15/10/2025
Nusret Gökçe, atau lebih dikenali sebagai Salt Bae, nampaknya sedang melalui fasa sukar dalam dunia perniagaan. Chef selebriti yang dulu tular dengan gaya tabur garamnya itu kini berdepan kerugian besar dalam empayar restoran mewahnya.
Restoran Nusr-Et di United Kingdom dilaporkan rugi hampir £5.4 juta (lebih RM33 juta) tahun lepas, selepas percubaannya mengembangkan rangkaian ke Amerika gagal.
Walaupun cawangan di Knightsbridge mencatat jualan sekitar £10 juta, pelanggan mula menjauh disebabkan harga hidangan yang terlalu mahal. Bayangkan jaa steak wagyu berharga £680 dan baklava bersalut emas £50.
Ramai berpendapat “hype” Salt Bae sudah pudar, dan orang kini lebih berhati-hati berbelanja di tengah ekonomi yang mencabar.
Lebih mengecewakan, beberapa cawangan di Amerika Syarikat termasuk Beverly Hills dan Boston telah ditutup. Daripada tujuh cawangan di sana, kini hanya tinggal dua sahaja iaitu d New York dan Miami.
Walaupun masih mempunyai 52 juta pengikut di Instagram, reputasi restoran Salt Bae di London semakin merudum hanya 2.9 bintang daripada 5 di laman ulasan, dan berada di ranking ke14,912 daripada lebih 22,000 restoran.
Nampaknya, gaya tabur garam yang dulu jadi fenomena global kini sudah tidak cukup untuk “menyembuhkan rasa” pelanggan. Mungkin inilah masanya Salt Bae perlu tabur strategi baharu, bukan sekadar garam lagi.
Sharesaja.