Media Kelantan

  • Home
  • Media Kelantan

Media Kelantan Media Kelantan

Inilah antara puncanya Generasi Muda Pelapis Kelantan Binasa...
11/07/2025

Inilah antara puncanya Generasi Muda Pelapis Kelantan Binasa...

TAWAU PUN RAMAI BEGINI..CUMA BELUM KEDAPATAN JAK..MAU TUNGGU BUKIT AMAN TURUN LAGI...

Apa yang kami nampak
Founder produk, usahawan berjaya, ada restoran, kedai gunting rambut, kereta mewah, rumah besar.

Tapi sebenarnya
Tokan pil kuda. dadah, seludup rokok. Bisnes halal tu cuma topeng. Duit sebenar datang dari racun yang rosakkan anak bangsa.

Apa yang kami nampak
Beri zakat, bantu anak yatim, tolong golongan susah.

Tapi sebenarnya
Zakat tu cuma gula-gula nak tutup mulut orang. Duit haram takkan jadi suci walau dibayar kepada fakir.

Apa yang kami nampak
Wanita berani, berdikari, ikon semangat anak muda.

Tapi sebenarnya
Ejen kehancuran. Racun yang kau edar dalam bentuk pil kecil, tapi kesannya runtuhkan masa depan satu generasi.

Apa yang kami nampak
Bisnes kau jadi inspirasi. Ramai puji, ramai sokong, ramai ikut jejak.

Tapi sebenarnya
Ramai ikut jalan yang sama — tanpa tahu jalan tu bawa ke neraka, bukan ke syurga kekayaan.

Dan bila kau kantoi
Ada p**a yang back-up.
Kononnya ini semua nak jatuhkan negeri.
Nak burukkan Kelantan. Nak aibkan founder.

Tapi realitinya
Yang jual pil kuda tu manusia, bukan negeri.
Yang kena siasat tu penjenayah, bukan wakil rakyat atau budaya.
Kalau salah, tetap salah – walau dia satu kampung dengan kita.

Kau taja tahfiz.
Kau hulur dana untuk pondok.
Kau beri sumbangan depan kamera, konon cintakan ilmu.

Tapi belakang tabir,
Kau edar pil kuda.
Yang satu kau bantu hafal Quran,
Yang lain kau rosakkan sampai tak kenal diri.

Kami tak dengki dengan apa yang kau miliki,
Kami bangga kalau kamu betul-betul kaya dari titik peluh sendiri.

Kami benci,
Kerana kamulah perosak bangsa sebenar.

Patutlah kes dadah tak pernah selesai,
Patutlah pil kuda makin membiak.
Rupanya dari rahim bangsa sendiri,
Lahir manusia sanggup jual maruah demi kemewahan.

Dan bila kau masuk lokap,
Kami tak tepuk tangan.
Kami cuma tunduk diam,
Sebab bangsa kami sendiri yang hancurkan bangsa kami sendiri

-Gambar janaan Ai-
-Kredit Syed Abdul Rahman

19/04/2025

Kejadian pada 18/04/25
Lokasi Pasar Siti Khadijah.
Tudung molep doh.. hati belum tentu.. pakat hati2 semua..

Jenis lapar gamoknyo..
11/04/2025

Jenis lapar gamoknyo..

Umno hari ini mengesahkan terdapat seorang individu yang sebelum ini menjadi pemegang amanah parti masih enggan menandatangani dokumen pelepasan walaupun pemegang amanah lain sudah berbuat demikian.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, berkata individu yang dilantik sebagai pemegang amanah sepatutnya melepaskan tanggungjawab itu setelah tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau kerajaan.

"Ada individu masih enggan berbuat demikian, walaupun tiga pemegang amanah lain menandatangani dokumen pelepasan," katanya kepada media di Kuantan, Pahang, hari ini.

Berita penuh: https://mk.my/0FcEOXU

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share