Kelantanku Sayang

Kelantanku Sayang Kelantan dikenali sebagi Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.

Kelantan dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah berasal daripada perkataan “kilatan”. Keluasannya 15,040km2 terletak di timur laut Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Negara Thailand. Mempunyai 11 jajahan;Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Gua Musang,Kuala Krai,Jeli dan Kecil Lojing. Kelantan kaya dengan

khazanah warisan bangsa yang tak lapuk di hujan dan tak lekang dek panas. Permainan hiburan tradisional rakyat iaitu dikir barat, wayang kulit, gasing, wau bulan, kertok dan rebana ubi serta seni ukiran kayu, pertukangan perak, batik dan songket terus utuh dan mampu menjadi tarikan pelancong sepanjang zaman.

Sungai GOLOK CECAH AIR PALING TINGGI DALAM 20 TAHUN. 11.42 meter.
28/11/2024

Sungai GOLOK CECAH AIR PALING TINGGI DALAM 20 TAHUN. 11.42 meter.

27/11/2024

😢

Tulisan tangan ayat Al-Quran besar. Hebat bang.😍❤️🤍📍 Masjid Buluh , Gua musang, KelantanKredit: 📷 Zulkiflee Abdulrasyid
15/11/2024

Tulisan tangan ayat Al-Quran besar. Hebat bang.😍❤️🤍

📍 Masjid Buluh , Gua musang, Kelantan

Kredit: 📷 Zulkiflee Abdulrasyid

The real old money
13/11/2024

The real old money

12/11/2024
22/10/2024
30/09/2024

Kesian Orang Kelate..Masuk 2024 masih kena tuduh Makan Manis..👀👀😌

Semalam semasa buat live ada orang kata Abe La ni esok luso keno ker*t kaki sebab makan strawberry coklat😫😫

Pantang tengok ore kelate makan benda manis terus kena cop satu negeri

Meh nak bagi tahu Realiti Makanan di Kelate.

1. Makanan di Kelate sama saja dengan negeri lain, ada kena manis ada kena masin. Bukan semua kita letak gula dalam masakan.

2. Kuih di Kelate memang kena manis, sebab nama pun kuih. Manisan, dessert, pencuci mulut. Anda di Luar kelate boleh makan kek coklat melimpah, kunafa topping stambung, crepe penuh creme. Itu semua manis tapi kenapa tiada issue😟 bila datang Pasar siti khadijah terus ngiluuu awwwww tengok kuih.

3. Letak Gula dalam masakan itu sekadar untuk balance-kan rasa, bukan untuk maniskan jadi macam sira. Kalau kedai yang masak manis leting tu tandanya dia tak pandai masak dan itu bukan taste orang kelate secara umum.

4. Walaupun dituduh makan manis, negeri Kelantan masih bukan top 5 dalah carta pesakit diabetes Malaysia.

5. Ada sesetengah makanan seperti Tupat sotong memang dibbuat manis sebab itulah resepi asal, kalau buat masin tak jadi dessert pulok, baik buat masak lemak sotong😂

6. Makanan Thai pun sama saja dengan makanan kelate, tapi anda masih boleh makan tanpa komplen.

7. Cuti Sekolah berduyun2 pelancong masuk kelantan untuk foodhunting. Dan mereka repeat sokmo. Maksudnya apa itu.

Realitinya kita enjoy saja makanan setempat deh, kita gi luar kelate pun enjoy makan makanan KL, Sabah , Johor tanpa prejudis terhadap makanan orang.

27/09/2024

Realiti Sungai di Kelantan…

Sepanjang Abe La buat konten selama 7 tahun, cycle dia sama saja.

1. Waktu sesuai mandi sungai Mula bulan 3 hingga 7 sahaja. Waktu lain sama ada ada kepala air, banjir atau kering kontang.

2. Air sungai Kuala Krai, Jeli hanya biru kehijauwan pada bulan 2 hingga 7 apabila habis musim hujan, time ni paling heaven makn lata.

3. Sungai paling jernih Abe la pernah mandi adalah Kenerong Dabong. dan Sg Belimbing Jeli

4. Etok mula ada pada musim air cetek, bulan 3 hingga 9 musim kemarau etok banyak. Etok di Jeli warna kuning katanya lebih sedap wallahualam.

5. Sungai Kelate warna ok sikit pada bulan 4 hingga 7 kalau musim hujan dan peralihan monsun anda tahu sendiri warna dia apa😂

6. Di Dabong dan Lela Jasa ada pertemuan dua Sungai dua warna, dua suhu. Orang kata sini banyak udang galah.

Ada lagi tak fakta sungai di kelate anda boleh tambah. Boleh jadi panduan kepada Pelancong ke Kelantan yang nak enjoy Nature.

Gambar : Sungai Belimbing Jeli, lawa dooh air jerning pagi2 boleh nampak cebisan emas berkilat.

26/09/2024

Address

Kota Bharu

Telephone

+60169522558

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantanku Sayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share