Parti Keadilan Rakyat Sabah

Parti Keadilan Rakyat Sabah Laman FB Rasmi PKR Sabah. Diuruskan oleh Pejabat Ketua Penerangan KEADILAN Sabah

KENYATAAN MEDIAYB Datuk Ts. Mustapha SakmudPengerusi MPN KEADILAN Sabahπ— π—˜π—‘π—šπ—›π—’π—₯π— π—”π—§π—œ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—”π—”π—‘ 𝗧𝗔𝗑𝗣𝗔 π— π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π——π—”π—œ 𝗣π—₯π—œπ—‘π—¦π—œπ—£ ...
18/09/2026

KENYATAAN MEDIA

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Pengerusi MPN KEADILAN Sabah

π— π—˜π—‘π—šπ—›π—’π—₯π— π—”π—§π—œ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—”π—”π—‘ 𝗧𝗔𝗑𝗣𝗔 π— π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π——π—”π—œ 𝗣π—₯π—œπ—‘π—¦π—œπ—£ π—žπ—˜π—”π——π—œπ—Ÿπ—”π—‘

1. Keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pengampunan bersyarat terhadap Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak hendaklah dihormati. Hal ini kerana, ianya telah dibuat menurut kerangka Perlembagaan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong .

2. Penghormatan terhadap Perlembagaan tidak bermaksud kita menggadaikan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang. Sesiapa yang melakukan kesalahan jenayah terutamanya berkaitan salahlaku kuasa dan rasuah hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut peruntukan undang-undang tanpa mengira pangkat atau pengaruh.

3. Seperti yang dinyatakan dengan tegas oleh Peguam Negara, Pengampunan bersyarat ini hanya terpakai dengan kes SRC sahaja. Maknanya kes-kes lain akan dibicarakan seadil-adilnya berdasarkan lunas undang-undang.

4. Malaysia mesti kekal sebagai negara hukum yang menjunjung integriti dan kebebasan institusi. Keyakinan terhadap sistem perundangan dan pentadbiran negara merupakan antara asas penting untuk memperkukuh kepercayaan rakyat serta mengekalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang diyakini.

5. Justeru, seluruh kekuatan harus ditumpukan kepada kestabilan politik Dengan meneruskan dokongan kepada Pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan agenda reformasi dan pemulihan ekonomi.

6. Bagi rakyat Borneo, Kepimpinan Dato' Seri amat diperlukan agar fokus Kerajaan Madani memenuhi tuntutan MA63 yang belum selesai serta menambahbaik peruntukan kewangan demi pembangunan Sabah dan Sarawak perlu terus dijayakan.

-TAMAT-

16/09/2026
16/09/2026
Perutusan Hari Malaysia Pengerusi MPN KEADILAN Sabah
16/09/2026

Perutusan Hari Malaysia Pengerusi MPN KEADILAN Sabah

𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐘𝐁 πƒπ€π“π”πŠ 𝐓𝐒 πŒπ”π’π“π€ππ‡π€ π’π€πŠπŒπ”πƒ

16 September 2026

Sang Kenyalang terbang tinggi,
Merentas Kinabalu teguh berdiri,
Maju makmur Malaysia Madani,
Rakyatnya sejahtera, hidup harmoni.

Bismillahirahmanirrahim

Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, Tanah Melayu bebas dari penjajahan pada 31 Ogos 1957, Sarawak ditadbir anak watan bermula 22 Julai 1963 dan Sabah mentadbir sendiri pada 31 Ogos 1963. Meskipun 3 wilayah ini mencapai kemerdekaan dan pentadbiran sendiri pada tempoh masa yang berbeza, 16 September 1963 menjadi lembaran baharu untuk kita semua.

Hari Malaysia pada 16 September adalah suatu monumental sejarah yang menyatukan wilayah, masyarakat dan latar yang berbeza untuk membina sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.

63 tahun telah pun berlalu, tanggungjawab kita bukan sekadar mengenang sejarah tersebut. Tanggungjawab kita ialah untuk memastikan semangat pembentukan Malaysia terus diterjemahkan dalam kehidupan seharian setiap rakyat Malaysia.

Atas dasar itulah pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diangkat menjadi naratif nasional Kerajaan Madani pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Kota Kinabalu baru-baru ini sekali lagi menzahirkan komitmen Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak untuk mencapai kata sepakat dalam menjunjung perlembagaan persekutuan dengan berasaskan perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Antara perkembangan penting ialah persetujuan secara prinsip berhubung penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira keperluan β€œratio” dan representasi perwakilan kedua-dua wilayah dalam keseluruhan komposisi Dewan Rakyat.

Penambahan ini bukan sekadar angka tetapi memastikan suara rakyat Borneo diambilkira dalam keputusan dasar penting negara.

Perkembangan positif juga turut dicapai dalam usaha borneonisasi perjawatan Persekutuan di Sabah dan Sarawak.

Bagi Sabah, Kerajaan Persekutuan juga terus memberikan perhatian serius terhadap hak Pemberian Khas di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Pemberian Khas Interim Sabah bagi tahun 2026 telah ditingkatkan kepada RM1.5 bilion, berbanding RM600 juta sebelum ini, dengan baki RM900 juta dilaksanakan pada tahun ini. Namun harus diketahui bahawa pelaksanaan mengenai hak 40 peratus Sabah tidak terhenti dengan pembayaran interim tersebut. Malah diteruskan selaras peruntukan perlembagaan.

Inilah pendekatan Malaysia MADANI. Kita memilih rundingan daripada konfrontasi. Kita memilih penyelesaian daripada slogan. MA63 tidak seharusnya menjadi naratif Sabah dan Sarawak semata-mata. MA63 adalah naratif nasional. Itulah makna sebenar sebuah Persekutuan.

Dalam semangat menjadikan MA63 sebagai naratif nasional, Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak (BHESS) bakal bekerjasama dengan Backbenchers’ Club (BBC) Parlimen Malaysia untuk menggerakkan Friends of BHESS, sebagai wadah memperluas kefahaman mengenai MA63 dalam kalangan Ahli Parlimen dan Senator. Hak Sabah dan Sarawak bukan perjuangan wilayah semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama dalam membina Malaysia yang lebih adil, seimbang dan kukuh.

Dalam semangat yang sama, sambutan Hari Malaysia seharusnya menjadi ruang untuk kita mengukuhkan perpaduan dan bukannya pentas untuk meruntuhkan kestabilan negara dengan menggesa pembubaran awal tanpa sebab yang munasabah.

Kita boleh berbeza parti. Kita boleh berbeza pendapat. Kita boleh mengkritik polisi dan berbahas tentang dasar serta masa depan Negara. Itulah semangat demokrasi yang kita perjuangkan selama ini.

Tetapi demokrasi juga menuntut kematangan dan kebijaksanaan berpolitik. Ianya amat mengecewakan apabila kita dalam rangka menyambut Hari Keramat negara ini, ada pihak-pihak yang cuba menggerakkan pembubaran parlimen.

Pada masa yang sama, kebebasan bersuara tidak memberikan lesen kepada sesiapa untuk menghina agama, memperlekeh kepercayaan sesuatu masyarakat sebagai bahan jenaka di pentas politik.

Adalah amat dikesali, setelah lebih enam dekad kita hidup bersama sebagai sebuah negara, masih terdapat pemimpin politik yang gagal memahami batas ini.

Malaysia dibina oleh masyarakat Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan pelbagai kepercayaan yang telah hidup bersama selama beberapa generasi. Di Sabah dan Sarawak khususnya, kepelbagaian agama dan budaya bukan sesuatu yang asing kepada kita. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

Kita sekeluarga, makan semeja. Kita bekerja bersama. Kita berjiran. Kita meraikan perayaan satu sama lain dan saling membantu ketika berdepan kesusahan.

Politik Malaysia mesti bergerak ke hadapan dengan merangkul semua warga negara berdaulat ini. Marilah berpegang dengan prinsip mencari titik-titik persamaan dan menghormati perbezaan diantara kita.

Kematangan politik bermaksud kita mampu mempertahankan pendirian tanpa menghina orang lain; memperjuangkan hak negeri tanpa merosakkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan; mengkritik kerajaan tanpa meruntuhkan institusi; dan bersaing dalam pilihan raya tanpa mempertaruhkan keamanan serta kestabilan negara.

Semangat inilah yang perlu kita bawa ketika Malaysia memasuki dekad-dekad seterusnya.

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa negara ini tidak dibina oleh satu wilayah atau satu kaum sahaja. Malaysia dibina bersama. Maka Malaysia juga mesti kita pertahankan bersama.

Daripada Perlis hingga ke Sabah, kita mungkin dipisahkan oleh geografi tetapi kita disatukan oleh sebuah cita-cita yang jauh lebih besar iaitu untuk membina Malaysia yang aman, adil, makmur dan menghormati setiap rakyatnya.

Marilah kita menjadikan 16 September ini bukan sekadar hari untuk mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi hari untuk memperbaharui janji kita kepada ibu pertiwi

Selamat Hari Malaysia 2026

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

YB DATUK TS. MUSTAPHA SAKMUD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak)

KENYATAAN MEDIADATUK PETO GALIMTIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI KEADILAN SABAH14 SEPT 2026π—žπ—˜π—”π——π—œπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛: π—§π—œπ—‘π——π—”...
15/09/2026

KENYATAAN MEDIA

DATUK PETO GALIM
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI KEADILAN SABAH

14 SEPT 2026

π—žπ—˜π—”π——π—œπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛: π—§π—œπ—‘π——π—”π—žπ—”π—‘ π—¨π—‘π——π—”π—‘π—š-π—¨π—‘π——π—”π—‘π—š π—ͺ𝗔𝗝𝗔π—₯ π——π—œπ—”π— π—•π—œπ—Ÿ π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—π—”π—₯𝗔𝗑 π—£π—’π—Ÿπ—œπ—§π—œπ—ž π— π—˜π—Ÿπ—œπ—•π—”π—§π—žπ—”π—‘ 𝟯π—₯

1. Saya mengecam sekeras-kerasnya ucapan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said dalam Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang menyentuh agama Kristian, paderi, biarawati serta kitab Bible (Alkitab) dengan cara yang tidak wajar.

2. Perbuatan tersebut bukan sahaja kurang ajar dan miskin adab, malah langsung tidak sensitif terhadap masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan kepercayaan. Ia tidak mencerminkan kematangan yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

3. Insiden ini juga merupakan contoh jelas bagaimana kesombongan (arrogance) individu apabila dicampur dengan politik perkauman dan agama yang keterlaluan, akhirnya menyebabkan seseorang hilang rasa hormat terhadap penganut agama lain.

4. Jangan apabila masyarakat sudah marah dan mengecam, barulah masing-masing mahu memberi penjelasan, atau memohon maaf. Bukan sudah terhantuk baru tengadah. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

5. Agama bukan bahan jenaka politik. Keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang dibina selama ini tidak boleh diperjudikan hanya kerana mahu mendapatkan sorakan atau laba politik sementara.

6. Sehubungan itu, KEADILAN Sabah akan membuat laporan polis berhubung insiden ini dan menggesa pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan. Tindakan selaras peruntukan undang-undang wajar diambil agar insiden sebegini tidak berulang lagi di masa hadapan.

-TAMAT-

11/09/2026
11/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MA63 KINI AGENDA SELURUH MALAYSIA

Mesyuarat MTPMA63 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu hari ini sekali lagi memperlihatkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menyelesaikan perkara-perkara penting melibatkan Sabah dan Sarawak.

Empat perkara utama diberi perhatian:

1. Pemberian Khas Perkara 112
2. Keselamatan sempadan
3. Penambahan perjawatan dan Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan
4. Penambahan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak.

Bagi Pemberian Khas Sabah, jumlah interim telah ditingkatkan kepada RM1.5 bilion setahun. Daripada jumlah tersebut, baki RM900 juta akan disalurkan pada tahun ini juga, melengkapkan pembayaran RM1.5 bilion kepada Sabah.

Pada masa yang sama, Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira nisbah perwakilan dalam keseluruhan Dewan Rakyat. Ini langkah penting untuk memperkukuh suara kedua-dua wilayah dalam proses membuat keputusan negara.

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud p**a akan bekerjasama dengan BBC Parlimen Malaysia untuk mengusahakan Friends of BHESS, bagi memperluaskan kefahaman serta membina sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen dan Senator seluruh negara. Untuk menjayakan agenda besar ini, Sabah dan Sarawak memerlukan dukungan wakil rakyat dari seluruh Malaysia.

Inilah maksud sebenar apabila PMX menegaskan bahawa MA63 mesti menjadi naratif nasional β€” hak Sabah dan Sarawak bukan sekadar perkara yang dibicarakan di Borneo, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab bersama untuk memperkukuh Persekutuan Malaysia.

Dan perjalanan ini belum selesai.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Insya-Allah, kita nantikan p**a berita baik daripada PMX pada 16 September ini sempena Sambutan Hari Malaysia di Kuching, Sarawak.

Sabah maju, Sarawak makmur, Malaysia sejahtera bersama.



10 Sept 2026 Kota KinabaluPresiden KEADILAN merangkap Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melap...
11/09/2026

10 Sept 2026
Kota Kinabalu

Presiden KEADILAN merangkap Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melapangkan masa dalam sesi khas bersama MPN KEADILAN Sabah pimpinan YB Datuk Mustapha Sakmud bagi membincangkan isu semasa, khususnya kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Amanat YAB Presiden jelas; rapatkan saf, perkukuh jentera dan terus dekat dengan denyut nadi rakyat. KEADILAN Sabah komited untuk terus membawa suara rakyat serta memastikan agenda perubahan dan reformasi dilaksanakan di Sabah.



Address

Sepanggar
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Keadilan Rakyat Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category