Siapa Kisah

Siapa Kisah Menyediakan Cerita-cerita terbaik untuk korang. Stay Follow, Like dan Share.

Ini adalah gambar arwah anak saya semasa saya menghantarnya ke asrama penuh ketika dia di Tingkatan 4.Kisah kemat*an yan...
07/08/2025

Ini adalah gambar arwah anak saya semasa saya menghantarnya ke asrama penuh ketika dia di Tingkatan 4.

Kisah kemat*an yang sangat menyedihkan tentang Zara Qairina amat saya terasa.

Kes buli di asrama memang sering berlaku. Arwah anak saya juga menjadi mangsa buli.

Cuma anak saya tidak dipukul, tetapi budak-budak di asrama masuk ke biliknya, guna barang peribadi tanpa izin, sembunyikan barang-barang dia, dan tuduh dia mencuri.

Arwah anak saya pernah mengadu kepada warden dan pengetua. Tapi mereka hanya menjawab,
"Ala, itu biasa lah. Kawan-kawan nak bergurau dengan awak."

Ada satu masa, arwah anak saya terlalu tertekan dengan sikap budak-budak di asrama sehingga dia pengsan. Semasa dia dibawa ke hospital, pihak sekolah langsung tidak maklumkan kepada saya. Nasib baik ada seorang rakan arwah anak yang telefon dan beritahu saya yang dia dimasukkan ke wad.

Bila saya tanya cikgu sekolah kenapa tak telefon saya untuk maklumkan keadaan anak saya, jawapan yang saya terima sangat menyakitkan hati:

"Zetty pengsan saja, lagipun kami boleh uruskan."

Arwah anak memang selalu mengadu tentang budak-budak di asrama. Pada awalnya, saya anggap perkara itu biasa dan minta arwah anak bertahan serta bersabar.

Sehinggalah satu hari, arwah anak buat video call sambil menangis-nangis...

"Mama... Tolong, Zetty nak berhenti sekolah. Tak tahan sekolah dekat sini."

Masa tu, hati saya tertanya-tanya, kenapa arwah anak saya menangis sampai macam tu, sampai minta berhenti sekolah.

Waktu itu juga saya terus pergi ke sekolah, jumpa pengetua. Pengetua tak benarkan berhenti, tapi beri cuti untuk arwah anak berehat.

Masa bawa balik arwah anak, dia ceritakan semua yang berlaku di asrama.

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk berhentikan anak saya dan tukarkan ke sekolah biasa.

kepada ibu bapa:
Kalau nak masukkan anak ke asrama, keraplah bertanya khabar dan sentiasa ambil tahu keadaan mereka.

Arwah anak saya, Zetty Anisa Mohammad Noor, meninggal dunia akibat kemalangan motosikal pada tahun 2023.

Mohon semua doakan untuk anak saya.
Al-Fatihah, Syurga buat bidadari mama – Zetty Anisa Mohammad Noor.

Kredit: FB Norhafidzah Muridan

https://nak.info/muka-pelaku-kes-zara-qairina

Tular video 3 orang ni makan KFC, lepas tu mereka letakkan dan campurkan tulang ayam tu dalam bungkusan nasi KFC dan bag...
05/08/2025

Tular video 3 orang ni makan KFC, lepas tu mereka letakkan dan campurkan tulang ayam tu dalam bungkusan nasi KFC dan bagi kepada gelandangan. Gelandangan itu awalnya nampak gembira dengan pemberian mereka namun reaksinya berubah saat dia membuka bungkusan nasi itu yang berisi tulang dan nasi.

Nak bersedekah, nak beri orang makanan.. bagi lah makanan yang elok bukan sisa makanan yang kau dah makan!

Video penuh📹 https://nak.info/kurang-ajar-bagi-makan

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Siapa Kisah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Siapa Kisah:

Share