Neorri Media

Neorri Media Seasoned Journalist (The Star/13 April 2024).

18/12/2025

Sepetang menjelang hujan di Kebun Dapur, Pugun Azrone.

Baru perasan kurang dua kilometer dari kediaman kami ada Dewan Serbaguna Komuniti Bestari Persatuan Rumpun Bajau  Sama S...
15/12/2025

Baru perasan kurang dua kilometer dari kediaman kami ada Dewan Serbaguna Komuniti Bestari Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, di Kampung Unggun, Menggatal.
Terbaik Ketua Menteri merangkap Presiden PRBSS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Alhamdulillah, Khatib kami hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan.Tarikh: 21 ...
12/12/2025

Alhamdulillah, Khatib kami hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan.

Tarikh: 21 Jamadilakhir 1447H / 12 Disember 2025M

Tajuk Khutbah Jumaat (Khutbah Pertama): “Alam Kubur, Apa Bekalan Kita"

Kesimpulan Khutbah:

Khatib ingin mengingatkan agar sentiasa
menginsafi diri dan mempersiapkan diri sebelum ajal menjemput.

Pertama: Menjaga akidah dan keimanan.
Hati yang kukuh dengan tauhid akan memudahkan seseorang menjawab
pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir di alam kubur.

Kedua: Melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Ibadah yang dilakukan di dunia seperti solat, puasa, sedekah adalah pahala yang akan membantu kita di akhirat kelak.

Ketiga: Bertaubat sebelum terlambat.
Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Namun pintu taubat masih terbuka luas kerana rahmat Allah SWT.

Keempat: Berbuat baik sesama manusia.
Menjaga silaturahim, menunaikan amanah serta menjauhi kezaliman.

Kelima: Memperbanyakkan doa dan zikir.
Mendekatkan diri kepada Allah, memohon keamnpunan-Nya, dikurniakan
pengakhiran hidup yang baik yakni husnul khatimah dan keringanan dalam menghadapi sakaratul maut.

Ingatlah saudara sekalian, kubur itu gelap dan sunyi dan hanya amal kebaikanlah yang mampu meneranginya.

12/12/2025

Irama Kedebak @ Melupus, irama penutup persembahan Betitik khazanah etnik Bajau Sama.

10/12/2025

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Malaysia mencatat kemenangan besar apabila Mahkamah Rayuan Paris pada 9 Disember 2025 membatalkan sepenuhnya “Final Award” dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Kemenangan ini bukan sahaja kejayaan undang-undang, tetapi kemenangan maruah, kedaulatan dan hak seluruh rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah.

Bagi pihak Sekretariat Khas War Room Sulu, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, rakan-rakan Kabinet Kerajaan MADANI, pasukan perundangan AGC, Wisma Putra, BHEUU, JPM, serta semua agensi Kerajaan yang berganding bahu dalam menjalankan amanah demi kepentingan rakyat dan negara. Ia membuktikan iltizam mempertahankan negara dengan berprinsip dan berpaksikan undang-undang.

Sunset di Kebun Dapur dan Sunrise di Pentaran Pugun.
09/12/2025

Sunset di Kebun Dapur dan Sunrise di Pentaran Pugun.

The last supermoon of 2025
07/12/2025

The last supermoon of 2025

04/12/2025

Kebun mini Pugun Azrone turut serta memperkasa Program Kebun Dapur.

22/11/2025

Ketuanan Kaum vs Bilad (Etnik Minoriti)

Ketika mereka menunjukkan belang sesama sendiri untuk membuktikan siapa layak dijulang menjadi 'Raja Bangsa' majoriti di kawasan pesisir, undi etnik kami puak itu anggap 'bilad' di DUN Pintasan. Kami seolah-olah penumpang, bagai melukut di tepi gantang.
Tidak apalah sampai masa mengundi kami akan menjadi king maker.
Ketuanan bangsa kamu bukan urusan kami, sabotaj kaum sendiri juga kami tidak perlu ambil tahu.
Ketokohan dan pencapaian akademik calon bertanding pun tidak mengubah undi kami kerana yang bertanding pun sesama kamu.
Yang bangkitkan sentimen ketuanan kaum pun sesama kamu.
Kami hanya pengundi minoriti yang tidak penting bagi kamu, tapi ingatlah dalam sistem pilihan raya First-past-the-post diamalkan di negara kita majoriti satu undi pun penting untuk memenangi kerusi DUN Pintasan.
Ucapan orang kampung ketika pilihan raya di Afrika sana.

11/11/2025

Politik dan kuasa mana boleh berpisah, bohonglah yang bertanding pilihan raya bukan untuk berkuasa.
'Saintis politik' seperti Jack Godwin, Eitan Hersh, William Handcock dan Kathleen Kelley Reardon pun mengakui "Politics is for power'.

Address

Kota Kinabalu

Telephone

+60128202825

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Neorri Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Neorri Media:

Share