BeritaBayu.com

  • Home
  • BeritaBayu.com

BeritaBayu.com BAYU PORTAL NEWS.COM menyajikan berita dan info tempatan meliputi pelbagai aspek seperti sosial, eko

Beibey 😂😂😂
19/01/2025

Beibey 😂😂😂

Terkini  : Seorang wanita Monica Ting Siew Kwong, 37, ditemui lemas apabila dihanyutkan oleh arus deras ketika mengharun...
01/07/2024

Terkini : Seorang wanita Monica Ting Siew Kwong, 37, ditemui lemas apabila dihanyutkan oleh arus deras ketika mengharungi banjir selepas menghantar makanan kepada mangsa terperangkap dalam banjir, dekat pekan Donggongon, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.40 pagi itu, mangsa bersama suaminya dikatakan menghantar makanan kepada mangsa lain yang terperangkap akibat banjir, sebelum pulang.

Bagaimanapun, difahamkan, ketika cuba melalui kawasan banjir berhampiran Bulatan Sigah, Jalan Penampang Bypass, di sini, mangsa dikatakan dihanyutkan arus deras.

Suaminya cuba membantu dengan menarik tangan mangsa, namun arus banjir yang sangat deras sehingga menyebabkan mangsa hanyut.

Mangsa ditemui di celah pokok berhampiran rumah penduduk pada kira-kira jam 8 pagi tadi di Kampung Hungab, di sini, kira-kira 500 meter dari lokasi dia dihanyutkan arus deras.

Terkini : Pengisytiharan beberapa kawasan hotspot di daerah Membakut yang dilanda bencana banjir.Kredit : Jawatankuasa P...
23/06/2024

Terkini : Pengisytiharan beberapa kawasan hotspot di daerah Membakut yang dilanda bencana banjir.

Kredit : Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Daerah (JPBD) Membakut

Terkini : Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai dibaham buaya di sungai Kampung...
23/06/2024

Terkini : Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai dibaham buaya di sungai Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay, Sandakan, hari ini.

Mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi ketika melakukan aktiviti mandi-manda di sungai tersebut oleh penduduk kampung.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Senior Asisten Komisioner Polis, Datuk M Chand...
01/06/2024

Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Senior Asisten Komisioner Polis, Datuk M Chandra disahkan meninggal dunia, awal pagi tadi.

Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Katanya, masa sebenar kematian rakan sepasukannya itu belum diketahui, bagaimanapun Chandra kini sudah dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKK) untuk tujuan bedah siasat.

Punca kematian juga belum dapat dipastikan dan mendiang kini sedang berada di hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebenar.

Jenazah mendiang dijangka akan dibawa ke Wisma F**k Lu Siew, Kota Kinabalu untuk upacara memperingati dan penghormatan terakhir sebaik proses bedah siasat selesai.

Mendiang mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1994 dan pernah memegang jawatan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu pada 2014 hingga 2018.

Tahniah UNK Inanam
31/05/2024

Tahniah UNK Inanam

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan dimasukkan ke sebuah hospital di Ahmedabad, semalam, akibat strok haba,LAPORAN  PTI
23/05/2024

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan dimasukkan ke sebuah hospital di Ahmedabad, semalam, akibat strok haba,

LAPORAN PTI

TERKINI | Pengunjung di Pantai Tanjung Aru diingatkan supaya lebih berwaspada ketika berada di sekitar kawasan berkenaan...
23/05/2024

TERKINI | Pengunjung di Pantai Tanjung Aru diingatkan supaya lebih berwaspada ketika berada di sekitar kawasan berkenaan ekoran tangkapan seekor buaya tembaga menggunakan kaedah jerut.

Buaya sepanjang lebih 3 meter dan berat hampir 200 kilogram itu dikatakan cuba menyerang seorang kanak-kanak di perairan kampung Lok Baru Pulau Gaya Petang kelmarin.

Susulan itu, penduduk kampung bertindak cepat mencari dan menangkap buaya berkenaan, seterusnyamelaporkan kepada APM mengenai insiden tersebut.

Buaya tersebut kemudian telah diikat oleh pihak APM dan dibawa ke MPP Tanjung Aru menggunakan bot.

Gambar - netizen

Velvet Aduk dinobat juara CLAS 15  KOTA KINABALU : Penyertaan kali pertama Velvet Aduk sebagai finalis membawa tuah apab...
12/05/2024

Velvet Aduk dinobat juara CLAS 15

KOTA KINABALU : Penyertaan kali pertama Velvet Aduk sebagai finalis membawa tuah apabila lagu ciptaannya, ‘Mungkin ini Bukan Sayang’ dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS-15) musim ke-15 berlangsung di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, semalam.

Kemenangan lagu itu melayakkan Velvet membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000 berserta sijil dengan hadiah iringan lain.

Beliau juga diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik CLAS 15 sambil menerima wang tunai RM3,000, trofi dan hadiah iringan.

Seterusnya, kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM3,000 dan trofi menjadi milik Santiana Ramli, melalui lagu Sumpah Setia.

Menanti Akhirnya Malam dendangan Cearah diumumkan sebagai pemenang lagu Lirik Terbaik juga menerima wang tunai RM3,000, trofi, piala serta sijil disampaikan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.

Manakala sembilan peserta lain masing-masing menerima saguhati wang tunai RM1,000 setiap seorang beserta sijil, trofi serta hadiah iringan yang lain.

Acara anugerah berprestij terbitan Seksyen Hiburan dan Muzik RTM Sabah menampilkan DJ Pyan dan DJ Moon sebagai hos disamping Dayang Noraini dan Joy Bintang RTM 2024 sebagai artis jemputan.

CLAS 15 membuka tirai dengan berkonsepkan ‘Majestic Batik’ menampilkan gabungan ‘Orkestra Angkasapuri serta Kombo RTM Sabah’ mengiringi 10 lagu sekali gus dirakam sepenuhnya sekali gus disiarkan melalui saluran TV2, pada 6 Julai ini jam 9.00 malam.

CLAS 15 bertujuan memartabatkan industri muzik dengan memberi pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik tempatan Sabah untuk bersaing di peringkat nasional.

Syarikat Jetama Sdn Bhd serta Sabah Oil Gas & Development Sdn Bhd antara penyumbang CLAS 15 kali ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Salmah Hashim, Timbalannya, Cyril Simon, Penolong Pengarah Seksyen Hiburan dan Muzik, Howard Martin Kim Sung serta Penerbit CLAS 15 Dayang Marni Awang Matusin.

Pasti ramai yg menantikan kemunculan button di apps KWSP untuk permohonan akaun 3 (fleksibel).. Mohon bersabar ye. Tenga...
10/05/2024

Pasti ramai yg menantikan kemunculan button di apps KWSP untuk permohonan akaun 3 (fleksibel).. Mohon bersabar ye. Tengah disenggara katanya.. Permohonan boleh menggunakan Aplikasi KWSP i-akaun atau datang ke pejabat KWSP yg berdekatan.

BeritaBayu.com

Resort The Buwan Dive, Semporna musnah terbakar, tengah hari tadi.
03/05/2024

Resort The Buwan Dive, Semporna musnah terbakar, tengah hari tadi.

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual khas ' Soal Jawab Perdana Menteri' semalam menjelaskan baha...
02/05/2024

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual khas ' Soal Jawab Perdana Menteri' semalam menjelaskan bahawa pendekatan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus itu bertujuan menaikkan pendapatan kelompok bergaji rendah dan mengurangkan kenaikan di kelompok yang bergaji tinggi.

Kenaikan ini melibatkan gaji pokok dan bukannya elaun, dan perincian mengenainya akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet sebelum diputuskan.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BeritaBayu.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BeritaBayu.com:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share