Sabah Gazette TV

Sabah Gazette TV BERITA TERKINI SEANTERO BENUA

TAHNIAH Anak Sabah berjaya dimahkotakan di peringkat duniaTahniah Ani Mustapah Tahniah Kimi Tomas
09/12/2024

TAHNIAH Anak Sabah berjaya dimahkotakan di peringkat dunia

Tahniah Ani Mustapah
Tahniah Kimi Tomas

09/12/2024

SIDANG MEDIA | USIA SABAH
Bersama Yang Di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) YBhg Datuk Hj Sapawi Ahmad, pada Isnin 9 Disember 2024.

KTCB PERUNTUK RM200 RIBU UNTUK PROGRAM SHOPPING RAYA DI 10 LOKASI SELURUH SABAH : DEXTERTAWAU : Syarikat korporat Kim Te...
16/03/2024

KTCB PERUNTUK RM200 RIBU UNTUK PROGRAM SHOPPING RAYA DI 10 LOKASI SELURUH SABAH : DEXTER

TAWAU : Syarikat korporat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad merupakan satu-satunya syarikat swasta tunggal yang melibatkan diri dalam aktiviti sepanjang Bulan Ramadan tahun ini dan bergerak p**a dalam satu program berskala besar di seluruh negeri.

Beberapa slot program yang terdapat dalam jadual Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah itu turut menggariskan satu lagi program lain iaitu Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di 10 lokasi persinggahan dalam siri jelajah ini.

Ketua Pengarah Eksekutif KTCB, Datuk Dexter Lau berkata pihaknya sudah menyusun atur jadual jelajah yang bermula pada 14 Mac lalu di Parlimen Kalabakan dimana Merotai Besar menjadi lokasi persinggahan pertama dan Parlimen Tawau sebagai lokasi kedua.

"Syarikat memperuntukkan RM1 Juta bagi menjayakan Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah kali ini termasuklah RM200 Ribu untuk Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di 10 lokasi persinggahan.

Memang ianya satu jumlah yang sangat besar (RM1 Juta) tetapi ianya saya anggap sebagai p**angan semula atau hasil keuntungan syarikat yang dikembalikan semula kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong produk-produk keluaran syarikat," jelas Dexter.

Menurutnya, idea sebegini tercetus pada suatu ketika dahulu di mana KTCB buat pertama kalinya menerima jemputan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) untuk menjadi penyumbang berupa ribuan buku roti berjenama Gardenia kepada beberapa buah lokasi dan masjid seluruh Sabah.

"Di sinilah bermulanya dan kami sangat terhutang budi kepada USIA Sabah kerana membuka peluang kepada kami untuk terus melaksanakan CSR sehinggalah ke saat ini," kata beliau lagi.

Beliau turut mengucapkan jutaan terimakasih diatas kerjasama erat Pengarah UPPM Negeri YBhg Datuk Awang Kadin Tang dan seluruh pegawai-pegawai UPPM yang terlibat Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah akan disambung hari ini (16 Mac) di Semporna manakala pada Ahad di Lahad Datu.

Jelajah ini melibatkan 25 lokasi mengikut jumlah kawasan Parlimen di Sabah dan akan berlangsung selama 25 hari termasuklah di kawasan Pantai Timur Sabah, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pedalaman Bawah dan Zon Pedalaman Atas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan k...
15/03/2024

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada hari ini, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berita selanjutnya di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2279608

CAAM, KLIA, Tawau, pesawat, Norazman Mahmud

14/03/2024

Tindakan penjaga meninggalkan dua kanak-kanak dalam kereta yang tidak dimatikan enjin membawa padah apabila kenderaan itu merempuh sebuah gerai di bazar Ramadan di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata insiden itu menyebabkan seorang peniaga melecur selepas terkena minyak panas berikutan kereta tersebut menggelongsor ke arah gerainya dalam kejadian pada 5.45 petang.

NOTIS PEMBERITAHUAN PENYAMBUNGAN TEMPOH SAH LAKU KUPON HARIAN (SISTEM LETAK KERETA BERKUPON BANDARAYA KOTA KINABALU) YAN...
14/03/2024

NOTIS PEMBERITAHUAN PENYAMBUNGAN TEMPOH SAH LAKU KUPON HARIAN (SISTEM LETAK KERETA BERKUPON BANDARAYA KOTA KINABALU) YANG TAMAT PADA TAHUN 2023

14/03/2024

Selamat hari Jumaat. Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini. Dibukakan pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua

Gelagat kanak-kanak menemani ibu bapa mereka menunaikan solat sunat tarawih malam pertama Ramadan, hari ini.📸 Izzudin Ab...
14/03/2024

Gelagat kanak-kanak menemani ibu bapa mereka menunaikan solat sunat tarawih malam pertama Ramadan, hari ini.

📸 Izzudin Abd Radzak, Mohd Asri Saifuddin Mamat & Khairul Fikiri Osman | BERNAMA

Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melakar kejutan ke atas pemain ranking keenam dunia dari Jepun, Koda...
14/03/2024

Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melakar kejutan ke atas pemain ranking keenam dunia dari Jepun, Kodai Naraoka untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan All England.

đź“·X Badminton Photo

Warisan dan Umno Sabah masih berteka teki di kala rakyat menunggu dengan penuh debaran detik PRN – Musli OliKOTA KINABAL...
14/03/2024

Warisan dan Umno Sabah masih berteka teki di kala rakyat menunggu dengan penuh debaran detik PRN – Musli Oli

KOTA KINABALU: Jika kenyataan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Umno Sabah Datuk Seri B**g Moktar Radin baru-baru ini dianggap sebagai petunjuk, nampaknya kedua-dua parti itu mengambil pendekatan berhati-hati berhubung potensi kerjasama pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Sebelum ini, Shafie berkata perbincangan sedang berjalan antara partinya dan Umno Sabah untuk tujuan itu.

B**g p**a menunjukkan sikap berhati-hati dengan menyatakan Umno Sabah yang kini diberi autonomi oleh Umno pusat, masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Tegasnya, parti itu mengambil langkah berhati-hati sebelum memuktamadkan sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan pihak lain termasuk Warisan.

B**g sebelum ini turut menyatakan bahawa “UMNO Sabah dan BN tidak mahu dikhianati lagi” (takut pisang berbuah dua kali), sekaligus menunjukkan masih wujud rasa was-was selepas pengalaman bersama GRS dahulu.

Kenyataan Shafie dan B**g itu seolah-olah membayangkan bahawa Warisan dan Umno Sabah masih mempertimbangkan strategi lain mengadapi PRN Sabah.

Penganalisis politik tempatan Musli Oli percaya bahawa, walaupun Warisan nampaknya berminat untuk membentuk pakatan dengan Umno Sabah, namun Umno masih menyimpan strategi sehinggalah DUN Sabah dibubarkan.

“Mungkin terdapat beberapa pemimpin Umno Sabah yang masih teragak-agak atau ragu-ragu untuk bekerjasama dengan Warisan kerana kerjasama itu cuma memperkuat kedudukan Warisan. Peluang Shafie menjadi KM Sabah lebih baik daripada B**g”

Musli juga menyerlahkan beberapa pemimpin Umno Sabah takut dikhianati lagi, mengimbau pengalaman lalu dengan janji yang dimungkiri.

Selain itu, Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) p**a telah memutuskan untuk bertanding secara bersendirian pada PRN akan datang tetapi tetap terbuka untuk membentuk pakatan bagi membentuk kerajaan negeri.

Parti-parti pembangkang di Sabah nampak berhati-hati mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan GRS yang semakin meningkat yang mereka anggap “gabungan parti lokal”.

Buat masa ini, beliau berkata Pakatan Harapan (PH) nampaknya komited menyokong kerajaan GRS.

Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah sebaik DUN dibubarkan, lebih-lebih lagi jika PH tidak berpuas hati dengan peruntukan kerusi pada PRN.

Begitu juga parti-parti komponen GRS seperti SAPP dan USNO, mungkin bertindak di luar ramalan.“Politik Sabah sukar diramal…apapun boleh berlaku,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun kini menjadi parti pemerintah atas dokongan PH, GRS tidak boleh leka dan tidak boleh mengambil ringan parti lawan.

Katanya GRS perlu sedar bahawa parti politik seperti Warisan, Umno/BN, PH, dan KDM mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu melakukan kejutan.

Namun begitu, Musli menegaskan bahawa akhirnya rakyat akan menentukan parti mana yang harus mentadbir negeri selepas PRN.

Perkembangan ini cukup menarik, katanya.

Address

Lot B-G-2, Jalan Mat Salleh, Plaza Tanjung Aru
Kota Kinabalu
88100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Gazette TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category