Sabah Post Today

Sabah Post Today Kami Di Sabah Post Today memapaparkan kepada anda berita-berita dalam dan luar negara!

22/07/2025
Syabas Anak Sabah 👏
21/07/2025

Syabas Anak Sabah 👏

Satu-Satunya Dari Malaysia, Pelajar KV Keningau Finalis Global Student Prize 2025

Artikel di ruang komen

19/07/2025

Anak Sabah Rakyat Malaysia Tunggal Finalis Global Student Prize 2025

Kejamnya!!Gadis Bersalin Dalam Bas dan Buang Bayi ke Luar Tingkap, Lari Bersama Kekasih Lepas Kejadian
19/07/2025

Kejamnya!!

Gadis Bersalin Dalam Bas dan Buang Bayi ke Luar Tingkap, Lari Bersama Kekasih Lepas Kejadian

Seorang gadis, Ritika Dhere, 21 tahun, mencetuskan kemarahan dan kejutan di seluruh India selepas dipercayai melahirkan bayi secara senyap di dalam sebuah bas awam sebelum membuangnya ke luar tingkap, dalam kejadian yang berlaku di negeri Maharashtra.

Polis serbu perjumpaan gay di Kelantan, temui ratusan kondom dan ubat HIV
17/07/2025

Polis serbu perjumpaan gay di Kelantan, temui ratusan kondom dan ubat HIV

Polis Kelantan menyerbu satu perjumpaan gay yang melibatkan lebih 100 lelaki berusia antara 20 hingga 30-an di sebuah banglo di Kemumin di sini pada pertengahan Jun lalu.

sudah belajar sila komen
16/07/2025

sudah belajar sila komen

Tips ini bukan untuk suka-suka.
Ia ditujukan khas kepada lelaki yang sedang berusaha mendapatkan zuriat bersama pasangan. Bukan melalu perbuatan salah tapi melalui hubungan suami isteri yang sah.

Ramai lelaki tak sedar sperma pun ada ‘tarikh luput’. Kajian meta-analisis oleh Lo Giudice et al. mendapati, terlalu lama tidak ejakulasi boleh tingkatkan kerosakan DNA sperma (DNA fragmentation). Bila sperma disimpan terlalu lama, ia terdedah kepada radikal bebas dan suhu panas dalam badan, menyebabkan kualitinya menurun.

Kesannya?
Sukar untuk pasangan hamil, risiko embrio tak berkembang, atau keguguran awal.

Jadi apa boleh buat untuk tingkatkan kesuburan?

🩲 Elak pakai seluar terlalu ketat
💻 Jangan letak laptop atas peha
🕰️ Jangan ‘simpan’ terlalu lama (2–4 hari antara ejakulasi adalah ideal)
🚭 Elak rokok & v**e
🏃 Aktif bersukan, kurangkan stres
🪑 Jangan duduk terlalu lama tanpa bergerak

Kesuburan lelaki bukan sekadar ‘kuat’. Ia tentang gaya hidup yang sihat dan konsisten.

Selmat berhujung minggu
12/07/2025

Selmat berhujung minggu

Jadi paham sudah kau😏
11/07/2025

Jadi paham sudah kau😏

Lelaki tidak bercerita😎
10/07/2025

Lelaki tidak bercerita😎

07/07/2025

KOTA KINABALU: Hasiah Mongunjim telah menghabiskan bertahun-tahun menjaga suaminya Liun Owong, 56, yang terlantar sejak tahun 2021 selepas disahkan menghidap penyakit jarang ditemui yang dikenali sebagai Sindrom Kalsifikasi Otak Keluarga Primer (Primary Familial Brain Calcification Syndrome).

Wanita berusia 59 tahun daripada suku Rungus yang berasal dari Kampung Lajong, Kudat itu berkata suaminya mula jatuh sakit pada tahun 2008.

“Dia semakin lemah dari tahun ke tahun sehingga pada tahun 2021 dia sudah tidak dapat bangun,” katanya.

Ketika menjaga suaminya Hasiah juga menjaga anak perempuan mereka yang kelainan upaya yang meninggal dunia pada tahun 2023.

Dua orang anak perempuan lain juga meninggal dunia akibat penyakit — Chrisaflix, 17, pada 2015, dan Cirinstella, 14, pada 2019.

Walaupun berdepan kehilangan yang begitu menyakitkan Hasiah tidak pernah berputus asa. Kini dia masih menjaga kedua-dua ibu bapanya yang sudah lanjut usia — bapanya Mongunjim Mangajin, 83, dan ibunya Udut Managan, 82, yang kedua-duanya uzur dan memerlukan bantuannya dalam tugas harian.

“Saya buat semuanya sendiri daripada memasak, mengemas dan menyediakan makanan mereka. Saya buat setakat mana yang saya mampu.

“Saya sendiri tidak sihat. Saya sakit belakang teruk sebab perlu angkat suami untuk membersihkan dan menjaganya,” katanya.

Keluarganya hanya menerima bantuan bulanan kecil daripada Jabatan Kebajikan — RM350 untuk suaminya dan RM200 untuk bapanya.

Kadangkala orang ramai yang tahu tentang keadaannya turut menghulurkan wang atau barangan untuk membantu.

“Adik-beradik dan saudara-mara lain pun cuba membantu tetapi mereka juga ada keluarga masing-masing. Kami semua sedang bergelut,” ujarnya.

Pada masa ini Hasiah memerlukan 26 tin susu Ensure setiap bulan bagi keperluan pemakanan suaminya manakala untuk ibu bapanya p**a mereka memerlukan kira-kira 10 tin susu sebulan seperti jenama Nespray atau Everyday.

Dia kini menerima sokongan daripada sebuah NGO Arm of Hope yang membantunya dengan tiga tin susu setiap bulan. Namun bagi menampung keperluan pemakanan suaminya sepenuhnya dia memerlukan 26 tin setiap bulan.

Walaupun berduka dan menanggung beban berat dia tetap meneruskan hari-harinya dengan ketabahan dan kasih sayang serta percaya bahawa suatu hari nanti keadaan akan menjadi lebih baik dengan izin Tuhan.

Dia merayu bantuan daripada individu budiman NGO atau mana-mana organisasi yang boleh membantu keperluan keluarganya khususnya bekalan perubatan, sumbangan nutrisi, barangan makanan dan lampin dewasa.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 014-9552067 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank miliknya: 112101433789.

Address

Inanam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Post Today posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sabah Post Today:

Share

SABAH NEWS KINI

DAPATKAN BERITA TERKINI DARI SABAH NEWS KINI, BERITA TERBARU SABAH DAN LUAR NEGARA UNTUK INFOMASI KITA SEMUA.