05/11/2025
SCAMMER HOMESTAY βΌοΈβΌοΈ
Ingat mau healing, sekali kena scam π€π€ππΈ
Hati-gati guys, yang cari homestay/airbnb di KK ni. Ramai sudah yang kena. Gambar lawa, harga murah.. double check please !
Scammer sekarang pun bijak sudah. Jadi kita kena lagi bijak pandai dari dorang! Make sure ya sebelum kamurang bayar homestay, kamu cek dulu betul2 tips ini.
β
Periksa review & rating
β’ Hanya pilih homestay yang ada review sebenar daripada tetamu.
β’ Semak komen negatif juga β kadang-kadang nampak masalah tersembunyi.
β
Berhati-hati dengan harga terlalu murah
β’ Harga luar biasa murah (jauh dari pasaran) boleh jadi umpan scam.
β’ Bandingkan dengan homestay sekitar sebelum buat keputusan.
β
Cari homestay yang ada nombor telefon tetap / syarikat
β’ Homestay berdaftar biasanya ada:
β’ Nama syarikat
β’ Instagram/page yang aktif dan terurus
β’ Gambar sendiri (bukan copy-paste dari internet)
β
Jangan terus bayar ke akaun peribadi
β’ Minta invois/resit rasmi.
β’ ini penting! Ramai scammer guna akaun yang sama berulang kali.
β
Jangan terpedaya dengan βbukti palsuβ
β’ Kadang scammer guna testimoni tipu, gambar homestay orang lain, atau resit yang diedit.
β’ Jika ragu-ragu β jangan bayar!
β
Guna Google Reverse Image Search
β’ Ambil gambar homestay yang diberi, cari semula di Google.
β’ Kalau gambar tu muncul di banyak lokasi atau laman asing β besar kemungkinan scam.
β
Simpan semua bukti komunikasi
β’ Screenshot perbualan WhatsApp, resit bayaran, profil Facebook host.
β’ Kalau perlu buat laporan polis, semua ini sangat berguna.
Jom sama-sama sebarkan kesedaran π¬
Lagi ramai tahu, lagi susah scammer mau cari mangsa.
Kongsi posting ni supaya orang lain pun nda terkena!
Ingat, scammer takkan berhenti β jadi kita kena sentiasa berjaga-jaga.
Semak dulu sebelum bayar, selidik sebelum percaya.
By the way, Kalau mau healing tengok sea & mountain view dari balcony bilik, boleh PM admin ! π
βοΈ Casayes Stay