12/08/2025
Buli di sekolah? Siapa yang tidak risau bila anak sendiri juga bersekolah dan tinggal di asrama. 2 anak saya sedari umur 13 tahun sudah berpergian menumpang teduh d asrama sekolah, sy sandarkan tawakkal dan doa. Setiap kali berhubung benda pertama sy akan tanya ialah 'is everething ok? Ada kena buli ka? U ada buli org? Then baru kami move to next conversation.
Kes adik Zara, semua org terkesan. Sy sendiri setiap kali terbaca update terkini pasti akan berlinang airmata. Sy terbayang anak sendiri, naluri keibuan sy betul2 tersentuh. Anak yg baik ini perlu pembelaan. Semasa hidupnya beliau tdk d bela, biarlah skrg ini kita teruskan bersuara agar pelakunya ditangkap segera. Semoga selepas kejadian ini nanti, akan ada sesuatu yg boleh kita lakukan berkenaan 'buli' ini.
Selalu sy pesan anak sy.
Sy: serius ummi tdk kisah kamu d buli (bukan tdk syg tapi anak2 skrg kena pandai main psikologi dgn mereka)
anak1: sampai hati🙄
anak2: ummi😥
Sy: tapi, tolong bagitahu pembuli2 tu nanti yg ummi sy ialah org yg paling garang di dunia, dia pernah pegang rambut org sambil seret org tu atas jalanraya sepanjang 200 meter😆.
Besar mata anak2.😱