02/10/2025
π¦π§ππ₯ πππ‘ πππππ‘πππ₯π¨π‘πππ‘ π ππ‘π¬π’ππ’π‘π π£ππ₯π§π π ππππ¬π
Sejarah politik STAR yang dipimpin oleh DDJK menunjukkan satu pola berulang β setiap kali selepas pilihan raya, kecenderungan parti ini akhirnya kembali menyokong parti Malaya.
2018
Pada ketika itu, STAR mempunyai peluang besar untuk bersama-sama dengan Warisan dan UPKO membentuk kerajaan negeri Sabah. Namun, sebaliknya STAR memilih untuk menghidupkan kembali UMNO-BN, sekali gus membuka jalan kepada dominasi parti Malaya.
2020
Sekali lagi STAR membuat langkah yang memberi kelebihan kepada parti luar. Dengan bekerjasama bersama parti Malaya, kerajaan tempatan yang diterajui Warisan berjaya ditumbangkan. Malah, STAR sanggup bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN), menandakan kesetiaan politik yang lebih condong ke arah blok Malaya berbanding aspirasi tempatan.
PRN17
Walaupun keluar daripada GRS dan bertanding solo dengan logo sendiri atas alasan mahu βmenyelamatkan Sabahβ, tindakan ini dilihat tidak lebih daripada strategi politik jangka pendek. Berdasarkan rekod lampau, tidak mustahil selepas PRN17, STAR akan sekali lagi bergabung dengan gabungan besar seperti GRS + PH dan BN demi membentuk kerajaan Sabah.
Kesimp**an :
Naratif perjalanan STAR di bawah DDJK ini menimbulkan persoalan besar: sejauh mana keikhlasan perjuangan mereka untuk mempertahankan autonomi Sabah? Pola sejarah membuktikan kecenderungan mereka kembali tunduk kepada parti Malaya, dan kebimbangan itu tetap relevan menjelang pasca PRN17.