17/11/2025
GUNUNG TERTINGGI DI MALAYSIA
GUNUNG TRUSMADI (2642 ASL)
Trail Via Sinua.
Trail yang terpanjang untuk ke Gunung Trusmadi,
Kenapa Gunung Trusmadi ada banyak trail??
Pertanyaan yang sering di lontarkan dari setiap pendaki-pendaki yang baru berjinak dalam bindang pendakian ini..
Susah tak nak ke Trail Via Sinua?
Sejujurnya, trail Via Sinua ini adalah satu trail yang mempunyai keunikannya sendiri, panjang kilometre untuk jarak perjalanan ke Basecamp 2 hanya [7KM]
Setiap checkpoint mempunyai punca air yang boleh kita minum, air yang sangat bersih dan sejuk seperti air dalam peti ais, ini adalah 1 keunikan yang ada disepanjang perjalanan kita menuju ke Basecamp.
Daripada Basecamp 2 ke Puncak hanya [4.4KM]
bukan jarak yang jadi tarikan untuk Trail Via Sinua ini, tapi kawasan pendakian yang sangat cantik menarik hati para pendaki, dipenuhi dengan lumut pokok yang menghijau, dan bentuk pokok berakar yang sangat unik. Tidak lupa juga dengan “Periuk Kera” yang tumbuh dikawasan pergunungan ini, sangat cantik dan mempunyai pelbagai jenis periuk kera yang jarang kita temui..
Manakala pemandangan sepanjang ke puncak Trusmadi disajikan dengan pemandangan Gunung Kinabalu iaitu Gunung tertinggi di Malaysia.
Jawapan untuk point ayat diatas.
Tiada gunung atau pendakian yang tidak susah, walaupun ketinggian gunung itu hanya sederhana. Setiap Gunung ada cabarannya.
Untuk Trusmadi Via Sinua
Rate dia “Not Allowed For Beginner”
Perlukan mental dan latihan yang sangat cukup.
Cerita yang kita cipta disetiap pendakian pasti ada manis dan pahit untuk kita kongsi dimasa akan datang.
Nikmati keindahan ini dengan cara kita sendiri..
“Muda Berkelana Tua Bercerita”
Inilah SLOGAN kami disetiap puncak pendakian.
Jom terokai setiap puncak yang tertinggi dimalaysia ini dengan kami.