SGmedia Groups

Directions Website Contact the business

SGmedia Groups Pantas.Sahih.Tepat

Gabungan mahasiswa daripada pelbagai universiti terkemuka di Indonesia turun ke jalanan pada Selasa sempena genap dua ta...
20/10/2026

Gabungan mahasiswa daripada pelbagai universiti terkemuka di Indonesia turun ke jalanan pada Selasa sempena genap dua tahun pentadbiran Presiden Prabowo Subianto dan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.

Memetik laporan Kompas.com, aksi demonstrasi anjuran gabungan Komite Selamatkan Daulat Rakyat (Sadar) itu menyaksikan penglibatan penuntut antaranya dari Universiti Indonesia (UI), Institut Teknologi Bandung (ITB) dan Universiti Gadjah Mada (UGM) yang berhimpun di Tugu Proklamasi serta Tugu Tani, Jakarta Pusat.

Ketua Badan Eksekutif Mahasiswa Universiti Indonesia (BEM UI), Yatalathof Imawan menegaskan, perhimpunan tersebut bukan lagi bertujuan menilai prestasi kepimpinan semasa sebaliknya menzahirkan rasa kecewa terhadap keadaan negara yang didakwa semakin menekan rakyat.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/dua-tahun-pentadbiran-prabowo-gibran-mahasiswa-gempur-jakarta-kemuka-lima-tuntutan

Promosi lesen memandu tanpa ujian di Tiktok palsu, JPJ lapor MCMC.PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan ...
20/10/2026

Promosi lesen memandu tanpa ujian di Tiktok palsu, JPJ lapor MCMC.

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kesahihan iklan yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian menerusi platform media sosial TikTok.

JPJ menafikan iklan di TikTok yang menawarkan lesen memandu tanpa ujian menggunakan akaun palsu atas nama Ahmad Mushidi. Laporan sudah dibuat kepada MCMC untuk tindakan lanjut....

Laporan Cuaca Terkini jam 6.55 petang Selasa, 20 Oktober
20/10/2026

Laporan Cuaca Terkini jam 6.55 petang Selasa, 20 Oktober

Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan kadar penagihan serta penyalahgunaan dadah atau bahan tertinggi di ne...
20/10/2026

Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan kadar penagihan serta penyalahgunaan dadah atau bahan tertinggi di negara ini berdasarkan statistik hingga Jun lepas, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata Terengganu merekodkan 735 orang bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Kelantan (694), Kedah (669) dan Perlis (646).

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2623138

Dua kain rentang gergasi dibentangkan aktivis Greenpeace Indonesia di Monumen Selamat Datang, Jakarta Pusat, pada Selasa...
20/10/2026

Dua kain rentang gergasi dibentangkan aktivis Greenpeace Indonesia di Monumen Selamat Datang, Jakarta Pusat, pada Selasa, sebagai protes terhadap krisis iklim termasuk kebakaran hutan dan jerebu berpanjangan.

Aksi di Bundaran Hotel Indonesia (HI) itu berlangsung sempena genap dua tahun pentadbiran Presiden Prabowo Subianto dan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.

Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/berita-dunia/jerebu-greenpeace-tawan-monumen-desak-prabowo-bertindak


“Doktor memaklumkan saluran pernafasan anak saya dipercayai tersumbat akibat makanan, sama ada pisang atau ayam, namun p...
20/10/2026

“Doktor memaklumkan saluran pernafasan anak saya dipercayai tersumbat akibat makanan, sama ada pisang atau ayam, namun punca sebenar belum dapat dipastikan.”

Itu reaksi bapa kepada murid perempuan yang meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas di sebuah sekolah di sini, semalam.

Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, berkata beliau bergegas ke sekolah selepas dimaklumkan anaknya mengalami masalah pernafasan.

Menurutnya, sebaik tiba di sekolah, anaknya ditemui terbaring di koridor tingkat dua dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/murid-maut-sesak-nafas-doktor-beritahu-saluran-pernafasan-anak-saya-tersumbat-akibat-makanan-bapa

𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗞𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗛 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨  Ranau, 20 Oktober 2026 - YDH Supt. Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daera...
20/10/2026

𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗞𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗛 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨

Ranau, 20 Oktober 2026 - YDH Supt. Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daerah Ranau menasihati masyarakat daerah Ranau agar berhati-hati dengan keadaan cuaca hujan berterusan yang boleh mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh.

Cuaca hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi mengakibatkan berlakunya banjir kilat, tanah runtuh di Kampung Gorowot Kundasang Ranau.

Bilik Gerakan Ranau telah menerima aduan daripada orang awam melalui MERS 999 dan tepat jam 16.15 petang telah mengarahkan anggota di lapangan untuk bergerak ke lokasi Kampung Gerowot Kundasang.

Pada jam 16.20 petang, anggota Balai Polis Kundasang bersama _Mobile Patrol Vehicle_ (MPV) sampai di lokasi dapati kejadian tanah runtuh disebabkan limpahan air hujan dari atas bukit. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

Ketua Polis Daerah Ranau mengingatkan masyarakat daerah Ranau agar sentiasa berwaspada dan melaporkan kejadian di persekitaran bagi memudahkan pihak berkuasa memberi bantuan awal.

PDRM IPD Ranau sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat daerah Ranau.

Sekian, terima kasih.




Sumber :
IPD Ranau

Foto :
IPD Ranau

20/10/2026

BERBUDI KEPADA RAKYAT...Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah - Tambunan , Dato' Victor Peter Paut hari ini menyerahkan sumbangan bantuan kepada Encik Calvin Roger dari Kg. Pomotodon, Tambunan bagi tujuan untuk menampung kos perjalanan anaknya yang bakal melanjutkan pengajian kejururawatan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Beliau dan keluarga mengucapkan penghargaan dan kesyukuran di atas bantuan Victor berkenaan yang sekaligus akan meringankan beban yang di tanggung.

NABAWAN: The construction of the Nabawan District Police Headquarters (IPD) and Police Housing represents a strategic in...
20/10/2026

NABAWAN: The construction of the Nabawan District Police Headquarters (IPD) and Police Housing represents a strategic investment by the government in strengthening security capabilities, law enforcement and service delivery to the people, particularly in the Nabawan district and its surrounding areas, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor .

He said the project, with an allocation ceiling of RM150 million, is expected to begin in January 2027.

“I want this project to be implemented with the highest level of integrity, in compliance with the stipulated specifications and standards, while ensuring maximum benefits for the people and Royal Malaysia Police (PDRM) personnel.

“We do not merely want to see this project completed, but also to ensure that the facilities provide long-term benefits,” he said at the groundbreaking ceremony for the Nabawan District Police Headquarters and Police Housing project here.

Also present were Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Khalid Haji Ismail, State Secretary Datuk Zainudin Aman and Sabah Police Commissioner Datuk Jauteh Dikun.

The Chief Minister said the construction of the Nabawan District Police Headquarters was particularly important given the district’s strategic location bordering Indonesia, which required stronger security capabilities to address cross-border crime and illegal activities.

He said these threats called for integrated, effective and sustained enforcement measures, including strengthening the PDRM’s capabilities in terms of personnel, infrastructure, operational facilities and administrative systems.

He said the Nabawan Police Station, established in 1976, currently came under the administration of the Keningau District Police Headquarters, despite Nabawan covering an administrative area of approximately 6,089 square kilometres.

“Given the size of the district, there is a clear need for a more structured policing system that meets present-day security requirements.

“The development of the Nabawan District Police Headquarters is an important step towards strengthening the police presence and policing capabilities in the area,” he said.

Hajiji said the project also reflected the government’s unwavering commitment to the welfare, comfort and safety of frontline personnel.

“Providing conducive infrastructure equipped with the latest technological facilities is no longer a luxury but a critical necessity, particularly in border areas,” he said.

Hajiji also stressed that security is a fundamental pillar of the state’s development, as sustainable economic growth cannot be achieved without a peaceful, stable, and secure environment.

In this regard, he said the State Government would continue to support efforts to strengthen security infrastructure throughout Sabah, including ensuring that people in interior areas such as Nabawan had access to better security services.

He said the development of the district police headquarters was strategically significant as it would not only meet the operational needs of the PDRM but also strengthen public confidence in security within their communities.

“We want the people of Nabawan to feel assured that their safety, welfare and well-being are always given due attention.

“At the same time, the welfare of PDRM personnel must also remain a priority. They are at the forefront of maintaining peace and public order.

“Therefore, providing proper working facilities and housing is essential to supporting their welfare and ensuring they can carry out their duties effectively,” he said.

Projek IPD, perumahan polis Nabawan kukuh keupayaan keselamatan, penguatkuasaanNABAWAN: Projek pembinaan Ibu Pejabat Pol...
20/10/2026

Projek IPD, perumahan polis Nabawan kukuh keupayaan keselamatan, penguatkuasaan

NABAWAN: Projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Perumahan Polis Nabawan merupakan pelaburan strategik kerajaan dalam memperkukuh keupayaan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, khususnya di daerah Nabawan dan kawasan sekitarnya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor .

Beliau berkata, projek itu dengan siling peruntukan sebanyak RM150 juta dijangka bermula pada Januari 2027.

“Saya mahu projek ini dilaksanakan dengan penuh integriti, mematuhi spesifikasi dan standard yang ditetapkan serta memberikan manfaat maksimum kepada rakyat dan warga PDRM.

“Kita bukan sekadar mahu melihat projek ini disiapkan, tetapi mahu memastikan hasil pembinaannya mampu memberikan manfaat untuk jangka panjang,” katanya pada majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis dan Perumahan Polis Daerah Nabawan di sini pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid bin Haji Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman dan Ketua Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Ketua Menteri berkata pembinaan IPD Nabawan amat penting memandangkan kedudukan strategik daerah itu yang bersempadan dengan Indonesia, sekali gus menuntut keupayaan keselamatan lebih mantap bagi menangani ancaman jenayah rentas sempadan dan kegiatan haram.

Katanya, ancaman berkenaan memerlukan tindakan penguatkuasaan yang bersepadu, berkesan dan berterusan, termasuk memperkukuh keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi anggota, infrastruktur, kemudahan operasi serta sistem pentadbiran.

Beliau berkata, Balai Polis Nabawan yang ditubuhkan sejak 1976 kini berada di bawah pentadbiran IPD Keningau, sedangkan daerah Nabawan mempunyai kawasan pentadbiran seluas kira-kira 6,089 kilometer persegi.

“Dengan keluasan kawasan pentadbiran ini, keperluan terhadap struktur kepolisan yang lebih tersusun dan bersesuaian dengan tuntutan keselamatan semasa amat wajar diberikan perhatian.

“Pembangunan IPD Nabawan merupakan satu langkah penting ke arah memperkukuh kehadiran dan keupayaan perkhidmatan kepolisan di kawasan ini,” katanya.

Projek ini juga adalah manifestasi keprihatinan kerajaan yang tidak berbelah bahagi terhadap aspek kebajikan, keselesaan, dan keselamatan anggota pasukan barisan hadapan, katanya.

“Penyediaan infrastruktur yang kondusif, dan dilengkapi kemudahan teknologi terkini bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan yang kritikal, khususnya di kawasan sempadan,” kata beliau.

Hajiji turut menegaskan bahawa keselamatan merupakan antara asas penting kepada pembangunan negeri kerana pertumbuhan ekonomi yang mampan tidak mungkin dapat dicapai tanpa persekitaran yang aman, stabil dan selamat.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan terus menyokong usaha memperkukuh infrastruktur keselamatan di seluruh Sabah, termasuk memastikan rakyat di kawasan pedalaman seperti Nabawan mendapat perkhidmatan keselamatan yang lebih baik.

Dalam konteks Daerah Nabawan, pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah ini mempunyai nilai strategik kerana bukan sahaja memenuhi keperluan PDRM, malah turut berkait rapat dengan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan di kawasan mereka, katanya.

“Kita mahu rakyat di Nabawan merasakan bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa diberikan perhatian sewajarnya.

“Pada masa yang sama, kebajikan anggota PDRM juga perlu terus diberikan perhatian.

Mereka berada di barisan hadapan dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

“Justeru, penyediaan kemudahan kerja dan perumahan yang baik merupakan antara aspek penting dalam menyokong kebajikan serta keberkesanan tugas mereka,” katanya.

Address

Putatan Plaza
Kota Kinabalu
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SGmedia Groups posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SGmedia Groups:

Shortcuts

Share