jun ditetapkan sebagai hari penamaan calon dan pengundian awal pada 7 Julai.

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelate Insider posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share