Kaki Rayap

Kaki Rayap Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kaki Rayap, News & Media Website, sentul, Kuala Lumpur.

Segala KOMEN & PENULISAN Di Ruang Komen Adalah Pendapat Peribadi Akaun Empunya, Admin Tidak Akan Bertanggungjawab Dengan Komen Tersebut.Tapi Jika Menyentuh 3R & Melanggar Undang2,Komen Itu Akan Di Padam Oleh Admin, Tanpa Amaran.

02/09/2026

TEMERLOH, PAHANG - Empat individu m4ut manakala empat lagi
cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan 11 kenderaan di
Kilometer (KM) 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Lanchang menghala Kuantan dekat sini pada Isnin.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan
Penyelamat (BBP) Mentakab bersama dua jentera tiba di lokasi pada
jam 11.24 malam, kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan
kecemasan.

"Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk
mengeluarkan dua lelaki tersepit dalam Honda CRV dan lori tanker
sebelum mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).

"BBP Temerloh kemudian tiba dengan tujuh anggota bagi
membantu mengeluarkan seorang lagi mangsa tersepit dalam
Honda CRV.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum
diserahkan kepada polis,” katanya.

Menurutnya, enam anggota BBP Karak turut membantu
mengeluarkan tiga mangsa tersepit dalam Proton S70 menggunakan
peralatan khas.

“Ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal
dunia oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk
tindakan selanjutnya,” katanya.

Mohd Salahuddin berkata, operasi dikawal pada jam 2.48 pagi sebelum anggota bomba menjalankan kerja pembersihan dan pemantauan bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.50 pagi dan semua jentera bersama anggota meninggalkan lokasi untuk kembali ke balai,”
katanya.

27/08/2026

HYDERABAD - Seramai 17 rakyat Malaysia antara ratusan warga asing yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan di daerah Rasuwa, Nepal pada pagi Rabu, menurut Lembaga Pelancongan Nepal.

Lembaga itu dalam satu kenyataan memaklumkan urusan
perjalanan rakyat Malaysia yang hilang berkenaan diuruskan oleh agensi pelancongan Fishtail Tours and Travels.

Sekurang-kurangnya 291 warga asing dan 93 warga Nepal tidak
dapat dihubungi, manakala polis dan pengendali pelancongan
sedang berusaha mengesan mereka, menurut lembaga itu dalam kemas kini situasi pada sebelah petang.

Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan
sebelum ini memaklumkan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa dilaporkan terputus hubungan
susulan banjir berkenaan.

Kementerian itu memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di
Kathmandu sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan.

"Pasukan mencari dan menyelamat yang kini dikerahkan oleh
kerajaan Nepal sedang berusaha mengesan rakyat Malaysia yang
terjejas dan memastikan keselamatan mereka," menurut kementerian itu.

Banjir akibat limpahan Sungai Bhote Koshi menghanyutkan banyak kampung serta memusnahkan jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure, Nepal.

Warga asing lain yang terputus hubungan termasuk 142 warga India, dengan 37 daripadanya menetap di luar negara, serta ramai warga
Britain, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

26/08/2026

Dua individu terbaring atas jalan dipercayai ditetak

SHAH ALAM - Dua individu ditemui terbaring di atas jalan dipercayai
akibat ditetak dalam kejadian di Seksyen 28 di sini pada Selasa.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video papan
pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan situasi tegang apabila beberapa individu dilihat berlari di lokasi berkenaan.

Dalam rakaman sama, terdapat individu lain dilihat terbaring di atas jalan, manakala beberapa hantaran lain turut berkongsi gambar memaparkan dua individu dalam keadaan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan kedua-dua individu terbabit serta punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

Dakwaan bahawa kejadian itu membabitkan kes tetak juga masih
belum dapat disahkan.

20/08/2026

SELANGOR: SEBUAH KENDERAAN SUV TIDAK MEMBERI KERJASAMA KEPADA SEBUAH AMBULAN WALAUPUN SIREN HON & PERCAKAPAN MELALUI SPEAKER.INFO LANJUT AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.

Johor-Satu lagi kes dijumpai di SILC Bandar Iskandar Puteri bendera yang dipasang terbalik termasuk bendera Malaysia dan...
20/08/2026

Johor-Satu lagi kes dijumpai di SILC Bandar Iskandar Puteri bendera yang dipasang terbalik termasuk bendera Malaysia dan bendera Johor.

19/08/2026

JOHOR BAHRU: Empat lelaki termasuk seorang warga Singapura ditahan selepas terbabit kejadian merusuh menggunakan senjata
dan melakukan provokasi terhadap anggota polis trafik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.37 tengah malam kelmarin.

"Laporan dibuat seorang pegawai polis di pusat kawalan selepas menerima maklumat orang awam.

"Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan
perselisihan faham di jalan raya membabitkan tiga lelaki warga
tempatan dan seorang lelaki warga asing dengan menggunakan
senjata.

"Ketika proses menenangkan seorang suspek yang juga warga asing
oleh dua anggota polis trafik BSI, lelaki itu membuat provokasi terhadap anggota," katanya menerusi kenyataan.

Bertindak atas maklumat, polis bersama anggota polis trafik BSI
menahan semua suspek berusia antara 25 hingga 46 tahun antara jam 12.15 tengah malam hingga 1.45 pagi kelmarin.

Polis turut merampas satu topi keledar dan sebilah pisau, dengan
semakan rekod mendapati dua daripada empat suspek mempunyai
16 rekod jenayah dan dadah.

"Semua suspek direman tiga hari bermula semalam hingga esok,"
katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana
merusuh bersenjata dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

18/08/2026

KULAI - Sebuah premis perindustrian di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) diarah tutup sementara selepas didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik.

Arahan penutupan itu dibuat sehingga pihak syarikat tampil
memberikan penjelasan dan melengkapkan perakuan Aku Janji
berhubung kesalahan pemasangan bendera.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor,Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik itu diperbetul dengan serta-merta.

"MPKU mengambil tindakan menutup sementara premis berkenaan
sehingga pihak syarikat tampil memberikan penjelasan dan
melengkapkan perakuan Aku Janji.

"Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan
siasatan, manakala pengarah syarikat akan dipanggil dengan segera
untuk memberikan penjelasan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan penutupan premis itu dibuat mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan
Perindustrian 2019 yang diguna pakai pihak berkuasa tempatan
(PBT) di Johor.

Katanya, ia termasuk UUK 49(2) berkaitan kuasa menutup premis
dan UUK 45(1) berkaitan pengibaran bendera.

"Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau syarat,
tindakan mesti diambil tanpa pilih kasih," katanya.

Mohd. Jafni berkata, kerajaan negeri memandang serius kesalahan
itu kerana Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, sebaliknya ambang kedaulatan, maruah dan identiti negara.

Beliau menegaskan, perkara itu tidak boleh dianggap remeh atau
dinormalisasikan dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal penghormatan terhadap Jalur Gemilang .

KUANTAN-Seorang anggota polis peronda ditahan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tid...
17/08/2026

KUANTAN-Seorang anggota polis peronda ditahan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang pada Sabtu ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di sini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki
bersubahat melakukan perbuatan tersebut bersama seorang lagi
pegawai polis peronda sejak Januari hingga Julai lalu.

"Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi
pemindahan wang ke akaun bank pihak ketiga yang digunakan.

"Suspek kini ditahan reman lima hari sehingga 20 Ogos depan,"
katanya.

Tambah sumber itu, perintah remah terhadap suspek telah
dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan dibuat
SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan di sini pada Ahad.

Sementara itu katanya, seorang lagi pegawai polis peronda berusia
lingkungan 30-an yang ditahan reman sebelum ini disambung reman selama empat hari sehingga 19 Ogos ini.

"Perintah lanjutan reman tersebut juga dikeluarkan Majistret Ellyna
Othman selepas permohonan reman pertama ke atas pegawai polis
tersebut berakhir hari ini," jelasnya.

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Shukor Mahmud ketika
dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Mahkamah Tinggi Ipoh dimaklumkan bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, tidak digilis oleh kenderaan dipandu D...
14/08/2026

Mahkamah Tinggi Ipoh dimaklumkan bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, tidak digilis oleh kenderaan dipandu DSP Mohd Nazri Abdul Razak seperti didakwa beberapa saksi.

Peguam M. Athimulan berhujah, pakar patologi forensik mengesahkan kecederaan mangsa tidak konsisten dengan keadaan seseorang yang digilis kerana tiada tulang remuk, organ hancur atau kesan tayar pada tubuh dan pakaiannya.

Menurut pembelaan, Muhammad Zaharif Affendi dipercayai tercampak daripada motosikal selepas berlaku perlanggaran, manakala kecederaannya konsisten dengan kesan terjatuh di atas jalan raya. Pembelaan turut mendakwa persepsi saksi terhadap kejadian traumatik itu mungkin dipengaruhi oleh media sosial.

Athimulan juga membangkitkan kegagalan mengemukakan data ‘kotak hitam’ Perodua Ativa yang menurutnya penting untuk menentukan sama ada Mohd Nazri cuba membrek, melencong atau mengelakkan perlanggaran serta keadaan sebenar kelajuan kenderaan.

Mohd Nazri, 46, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi berhampiran SMK Jati antara 11.55 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita:Bernama
Sumber Gambar:

PROGRAM PEMBERIAN INSENTIF PENYERAHAN ANJING TERBIAR SECARA SUKARELA 2026Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mempelawa orang...
13/08/2026

PROGRAM PEMBERIAN INSENTIF PENYERAHAN ANJING TERBIAR SECARA SUKARELA 2026

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mempelawa orang ramai untuk menyertai Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026 sebagai usaha berterusan mengawal populasi anjing terbiar di kawasan pentadbiran MBS.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti melalui pengurusan haiwan terbiar yang lebih sistematik dan berkesan.

💰 Kadar Insentif yang Ditawarkan
🐕 RM50.00 seekor bagi Anjing Dewasa
🐶 RM25.00 seekor bagi Anak Anjing (bawah 6 bulan)

📌 Syarat Utama Permohonan
✔ Warganegara Malaysia yang tinggal & merupakan penduduk dalam kawasan MBS
✔ Anjing diserahkan dalam keadaan hidup
✔ Tiada kecederaan serius atau penderaan
✔ Anjing tidak berlesen atau tiada bukti pemilikan
✔ Tertakluk kepada syarat dan peruntukan semasa Majlis

📅 Tarikh Program Bermula: 24 Ogos 2026
📋 Kaedah Penyerahan
🔹 Penyerahan terus kepada pihak MBS mengikut tarikh dan lokasi yang ditetapkan
🔹 Pemohon akan dihubungi oleh pihak Majlis bagi pemberitahuan status permohonan dan penyerahan salinan borang permohonan penyerahan anjing yang telah disahkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
🔹 Penyerahan anjing kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Wisma MBS adalah pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja, tertakluk kepada perubahan semasa dan pemakluman lanjut daripada pegawai Majlis yang akan menghubungi pemohon.

📲 Sila imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban

☎️ 06-7654246 / 06-7654298

Link Post >>> https://www.facebook.com/photo?fbid=1390848479808967&set=a.336433781917114

Address

Sentul
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Rayap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kaki Rayap:

Shortcuts

Share