Sarang Burung

  • Home
  • Sarang Burung

Sarang Burung Berita Terkini dan viral , merangkumi pelbagai berita di segenap pelusuk negara dan dunia luar

Apa yang boleh seorang PM lakukan dengan kuasanya untuk membantu rakyat?2021: PM8 potong gaji penjawat awam.2025: PMX po...
12/10/2025

Apa yang boleh seorang PM lakukan dengan kuasanya untuk membantu rakyat?

2021: PM8 potong gaji penjawat awam.

2025: PMX potong gaji menteri, naikkan gaji penjawat awam.

Kan beza tu.
Senang untuk rakyat buat pilihan nanti.

Dapat RM100 lagi...
10/10/2025

Dapat RM100 lagi...

- Anwar janji nak turunkan minyak kalau menang PRU 12 (2008), tapi kalah. - PRU 15 (2022) tak da dalam manifesto pun unt...
29/09/2025

- Anwar janji nak turunkan minyak kalau menang PRU 12 (2008), tapi kalah.

- PRU 15 (2022) tak da dalam manifesto pun untuk turunkan minyak.

- Bila Anwar jadi PM selepas PRU 15, walaun tuntut janji minyak turun masa PRU 12 (ketika beliau kalah).

- Masa Anwar janji dulu depa tak undi dia pun. Masa Anwar tak janji, depa tuntut.

- Sungguhpun begitu, Anwar usaha juga untuk turunkan minyak ke RM1.99

- Tapi subsidi minyak ini tak boleh bocor kepada warga asing dan penyeludup. Oleh itu kena gunakan IC atau APP

- Dalam semua usaha ini, Walaun masih tak bersyukur dan teruskan dengan makian.

APA JADI KALAU HIDUP DALAM DUNIA YANG TAKDE PERASAAN LANGSUNG?Filem Equilibrium ni tentang dunia dystopia yang mengalami...
16/09/2025

APA JADI KALAU HIDUP DALAM DUNIA YANG TAKDE PERASAAN LANGSUNG?

Filem Equilibrium ni tentang dunia dystopia yang mengalami kemusnahan teruk akibat peperangan yang dahsyat.

Untuk elak peperangan besar berlaku lagi, kerajaan bernama Libria melarang rakyat untuk ada emosi atau perasaan. Rakyat diwajibkan setiap hari untuk menyuntik dadah khas bernama Prozium, yang menghapuskan segala rasa marah, cinta, sedih atau gembira.

Dalam dunia ni, manusia yang menyimpan barang seni, musik, buku dan apa sahaja yang membangkitkan emosi akan dianggap jenayah.

Kantoi ada perasaan? Akan dihukum mati.

Watak utama filem ni John Preston lakonan Christian Bale, adalah seorang tentera yang setia kepada sistem.

Satu hari, dia terlepas satu dos Prozium. Masa tu la dia mula rasa emosi yang sebenar dan sedar kezaliman sistem kerajaan Libria.

Sejak itu, dia mula bangkit dan menjadi penentang kerajaan secara rahsia.

Filem ni boleh tengok di Netflix.

16/09/2025

Masyarakat dunia akhirnya buka mulut, semoga dipermudahkan segala usaha PMX didalam membela saudara2 kita di GAZA Palestina. ❤️🇲🇾

Saya hairan kenapa ramai orang marah sekarang. Rasa sempit, harga barang naik, subsidi dikurangkan, dan hidup makin menc...
13/09/2025

Saya hairan kenapa ramai orang marah sekarang. Rasa sempit, harga barang naik, subsidi dikurangkan, dan hidup makin mencabar. Tapi yang saya lagi hairan, ialah bagaimana semua kemarahan itu ditujukan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, seolah-olah beliau penyebab utama kepada segala kepedihan hidup yang kita warisi sejak puluhan tahun.

Realitinya, Anwar Ibrahim mewarisi sebuah negara yang bukan sahaja tenat, tetapi juga cedera dalaman. Hutang negara melebihi RM1.5 trilion, subsidi bocor bertahun-tahun, kebocoran hasil negara dibiarkan begitu lama sehingga ekonomi kita dibina atas dasar palsu – harga barang disuap subsidi, bukan disokong produktiviti. Sistem kita terlalu lama bergantung kepada pendekatan populis, bukan penyelesaian sebenar.

Jadi bila seorang pemimpin cuba ubah pendekatan, kita semua terkejut. Rakyat marah kerana buat pertama kali kita diberitahu kebenaran. Kita diminta menelan realiti yang selama ini kita elak. Kita terbiasa dimanjakan dengan subsidi pukal, dengan bantuan segera, dengan pemimpin yang hanya tahu menabur, tapi tak pernah membina. Hari ini, apabila subsidi mula disasar, apabila bantuan diprogram secara sistematik dan bukan semborono, kita rasa seperti dizalimi. Padahal inilah langkah menyelamat yang sebenar.

Saya tak nafikan hidup sekarang mencabar. Tapi saya juga tak boleh tutup mata kepada usaha yang sedang berlaku. Kita melihat pelaburan luar mula kembali, inflasi terkawal bawah 2.5%, ringgit mula pulih, gaji minimum dinaikkan, bantuan bersasar diteruskan. Tapi semua ini tak viral di TikTok. Yang viral ialah keratan harga barang naik, kereta mewah isi diesel mahal, atau potongan ucapan PMX yang disunting separuh jalan untuk dijadikan bahan sindiran.

Kerajaan sekarang bukan sempurna. Tapi sekurang-kurangnya ia ada keberanian – bukan hanya cakap soal agama, bangsa dan air mata semata-mata, tetapi berani menyentuh struktur dasar. PMX bukan hanya pandai bercakap, tapi juga berani melaksanakan. Saya tahu itu menjadikannya tidak pop**ar. Sebab rakyat zaman sekarang tak s**a pemimpin yang serius. Kita s**a pemimpin yang jerit di pentas, yang marah depan kamera, yang ‘nampak lantang’ walaupun tak ada isi.

Saya tahu ada yang persoalkan mengapa dia masih mengekalkan orang-orang yang pernah bersama sistem lama. Tapi dalam dunia sebenar, kerajaan bukan gelanggang retorik. Dalam politik realiti, kita perlu bina kestabilan sebelum boleh membina perubahan. Dan kestabilan itu tidak datang dengan idealisme semata-mata – ia perlukan kompromi, strategi, dan masa.

Anwar Ibrahim bukan tokoh baru. Beliau datang dengan sejarah panjang, dengan jatuh bangun, dengan luka politik yang semua orang tahu. Tapi beliau juga datang dengan satu perkara yang tiada pada ramai orang politik kita – iaitu keberanian untuk tidak menjadi pop**ar. Bila beliau tak turunkan harga petrol, bila beliau tak teruskan subsidi pukal, bila beliau tak ikut rentak retorik lawan – semua itu bukan tanda kelemahan, tapi bukti bahawa akhirnya kita ada pemimpin yang berani menanggung risiko politik demi menyelamatkan negara.

Saya ulang – kerajaan ini bukan sempurna. Tapi ia bukan kerajaan yang malas. Ia bukan kerajaan yang pura-pura bekerja. Ia adalah kerajaan yang sedang memikul beban paling berat dalam sejarah moden negara – menyelamatkan kewangan, menyusun semula dasar, dan dalam masa sama berdepan rakyat yang sedang sakit dan kecewa.

Kalau kita benar-benar mahu negara ini pulih, kita perlu beri ruang kepada pemulihan sebenar. Bukan sekadar sorak semangat di jalanan, tapi memahami bahawa ubat itu pahit. Bukan sebab doktor zalim, tapi sebab penyakit ini sudah terlalu lama dibiarkan.

PMX bukan penyebab masalah. Beliau adalah orang yang akhirnya berani cakap: “Cukup, kita kena baiki sekarang walau tak pop**ar.”

Dan kerana itu, saya sokong beliau. Bukan kerana dia sempurna. Tapi kerana dia satu-satunya yang sedang buat kerja sebenar – ketika orang lain masih sibuk main persepsi.

Info Geng! Minyak masak banyak kat Lotus! TOLONG Jangan bagitahu Hamzah....
31/07/2025

Info Geng! Minyak masak banyak kat Lotus! TOLONG Jangan bagitahu Hamzah....

Gelabah Diserbu SPRM, Sanggup Lupus RM 1JUTA 🔥💸Seorang pengurus projek syarikat pembinaan pusat data terkenal ditahan SP...
19/07/2025

Gelabah Diserbu SPRM, Sanggup Lupus RM 1JUTA 🔥💸

Seorang pengurus projek syarikat pembinaan pusat data terkenal ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam rasuah tender projek.

Ketika serbuan SPRM di rumahnya di Petaling Jaya, suspek panik dan cuba lupus wang tunai hampir RM1 juta dalam bilik mandi! 😱

SPRM jumpa wang kertas RM100 dah hangus, asap tebal penuhi rumah

Tapi itu baru permulaan…

Pemeriksaan lanjut? Lagi banyak hasilnya! 😮

SPRM menjumpai RM7.5 juta tunai dalam kotak bantal 💸. Bukan itu sahaja tiga jam tangan mewah, iaitu Rolex, Omega, Cartier. Barang kemas termasuk cincin & syiling emas.

kredit : kisahdunia

"Menghafaz Hingga Hujung Nyawa: Nurly Shahirah dan Mushaf Tulisan Tangannya" Dalam tragedi nahas bas UPSI yang meragut 1...
10/06/2025

"Menghafaz Hingga Hujung Nyawa: Nurly Shahirah dan Mushaf Tulisan Tangannya"

Dalam tragedi nahas bas UPSI yang meragut 15 nyawa pelajar, satu nama terus hidup dalam ingatan ramai, Allahyarhamah Nurly Shahirah binti Azman.

Seorang anak muda yang bukan sekadar pelajar, tetapi seorang hafizah yang telah menghafaz 30 juzuk al-Qur'an.

Lebih mengagumkan, beliau menulis semula satu mushaf lengkap dengan tangannya sendiri, sebagai sebahagian dari latihan hafalannya, dikenali sebagai tahriri.

Menulis al-Qur'an bukan perkara biasa. Ia bukan tugasan yang diminta, tetapi pilihan yang dibuat. Setiap huruf ditulis perlahan, disemak, diulang.

Setiap baris adalah usaha mengukuhkan ingatan dan mencantumkan hati dengan wahyu. Dalam dunia yang serba laju, tahriri adalah bentuk ibadah yang sangat perlahan tapi penuh makna.

Tulisan Nurly kemas dan rapi. Ia mencerminkan hati yang sabar dan tekun. Dalam ribuan remaja yang sibuk dengan media sosial dan hal duniawi, dia memilih jalan lain iaitu menulis firman Tuhan.

Ini bukan pencapaian biasa. Ini adalah bentuk cinta terhadap al-Qur'an yang sangat luar biasa.

Ada saksi yang menyebut bau harum di tempat kejadian. Media p**a berulang kali menghubungi ahli keluarganya bertanyakan apakah amalan arwah.

Jawapannya ringkas, “Dia tak pernah tinggal ulang hafalan. Hari-hari ada al-Qur’an di tangannya.” Jawapan itu pun sudah cukup membuat hati kita bergetar.

Dalam diam, dia mengumpul pahala yang mungkin ramai tak perasan. Tak tular ketika hidup, tapi kisahnya mencuri perhatian saat dia pergi.

Dan pemergiannya ini menyedarkan kita, bahawa hidup bersama al-Qur'an akan sentiasa memberikan bekas pada diri, pada jiwa, dan pada insan yang tinggal.

Bayangkan. Beliau pergi dalam perjalanan ilmu, dalam keadaan menjaga hafalan, dan dikhabarkan ada mushaf tulisan tangan bersamanya.

Dan menurut gurunya, beliau sering minta diuji hafalan secara rawak. Tak pernah tinggal murajaah. Tidak hairanlah dia diambil dalam keadaan yang sangat indah.

Hari ini, ramai terinspirasi dengan kisahnya. Gambar mushaf tulisan tangan itu menjadi tular, bukan kerana cantik semata, tetapi kerana ia hidup.

Ia ada roh seorang pejuang yang memelihara kalam Allah dengan seluruh jiwa dan raga.

Semoga kita semua ambil semangat ini. Mungkin kita tidak mampu tulis satu mushaf, tapi kita masih mampu buka kembali helaian yang sudah lama ditinggalkan.

Masih ada masa untuk kembali menyentuh al-Qur’an bukan sekadar dengan jari, tetapi dengan hati.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Maksudnya: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah keadaannya dan maafkanlah dia.

Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW ketika menerima berita kemtian, sebagai ungkapan redha dan doa buat si mti. Semoga Allah mengampuni dan merahmati mereka yang telah pergi.

Al-Fatihah buat adik Nurly Shahirah dan semua mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka dihimpunkan bersama para solihin dan dijadikan ahli syurga yang diredai.

Dan buat kita yang masih diberi nyawa, ayuh kembali hidupkan hubungan dengan al-Qur'an. Biar sedikit, tapi konsisten. Biar lambat, tapi istiqamah.

Akhirnya, kita tak tahu dengan amalan apa kita akan pergi. Tapi Nurly Shahirah telah memberi jawapan. Dia pergi dengan al-Qur’an di dada dan di tangannya.

Kredit gambar dan status: Saudara Najmuddin Azman dan gurunya.

Amin ya Rabb.

12/04/2025

Seorg isteri diceraikan oleh suaminya dgn talak 3 krana buat bunyi kambing semasa hubungan intim

Muzium terbeli lukisan palsu bernilai RM2 juta
29/03/2025

Muzium terbeli lukisan palsu bernilai RM2 juta

Kedai makan berusia 25 tahun jatuh ‘Bankrap’ selepas ‘Food Vlogger’ review negatif
29/03/2025

Kedai makan berusia 25 tahun jatuh ‘Bankrap’ selepas ‘Food Vlogger’ review negatif

Kedai makan berusia 25 tahun jatuh 'Bankrap' selepas 'Food Vlogger' review negatif

Address


Telephone

+60143200399

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarang Burung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share