19/04/2022
Gara-gara foto yang tular, timbul dakwaan kononnya Siti Bainun dilindungi keluarga kami!
Nurul Hidayah Ahmad Zahid berkata, keluarganya tidak terlibat sama sekali dengan orang kena tuduh (OKT) Siti Bainun, meskipun mengakui mereka pernah kenal dan rapat sebelum ini.
Beliau menjelaskan “Pendedahan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sebagai anak saya wajib mempertahankan maruah keluarga saya dari terus tercalar.
“Kami sekeluarga tiada kena mengena dengan beliau atau dengan pemahaman lain, kami sekeluarga tidak pernah melindungi dia, Siti Bainun.
“Benar kami pernah kenal dan rapat. Sebagai seorang yang pernah rapat saya merasakan dikhianati kerana selama ini OKT yang saya anggap sebagai insan yang s**a membantu orang lain sebenarnya mempunyai satu lagi personaliti yang tidak terbayang dek akal saya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
“Saya tidak berhajat untuk menulis lebih panjang kerana sebagai manusia, hati saya tidak mampu menahan emosi melihat orang yang pernah rapat dengan kita suatu ketika dahulu didakwa atas tuduhan mendera,” katanya.
“Jika ada cerita yang menyatakan sebaliknya, bukan kami yang melindungi OKT, mungkin ia adalah salah satu cara seseorang itu memberitahu yang dia adalah seorang yang 'kebal'.
“Tiada yang kebal dan kuat jika bersandarkan kepada manusia, kecuali ALLAH yang Maha Mengetahui dan Maha Melindungi,” tulisnya lagi.