24/12/2025
SISU 2 (2025)
Sisu 2(2025) mengembalikan dunia survival dan dendam yang kejam serta tanpa kompromi, dengan Jorma Tommila kembali memegang watak protagonis yang berani, Aatami. Berlatarbelakangkan landskap Lapland, Finland pasca Perang Dunia Kedua, filem ini menyelami dengan lebih mendalam pencarian keadilan Aatami selepas peristiwa kejam dalam filem pertama.
Visual menghantui kawasan bersalji yang sunyi dan tandus, di mana sisa-sisa peperangan masih kelihatan, diiringi skor muzik yang tegang dan berunsur atmosfera, menetapkan nada kepada perjalanan getir yang menanti.
Aatami berdepan dengan bayang-bayang masa lalunya, tekad untuk menghadapi ancaman baharu yang muncul dari kegelapan. Sekump**an tentera upahan yang kejam, diketuai oleh antagonis yang berkarisma namun tidak berperikemanusiaan lakonan Aksel Hennie, menjadi ancaman besar apabila mereka memburu Aatami untuk menuntut balas atas kematian rakan-rakan mereka.
Penceritaan yang lebih KASAR berbanding filem pertama, menggabungkan elemen dendam, kelangsungan hidup dan ketabahan. Tema kehormatan, kesetiaan dan harga sebuah pembalasan DI ANGKAT, apabila Aatami berdepan dengan cabaran yang kelihatan mustahil demi melindungi apa sahaja yang masih tinggal dalam hidupnya.
Dengan sinematografi yang memukau dan rentak yang tanpa henti, SISU 2 memberikan satu lagi pengalaman mendebarkan dan penuh emosi, memastikan penonton terpikat dengan kekuatan RARE seorang lelaki yang enggan mengalah walau berdepan dengan dugaan yang amat dahsyat.
KEADILAN BUKAN DARIPADA SISTEM TETAPI DARIPADA KEKUATAN, KETAHANAN dan PRINSIP PERIBADI
Ambo perasan Aatami ni xkecek sepatoh abuk! ๐..
Gilo meme Gilo filem ni