14/05/2026
Drama “Good Boys Go To Heaven” ni bukan sekadar cerita biasa. Banyak scene dan trauma dalam drama ni buat ramai terus teringat kes sebenar.
Ini antara dua kes yang masih meninggalkan trauma dan kesedihan mendalam kepada masyarakat sampai hari ini.
Kedua-duanya melibatkan kanak-kanak kecil yang tidak mampu mempertahankan diri sendiri 💔
Kes Zayn Rayyan
Zayn Rayyan ialah kanak-kanak autistik berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Damansara Damai pada Disember 2023. Selepas pencarian besar-besaran dibuat, mayatnya ditemui berhampiran anak sungai berdekatan rumah dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Kes ini membuat ramai rakyat Malaysia sedih dan marah kerana dia hanyalah seorang anak kecil istimewa yang tidak mampu mempertahankan diri sendiri.
Sehingga hari ini, kes ini masih menjadi perhatian ramai dan menimbulkan pelbagai persoalan tentang keselamatan kanak-kanak serta apa sebenarnya yang berlaku.
Kes Nurin Jazlin
Nurin Jazlin p**a baru berusia 8 tahun ketika dilaporkan hilang pada tahun 2007 selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya. Beberapa hari kemudian, dia ditemui dibunuh dengan sangat tragis di dalam sebuah beg sukan. Kes ini pernah menggemparkan seluruh negara dan masih diingati sampai hari ini kerana terlalu kejam dilakukan terhadap seorang kanak-kanak kecil.
Sukar untuk membayangkan ketakutan, kesakitan dan trauma yang mereka lalui 💔
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan insan yang tenang di sana, dan semoga tiada lagi anak kecil yang menjadi mangsa kekejaman dunia.
Al-Fatihah buat dua anak syurga 🤲🏻🤍