Moing_B

Moing_B Makan nasi sama ikan masin campur bambangan.

07/09/2025

7 SEPTEMBER 2025
Hari Kanonisasi Santo Carlo Acutis

Hari ini, Gereja sejagat bergembira dengan pengisytiharan seorang Santo. Dilahirkan pada tahun 1991 dan dipanggil pulang kepada Tuhan pada usia 15 tahun. Beliau membuktikan bahawa kesucian tidak terbatas oleh usia atau masa.

Dikenali sebagai 'Pelindung Internet', Santo Carlo menggunakan bakatnya dalam teknologi untuk menyebarkan kasih Tuhan, terutamanya melalui devosi yang mendalam terhadap Ekaristi, yang dipanggilnya sebagai "lebuh raya menuju syurga". Beliau mencipta laman web yang mendokumentasi mukjizat-mukjizat Ekaristi dan membantu ribuan orang kembali kepada iman.

Kisah hidupnya adalah pengajaran yang kuat untuk kita semua. Santo Carlo mengingatkan bahawa kekudusan bukanlah sesuatu yang mustahil, bahkan di tengah-tengah dunia digital yang serba pantas. Sebaliknya, ia adalah pilihan harian untuk meletakkan Yesus di pusat kehidupan kita.

Semoga teladan Santo Carlo Acutis menginspirasi generasi muda untuk menggunakan anugerah dan bakat mereka, termasuk di media sosial dan teknologi, untuk memuliakan Tuhan dan menjadi cahaya bagi orang lain.

"Sentiasa bersatu dengan Yesus, itu adalah rancangan hidupku."

Santo Carlo Acutis, doakanlah kami para belia.

Kita selalu sangat leka dengan rutin harian. Terlalu selesa duduk dalam zon sendiri, macam tidak mau keluar. Kadang-kada...
13/06/2025

Kita selalu sangat leka dengan rutin harian. Terlalu selesa duduk dalam zon sendiri, macam tidak mau keluar.

Kadang-kadang , fikiran sibuk melayan cerita lama yang sudah lepas, atau risau sangat pasal apa yang akan jadi esok. Tapi, cuba fikir balik, hidup ni sebenarnya pasal sekarang.

Hari ni, masa ni lah, kita ada peluang untuk membuat perubahan. Mau ubah diri jadi lagi bagus? Atau memberi vibe positif kepada orang sekeliling kita? Mau tunggu apa lagi?

Apa yang kita boleh buat hari ni, buat saja. Sebab, kena fikir, esok lusa mungkin tidak akan sampai.

Cuba bayangkan, setiap cerita yang kita mula, setiap senyuman yang kita bagi, dan setiap perbuatan kecil yang kita buat, semua tu ada potensi besar untuk mengubah jalan hidup kita, atau hidup orang lain.

Live your life to the fullest bei!

31/05/2025

Melangkaui Stereotaip - Tidak Semua Sabahan "Pandai Minum"

Baru-baru ini saya telah melihat satu video yang diupload oleh “Bomics” di laman sosial Tik Tok dan ianya sangat menarik perhatian saya untuk membuat satu penulisan berkenaan dengan trend ini. Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada Bomics kerana memberi kebenaran untuk menggunakan video beliau sebagai satu daripada text penulisan ini. Saya telah berhubung terus dengan beliau melalui Tik Tok message berkenaan dengan penggunaan video beliau. Terima kasih Bomics.

Pesta Kaamatan adalah perayaan kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah, khususnya padi, yang disambut oleh masyarakat Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) dan etnik lain di Sabah. Dalam konteks ini, minuman tradisional seperti tapai atau montoku (arak beras) memang merupakan sebahagian daripada adat dan budaya, juga terdapat beberapa pertambahan minuman alkohol yang lain yang menjadi suatu minuman sampingan semasa perayaan ini. Bagi minuman tradisional, ia selalunya disediakan secara “homemade” dan dinikmati secara sederhana sebagai lambang kesyukuran dan kemeriahan. Ini bukan sekadar minum, tetapi lebih kepada penghargaan warisan budaya dan kebersamaan.

Salah satu stereotaip yang kerap dilemparkan kepada masyarakat Sabah, terutamanya menjelang atau sepanjang bulan Mei, adalah tanggapan bahawa "semua orang Sabah pandai minum" atau sememangnya "pengambil minuman alkohol tegar." Tanggapan ini, walaupun mungkin berpunca daripada pemerhatian yang terhad atau kurang pemahaman tentang budaya Pesta Kaamatan, adalah satu generalisasi yang sangat tidak tepat dan mengabaikan realiti kepelbagaian yang luas di bumi Sabah.

Sabah adalah sebuah negeri yang sangat kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Setiap individu mempunyai latar belakang, kepercayaan, dan pilihan peribadi yang berbeza. Oleh itu, adalah tidak adil untuk melabelkan seluruh masyarakat Sabah berdasarkan segelintir stereotaip yang terbentuk.

Tanggapan bahawa keupayaan atau kecenderungan minum alkohol adalah sebahagian daripada identiti budaya orang Sabah, terutamanya pada bulan Mei sempena Pesta Kaamatan, adalah satu salah faham yang mendalam dan mengalihkan fokus daripada intipati budaya sebenar. Minum alkohol, sama ada secara tradisional atau moden, bukanlah penentu utama atau ciri yang mendefinisikan identiti keseluruhan masyarakat Sabah.

Oleh itu, stereotaip yang mengatakan "semua orang Sabah pandai minum" adalah generalisasi yang berbahaya. Ia mengaburkan realiti kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat Sabah dan menafikan hak individu untuk membuat pilihan sendiri. Ia juga tidak memberi gambaran yang adil tentang tradisi Kaamatan yang sebenar, yang jauh lebih kaya dan bermakna daripada sekadar aspek minuman.

Memahami bahawa bukan semua orang Sabah minum alkohol, dan mereka yang minum pun melakukannya dengan alasan dan cara yang berbeza, adalah langkah pertama untuk menangkis stereotaip yang tidak benar dan menghargai kepelbagaian sebenar di negeri ini.

Om, iho noh montok dogo. Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan. Tabii Kaamatan kumaa diozu savi-avi.

Kaamatan montok toinsanan.

Video credit : Bomics

Tabii Kaamatan kumaa diozu savi-avi. Kaamatan montok toinsanan. Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan!
30/05/2025

Tabii Kaamatan kumaa diozu savi-avi. Kaamatan montok toinsanan.

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan!

TAHNIAH!𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐠𝐚𝐧𝐝𝐨𝐢 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓JuaraKIMBERLEY MYRA TERENCE (Beluran)Naib JuaraFARHANA NA...
24/05/2025

TAHNIAH!

𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐠𝐚𝐧𝐝𝐨𝐢 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓

Juara
KIMBERLEY MYRA TERENCE (Beluran)

Naib Juara
FARHANA NASLYN (Tenom)

Ketiga
PASQUELETTA JOAN (Putrajaya)

Persembahan Terbaik
JAYMERAL HENDRY MONIS

Battle Terbaik
Pasqueletta Joan (Putrajaya) & Farhana Naslyn (Tenom)

| Solidariti Bersama Penduduk Kampung Jimpangah |Tular di media sosial baru-baru ini berkenaan dengan isu Kampung Jimpan...
23/05/2025

| Solidariti Bersama Penduduk Kampung Jimpangah |

Tular di media sosial baru-baru ini berkenaan dengan isu Kampung Jimpangah dan menarik perhatian saya untuk megetahui cerita sebenar melalui sumber yang dimuatnaik di media sosial. Saya turut bersolidariti bersama seluruh penduduk Kampung Jimpangah, Beaufort, Sabah. Kisah yang menimpa masyarakat di sana adalah cerminan getirnya realiti di mana hak asasi manusia dan keadilan sosial seringkali terpinggir di hadapan undang-undang.

Kisah Kampung Jimpangah bukanlah cerita baharu. Akar umbinya bermula sejak sekitar tahun 1950-an, apabila nenek moyang masyarakat mula mengusahakan dan mendiami tanah ladang getah milik British ini, yang telah bergeran (CL – Country Lease) atas nama The British Borneo Para Rubber Coy Ltd sejak 1911.

Pada 1991, masyarakat di sana, melalui Jawatankuasa Tanah, telah pun berusaha mendapatkan pengiktirafan rasmi dengan menghantar permohonan kepada Pejabat Daerah Beaufort untuk menjadikan tanah ini sebagai rezab kampung. Maklum balas antara 1992-1999 menunjukkan tiada bantahan rasmi, dan pada 1999, permohonan rasmi dibuka dengan No. PT 99174889. Surat makluman dari PPHT pada 2000 menyatakan bahawa permohonan telah dihantar ke JTU Kota Kinabalu untuk pewartaan. Namun, pada 2005, rujukan semula tidak mendapat maklum balas, menyebabkan penduduk menganggap tanah ini telah diiktiraf sebagai kampung secara tidak rasmi kerana tiada tindak lanjut.

Sesuatu yang menimbulkan tanda tanya besar kepada saya adalah, bagaimana infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik boleh wujud di sebuah kawasan yang secara teknikalnya bukanlah hak milik mereka? Ini adalah satu ironi yang menunjukkan bahawa, selama berdekad-dekad, pihak berkuasa tempatan dan agensi utiliti telah menyambungkan kemudahan ini. Ini adalah satu pengiktirafan tidak langsung terhadap kehadiran penduduk di situ oleh beberapa pihak pada masa lalu, walaupun status tanah adalah kabur. Selama hampir 70 tahun, Kampung Jimpangah bukan sekadar nama, ia adalah rumah, warisan, dan identiti mereka.

Realiti pahit melanda pada 2005 apabila tanah yang mereka diami, yang telah menjadi saksi sejarah dan kehidupan turun-temurun, melalui pindah milik sehingga kini dimiliki oleh Mohamed Ali bin Ab Jabar, yang menjadi pemilik sah sejak 2 Februari 2023, dengan harga belian RM1.3 juta dari Prosper Land. Nombor hak milik tanah ini adalah CL 175004413.

Pada Januari 2023, pemilik tanah menawarkan jualan semula kepada penduduk dengan perjanjian pembelian. Penduduk tidak menandatangani perjanjian kerana masih menunggu rujukan rasmi dari JTU. Ini memaksa penduduk meminta bantuan, dan hanya selepas 4 kali menghantar surat susulan barulah JTU memberikan maklum balas.

Pada Disember 2023, JTU mengeluarkan keputusan bahawa permohonan penduduk telah ditolak melalui Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah Beaufort (LUC), menyatakan bahawa dokumen penduduk merujuk kepada kampung lain. Penduduk ingin merayu, tetapi dimaklumkan usaha mereka sia-sia kerana tanah sudah memiliki geran pemilik persendirian. Pemilik tanah memberikan masa 2 minggu untuk penduduk keluar, dan kini tindakan pengusiran atas arahan Mahkamah telah berlaku.

Cadangan dan harapan saya terhadap isu ini. Saya memahami bahawa dari sudut undang-undang, pemilik geran yang sah berhak sepenuhnya ke atas tanah mereka. Ini adalah prinsip undang-undang tanah yang diguna pakai. Namun, undang-undang juga mempunyai hati nurani, dan ia perlu berkhidmat kepada rakyatnya, terutamanya dalam isu kemanusiaan yang mendalam seperti ini. Walaupun Kerajaan sekarang tidak boleh dipersalahkan secara langsung kerana kes ini sudah berlarutan lama, mereka kini memegang tanggungjawab untuk mencari penyelesaian.

Sebagai seorang Sabahan yang prihatin, saya fikir mungkin ada beberapa cadangan yang boleh dikemukakan dalam memberikan pandangan atas isu ini:
🛑Pengambilan Balik Tanah Demi Kepentingan Awam (sekiranya ini boleh digunapakai):
❗️Walaupun pemilik tanah mungkin enggan menjual secara sukarela, Kerajaan Negeri memiliki kuasa undang-undang di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil balik tanah CL 175004413.
❗️Tujuan pengambilan balik ini adalah jelas, iaitu, menyelesaikan krisis penempatan semula penduduk Kampung Jimpangah, yang merupakan kepentingan awam yang tidak boleh dinafikan. Ini akan melibatkan pembayaran pampasan yang adil kepada pemilik berdaftar, namun ia adalah langkah paling efeltif dan mungkin boleh digunapakai, untuk mengembalikan hak milik tanah kepada negara demi rakyatnya.

🛑Rundingan Bersama Pemilik Tanah:
❗️Usaha perlu dilakukan untuk berunding semula dengan pemilik tanah, Tuan Mohamed Ali Bin Ab Jabar, agar penduduk dapat membeli semula tanah ini dengan harga yang lebih berpatutan. Harga belian asal RM1.3 juta boleh menjadi titik permulaan rundingan.
❗️Jika pemilik bersetuju, mungkin mana-mana pihak ataupun agensi Kerajaan berkenaan, boleh mengumpulkan dana bagi membeli semula tanah secara kolektif, mungkin melalui koperasi atau persatuan yang diuruskan bersama komuniti.

🛑Penyediaan Penempatan Semula :
❗️Sekiranya pengambilan balik tanah menemui cabaran yang besar, pihak berkuasa perlu segera mengenal pasti dan memperuntukkan tanah kerajaan yang sesuai dan berhampiran untuk dijadikan tapak penempatan semula kekal bagi seluruh penduduk Kampung Jimpangah.
❗️Tapak baharu ini perlu dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti jalan, air, elektrik, dan kemudahan awam lain. Ini adalah tanggungjawab sosial kerajaan untuk memastikan tiada seorang pun rakyatnya yang menjadi gelandangan.

Penduduk Kampung Jimpangah telah membuktikan ketabahan dan semangat komuniti yang luar biasa. Pelbagai kemudahan kerajaan yang telah diberikan sebelum ini menunjukkan pengiktirafan tidak rasmi terhadap kampung ini, namun, saya fikir, JTU sepatutnya menolak awal permohonan kampung jika tanah sudah bergeran dan menerangkan situasi keadaan. Tindakan pemilik tanah kini, telah menyebabkan penduduk kehilangan tempat tinggal tanpa pampasan atau penyelesaian alternatif.

Mungkin ada beberapa individu telah menceritakan dan menerangkan hal yang sama atau memberikan cadangan yang sama mengenai isu ini. Namun, sebagai Sabahan, ini adalah satu cara saya untuk mengekpresikan soladiriti dan rasa simpati sesama Sabahan. Saya melihat keperluan mendesak untuk mencari solusi berasaskan kemanusiaan atas isu ini.

Sabah for SABAHAN!

19/05/2025

Juara Sugandoi Putrajaya | Separuh akhir Sugandoi Kaamatan Negeri 2025

19/05/2025

Juara Sugandoi Tg Aru | Separuh akhir Sugandoi Kaamatan Negeri 2025

19/05/2025

Juara Sugandoi Ranau | Separuh akhir Sugandoi Kaamatan Negeri 2025

Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri TOP 20. Hari ini!!
19/05/2025

Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri TOP 20.

Hari ini!!

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Moing_B posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Moing_B:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share