10/12/2025
๐ฅ๐ฎ๐บ๐๐๐ผ๐น ๐๐ฟ๐ผ๐๐ฝ ๐๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ฑ melalui anak syarikat milik penuhnya Rider Gate Sdn Bhd telah dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pengangkutan sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.
Melalui aplikasi Rider Gate, pengguna boleh melakukan beberapa transaksi JPJ seperti pembaharuan lesen kenderaan bermotor, pembayaran saman trafik dan pindah hak milik kenderaan. Setiap transaksi yang dilakukan melalui platform tersebut dikenakan caj tambahan. Sejak awal tahun ini, harga saham Ramssol meningkat sebanyak 43 peratus.
Pelantikan syarikat swasta sebagai ejen kutipan menimbulkan beberapa persoalan faktual yang menjadi perhatian umum, antaranya:
โข Apakah keperluan JPJ melantik ejen swasta untuk menjalankan kutipan transaksi?
โข Berapakah kadar caj atau komisyen yang ditetapkan bagi setiap transaksi melalui ejen kutipan?
โข Apakah proses dan kriteria pemilihan syarikat yang digunakan oleh Kementerian Pengangkutan dan JPJ?
โข Mengapa perkhidmatan ini perlu disalurkan melalui platform pihak ketiga sedangkan JPJ sudah menyediakan platform digital rasmi, iaitu mySIKAP?
Persoalan-persoalan ini timbul kerana perkhidmatan yang ditawarkan melalui Rider Gate merupakan perkhidmatan yang memang telah tersedia dalam sistem dalam talian JPJ.