04/08/2023
*PELAKSANAAN ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐*
Latihan Kem Tahunan (LKT) telah dilaksanakan bermula 5 Julai sehingga 19 Julai 2023 bertempat di sekitar Kem Paradise, Kota Belud. Latihan pada kali ini dirasmikan oleh Timbalan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah, Lt Kol Adli Ifan bin Azmi melibatkan seramai 5 Pegawai 97 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
Dalam pelaksanaan latihan ini melibatkan dua fasa. Pelaksanaan fasa pertama iaitu pentadbiran dalam kawasan kem. Pegawai dan Anggota diberi pendedahan secara teori berkenaan latihan yang akan dilaksanakan didalam fasa kedua iaitu fasa medan. Semasa di dalam kem, Pegawai dan Anggota melaksanakan kelas pegajian dan aktiviti - aktiviti Merentas Desa, Merentas Halangan dan Sukan antara Batalion.
Dalam fasa kedua p**a, latihan diteruskan dengan pelaksanaan praktikal berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi, Pegawai dan Anggota diberi pendedahan cara membina kawasan pertahanan dan menyerang Khemah Sementara Musuh. Latihan ini bertujuan untuk melengkapkan dan memahirkan anggota sukarela dengan tugas-tugas ketenteraan yang perlu diketahui serta menilai sejuah mana Anggota Rejimen 507 Askar Wataniah dapat menguasai pelajaran yang telah disampaikan.
Dalam perbarisan tersebut Timbalan Komander telah menyempurnakan pemakaian pangkat ke atas tiga anggota LLP. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat dan menyeru semua warga Rejime 507 Askar Wataniah untuk terus meningkatkan kesiagaan serta kompetensi dalam pelaksanaan tugas.
Perbarisan Penutup Latihan Kem Tahunan Siri 1/2023 ini telah diadakan di Padang Bola Tampar RKAT, Kem Paradise, Kota Belud pada 19 Julai 2023.