16/08/2026
Salam,
*DAP - Kekal atau Keluar?*
Hari ini lebih dari 4,200 perwakilan DAP akan memutuskan keputusan samada mereka akan "kekal" atau "keluar" dari kerajaan madani. Keputusan yang saya anggap ibarat "gergaji dua mata" keatas apa jua keputusan dibuat.
Apa-apa pun pilihan kedua-dua keputusan tersebut akan membuat YAB PMX diletakkan sebagai "mangsa tebusan politik" kerana sudah pasti DAP akan mengunakan seluruh kekuatan politiknya dengan kehadiran 40 Ahli Parlimennya untuk menuntut YAB PMX melaksanakan tuntutan mereka. Adakah URA, Pemilihan Datuk Bandar KL, UEC akan dilaksanakan demi memastikan DAP memberi sokongan politik kepada YAB PMX??? Kita tunggu dan lihat.
Langkah usul yang dibuat oleh DAP hari ini adalah langkah taktikal untuk kerajaan bertindak atas tuntutan mereka. Bijak dan tepat masanya. Jangan juga terkejut jika YAB PMX yang kini nampak terlalu rapuh dan telah hilang banyak pengaruh dan sokongan politik di dalam luar dan dalam partinya sendiri. Mati atau hidup politiknya DAP hanya satu-satunya "harapan" beliau.
Akhir kata, jika saya Anwar Ibrahim, saya akan bubarkan Parlimen selepas Kongres PKR dan DAP minggu ini bilamana dilihat "story board politic" saya sudah kelihatan cacat dan hodoh. Gambarnya sudah tidak boleh dijual kepada rakyat. Ini juga bertujuan beliau menjadi mangsa tebusan politik di Putrajaya. Kuasa bubar parlimen ditangan YAB PMX dan bukan pada orang lain. UMNO hanya menanti sabar dan terus kekal dalam kerajaan madani seperti ditegaskan oleh YAB Presiden UMNO. Wallahuallam.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu WP
16hb Ogos 2026
Lebih 4,200 perwakilan DAP akan mengundi pada Ahad ini bagi menentukan jika parti itu patut kekal dalam kerajaan persekutuan sehingga tamat penggal perkhidmatan semasa.