09/12/2022
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) sehingga Sabtu, 10 Disember 2022.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Gua Musang) • Terengganu (Dungun dan Kemaman) • Pahang (Jerantut dan Kuantan) sehingga Sabtu, 10 Disember 2022.
SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin) sehingga Sabtu, 10 Disember 2022.
🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.
🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Dikeluarkan pada: 8:45 pagi, 9 Disember 2022