Suara Sabah Today

Contact the business

Suara Sabah Today Berita terkini dari Negeri di Bawah Bayu.

18/09/2026
Didakwa Dibuang Kerja, Bekas Timbalan Pengarah JKR Sabah Saman Jufazli Shi AhmadKOTA KINABALU – Bekas Timbalan Pengarah ...
06/08/2026

Didakwa Dibuang Kerja, Bekas Timbalan Pengarah JKR Sabah Saman Jufazli Shi Ahmad

KOTA KINABALU – Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Dato’ Mohd. Shamsul Nizam Abdul Wahid, mengambil tindakan perundangan dengan memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap seorang individu, Jufazli Shi Ahmad.

Langkah berkenaan dibuat berikutan penularan dua buah video di platform media sosial yang didakwa mengandungi pelbagai tohmahan serta kenyataan tidak benar yang menjejaskan reputasi dan nama baik beliau.

Tindakan undang-undang yang difailkan pada 23 Julai lalu menerusi peguam beliau daripada Tetuan Effendi & Co, iaitu Effendi Othman dan Khalid Murshidi, turut membolehkan Mohd. Shamsul memperoleh Perintah Injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 3 Ogos 2026.

Ekoran perintah mahkamah tersebut, defendan diarah memadamkan kedua-dua video terbabit daripada seluruh platform media sosial dengan serta-merta. Beliau juga dilarang daripada terus menyiarkan, mengulas, atau membenarkan penyebaran sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Mengulas mengenai tuduhan dalam video berkenaan, Mohd. Shamsul menjelaskan bahawa tohmahan berhubung pemalsuan dokumen, penyalahgunaan gelaran profesional 'IR', serta dakwaan kononnya beliau telah dipecat daripada jawatan di JKR Sabah adalah fitnah semata-mata.

"Saya menegaskan bahawa semua tuduhan itu adalah palsu dan tidak berasas sama sekali. Saya masih lagi berkhidmat sebagai penjawat awam dan tidak pernah dibuang kerja," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa tindakan tegas ini diambil demi mempertahankan maruah dan integriti diri, selain memastikan perkara berkenaan diselesaikan mengikut saluran perundangan yang sah.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi memandangkan kes tersebut kini berada dalam proses perundangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Sandi kes ini…
19/06/2026

Sandi kes ini…

TAWAU: Seorang pendatang tanpa izin (PTI) berusia 22 tahun yang menculik, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan kemudian merogolnya ketika dia sudah

PMBS Rancang Rangka Pelan Pemerkasaan Pendidikan, Sasar Penubuhan Sayap Belia BaharuKOTA KINABALU, 13 Jun – Susulan keja...
13/06/2026

PMBS Rancang Rangka Pelan Pemerkasaan Pendidikan, Sasar Penubuhan Sayap Belia Baharu

KOTA KINABALU, 13 Jun – Susulan kejayaan penganjuran Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) hari ini, persatuan itu kini bersedia mengorak langkah lebih agresif dengan memfokuskan kepada agenda pemerkasaan pendidikan serta pelibatan golongan muda.

Presiden PMBS, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif menyatakan bahawa fokus masa depan persatuan akan ditumpukan kepada program pemerkasaan pendidikan yang bakal digerakkan secara komprehensif melalui Yayasan Dangsanak.

Menurut beliau, usaha ini penting bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan akademik anak-anak komuniti Brunei di Sabah dapat terus disokong dan dimartabatkan.

Melihat kepada keperluan dinamik semasa, Mohd Arifin yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah turut mendedahkan cadangan untuk mewujudkan sayap pemuda dan pemudi PMBS yang baharu. Langkah strategik ini bertujuan menarik lebih ramai penyertaan aktif daripada golongan belia agar mereka dapat dilatih sebagai pelapis kepimpinan persatuan pada masa hadapan.

Selain pelan pembangunan modal insan, PMBS juga sedang merancang untuk memohon dana daripada Kerajaan Negeri Sabah bagi membina sebuah bangunan khusus milik persatuan itu sendiri.

Dalam satu sesi temu bual ringkas bersama wartawan-wartawan selepas majlis perasmian mesyuarat tersebut, beliau menjelaskan bahawa bangunan khusus PMBS berkenaan amat diperlukan untuk menjadi pusat sehenti bagi kegunaan aktiviti persatuan, bilik mesyuarat, penganjuran program-program kebudayaan, serta majlis-majlis perasmian pada masa akan datang.

Perancangan jangka panjang yang holistik ini dilihat sebagai kesinambungan kepada mandat baharu Ahli Jawatankuasa Pusat (AJP) sesi 2026–2028 yang baru sahaja dimuktamadkan di Dewan Sa'adah, Wisma Muis siang tadi. Dengan adanya infrastruktur sendiri dan penglibatan sayap belia, PMBS optimis mampu memelihara warisan identiti bangsa sekali gus memacu kemajuan sosioekonomi masyarakat Brunei di Sabah dengan lebih efektif.

Persatuan Masyarakat Brunei Sabah Laksana Mesyuarat PerwakilanKOTA KINABALU, 13 Jun – Persatuan Masyarakat Brunei Sabah ...
13/06/2026

Persatuan Masyarakat Brunei Sabah Laksana Mesyuarat Perwakilan

KOTA KINABALU, 13 Jun – Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) melaksanakan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali yang berlangsung di Dewan Sa'adah, Wisma Muis, Kota Kinabalu hari ini.

Mesyuarat yang diadakan pada hari Sabtu itu dihadiri oleh Presiden PMBS, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, yang juga merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, serta Timbalan Presiden PMBS, Datuk Haji Pg. Saifuddin bin Haji Pg. Tahir yang juga merupakan ADUN Pantai Manis.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, Konsul Jeneral Negara Brunei Darussalam ke Sabah, Puan Fauzana Octavia binti Haji Alli.

Acara yang berlangsung sepanjang hari tersebut dimulakan dengan Forum bertajuk 'Bahasa Lambang Identiti dan Pemersatu Bangsa', sebelum diteruskan dengan Majlis Perasmian Mesyuarat yang menyaksikan penyampaian ucapan alu-aluan oleh Timbalan Presiden PMBS, disusuli ucapan perasmian mesyuarat oleh Presiden PMBS.

Sempena majlis tersebut, Presiden PMBS turut menyampaikan Anugerah Cawangan Ahli Terbanyak kepada PMBS Kg. Pimping dan Anugerah Cawangan Aktif kepada PMBS Bandaraya Kota Kinabalu sebagai penghargaan atas komitmen cawangan-cawangan persatuan dalam memperkasa komuniti Brunei di Sabah.

Agenda utama mesyuarat kemudiannya tertumpu kepada pemilihan bagi menentukan barisan kepimpinan baharu. Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJP) Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (2012) bagi sesi 2026–2028:

1. Ahmad Mohd Yaakub
2. Ak. Alliyuddin Pg. Ahmad Tajuddin @ Pg. Alliyuddin
3. Hj. Liman bin Yusof
4. Hajah Dr. Dg. Hajijah binti Awg. Ali
5. Norlihan bBinti Mohd Azman
6. Hj. Ag. Faizal bin Datuk Hj. Ag. Sahak
7. Hj. Abdul Ampuan Wahab bin Ampuan Hamzah
8. Pg. Junaidi bin Pg. Tinggal
9. Datuk Dr. Hj. Ag. Saat bin Hj. Ag. Damit
10. Prof. Dr. Hj. Rashid Hj. Mail

Barisan kepimpinan baharu yang terpilih ini dijangka akan terus menggalas tanggungjawab memelihara warisan budaya, memantapkan perpaduan, serta memacu kemajuan sosioekonomi masyarakat Brunei di seluruh negeri Sabah bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Mohd Taib Isai Bersama Beberapa Pemimpin Warisan Isytihar Keluar Parti, Sertai Gagasan RakyatKOTA BELUD, 9 Jun – Parti W...
09/06/2026

Mohd Taib Isai Bersama Beberapa Pemimpin Warisan Isytihar Keluar Parti, Sertai Gagasan Rakyat

KOTA BELUD, 9 Jun – Parti Warisan (Warisan) sekali lagi berdepan tamparan hebat apabila Ahli Majlis Tertinggi parti itu, Mohd Taib Isai, mengumumkan keputusan keluar parti berkuat kuasa hari ini. Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Bahagian Warisan Kota Belud bertindak demikian bersama-sama beberapa barisan kepimpinan parti dari pelbagai peringkat termasuk sayap Wanita Pusat, pimpinan bahagian, jawatankuasa, dan akar umbi.

Mohd Taib menjelaskan bahawa keputusan tersebut diambil selepas menilai perkembangan politik semasa, selain mendakwa kepimpinan tertinggi parti gagal menyatukan kekuatan politik Sabah demi kepentingan rakyat dan negeri. Beliau menambah bahawa ramai pemimpin akar umbi semakin kecewa kerana suara mereka tidak lagi diberi perhatian dan parti dilihat semakin jauh daripada aspirasi rakyat Sabah.

Pilih Kepimpinan Hajiji Haji Noor
======================

Menurut Mohd Taib, beliau dan rakan-rakan sepasukannya memilih untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) serta memberikan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Beliau menzahirkan keyakinan terhadap pendekatan inklusif dan sederhana yang dibawa oleh Hajiji, yang terbukti berjaya mewujudkan kestabilan politik di bawah payung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau juga percaya gelombang sokongan terhadap Gagasan Rakyat dan GRS akan terus meningkat dan lebih ramai lagi pimpinan serta ahli Warisan di pelbagai peringkat akan mengambil langkah yang sama dalam masa terdekat kerana mahukan sebuah perjuangan yang lebih stabil, progresif dan berfokus kepada kepentingan Sabah.

Senarai Pemimpin Turut Keluar Parti
=========================

Antara pemimpin utama wanita yang turut meninggalkan parti ialah Datin Roziah selaku Ketua Wanita Warisan Kudat merangkap Exco Wanita Pusat, Maini Tapah yang merupakan Ketua Wanita Warisan Kota Marudu merangkap Exco Wanita Pusat, serta Masilah binti Lidah yang memegang jawatan Ketua Wanita Warisan Sandakan merangkap Exco Wanita Pusat.

Bagi peringkat pimpinan bahagian p**a, tindakan keluar parti ini turut disertai oleh Mantan Ketua Bahagian Warisan Kota Belud, Datuk Hanjan Samit; Mantan Naib Ketua Bahagian Warisan Kota Belud, Andrew Lintangah; Penyelaras DUN Tanjung Kapor Kudat, Datuk Arif Abdullah; serta Mantan Timbalan Ketua Penaja Bahagian Warisan Kudat, Cikgu Abu Bakar Angkang.

Penghijrahan beramai-ramai ini turut melibatkan Ahli Jawatankuasa Bahagian Warisan Kota Belud iaitu Cikgu Peter Gabil dan Duin Madsangir, Ketua PDM Kota Belud iaitu Jamlung Dakim dan Sidik Andang, serta beberapa pemimpin dan ahli akar umbi termasuk Abdul Rasil bin Daie, Welmar bin Jarin, Abdul Razak bin Ahman, Makson bin Mingkol, Hong Kee Hing, Kininig B. Kiamad, dan Emdah B. Sahirul.

Don't let viral ragebait dictate the narrative.If you’ve seen the slides going around comparing the "mindsets" of Sabah ...
04/06/2026

Don't let viral ragebait dictate the narrative.

If you’ve seen the slides going around comparing the "mindsets" of Sabah and Sarawak, it’s time to look past the spin. These graphics use cherry-picked comments and selective history to create a fake divide.

Here is the context they conveniently left out:

- The 2024 Legal Blunder was Corrected: The graphic claims the Sabah Government sided against the Sabah Law Society (SLS). The truth? The controversial lawyer who made those unauthorized arguments was fired within days, and the State AG formally retracted those blunders to back the 40% constitutional right.

- Diplomacy Gets Results: Sarcasm makes for good social media clips, but quiet diplomacy just secured a massive jump in Sabah's interim special grant from RM600 million to RM1.5 billion for next year.

- Stop the Cherry-Picking: A handful of random screenshots don't speak for millions of everyday Sabahans and Sarawakians who challenge federal gaps daily.

Different strategies, same ultimate goal. Swipe through the slides below to see the facts they didn't want you to notice. Let’s stay sharp, Borneo. 🤝

Kaamatan Bawa Berita Gembira: PM Anwar Umum Pemberian Khas Interim Sabah Dinaikkan Ke RM1.5 BilionPENAMPANG, 30 Mei – Pe...
30/05/2026

Kaamatan Bawa Berita Gembira: PM Anwar Umum Pemberian Khas Interim Sabah Dinaikkan Ke RM1.5 Bilion

PENAMPANG, 30 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira buat seluruh rakyat Sabah apabila Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan kadar Pemberian Khas interim untuk negeri itu kepada RM1.5 bilion.

Peningkatan drastik berbanding RM600 juta sebelum ini diumumkan beliau sewaktu merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), pagi tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa keputusan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menyemangati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta memperbetul hak-hak kewangan negeri Sabah secara berperingkat sementara rundingan muktamad masih berjalan.

"Tapi untuk sekarang, untuk hari ini, interimnya dulu RM600 juta. Jadi untuk hari ini, saya umumkan, interim ini meningkat RM1.5 bilion Ringgit," kata beliau disambut sorakan gemuruh para hadirin.

Langkah terbaharu ini memperlihatkan lonjakan besar dalam formula bayaran interim, selepas kerajaan sebelum ini menaikkan jumlah tersebut daripada RM300 juta kepada RM600 juta dalam Belanjawan Persekutuan.

Majlis perasmian yang penuh warna-warni itu turut dihadiri oleh Huguan Siou, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan; Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor; barisan jemaah menteri negeri, serta ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa.

UPKO Mohon Sertai GRS Demi Realisasikan Wawasan 'Sabah First'KOTA KINABALU, 29 Mei – Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif...
29/05/2026

UPKO Mohon Sertai GRS Demi Realisasikan Wawasan 'Sabah First'

KOTA KINABALU, 29 Mei – Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) secara rasmi telah menyatakan hasrat untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai salah sebuah parti komponen.

Permohonan tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, ketika mengetuai delegasi parti itu dalam satu kunjungan hormat dan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, di sini hari ini.

Menurut Ewon, langkah berkenaan adalah selaras dengan gagasan dan Wawasan Sabah First yang menekankan kepada agenda penyatuan parti-parti tempatan di negeri ini.

"Dalam pertemuan ini, saya telah menyampaikan permohonan rasmi UPKO untuk menyertai GRS sebagai parti komponen. Ini bersesuaian dengan Wawasan Sabah First iaitu menuju kepada penyatuan parti-parti lokal Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertemuan strategik itu memperlihatkan komitmen UPKO dalam memperkukuh kerjasama politik tempatan demi kestabilan dan pembangunan masa depan Sabah. Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai maklum balas daripada pihak kepimpinan tertinggi GRS dijangka akan diumumkan kelak.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Sabah Today posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suara Sabah Today:

Shortcuts

Share