Mayang Seram

Mayang Seram KISAH SERAM SEBENAR

25/05/2025

09/05/2025

28/04/2025

PENANGGAL LALU DEPAN RUMAH

BANGLO LAMA BRITISH      Aku, suami dan anak kami yang berusia lima tahun bercuti ke Cameron Highland pada cuti sekolah ...
05/04/2025

BANGLO LAMA BRITISH

Aku, suami dan anak kami yang berusia lima tahun bercuti ke Cameron Highland pada cuti sekolah yang yang lalu. Penat dengan kehidupan bandar yang sesak, kami pilih untuk menyewa sebuah banglo lama yang pernah menjadi rumah persinggahan pegawai British pada zaman dulu. Banglo tu terletak di lereng bukit, dikelilingi ladang teh. Pemandangan memang cantik, tapi sunyi. Ejen yang serahkan kunci pun macam tergesa gesa , seolah olah tak nak lama kat situ.
Banglo dua tingkat tu masih mengekalkan reka bentuk asal. Pintu kayu tebal, tingkap kaca berbingkai besi dan perabot antik. Hari pertama, anak aku Amir mula buat perangai pelik. “Mama…kenapa perempuan tu duduk atas tangga?” Katanya sambil tunjuk ke arah tangga naik ke tingkat atas. Kami pandang, tiada sesiapa. Aku tanya anak aku “Perempuan apa?” Amir diam je tak jawab. Malam tu dia menangis dalam tidur dan menjerit, “Jangan tarik tangan saya!” Kami ingat dia mengigau. Hari kedua. Aku terjaga awal pagi untuk ke dapur. Masa melintas ruang tamu, aku perasan ada kerusi goyang antik yang bergoyang perlahan.
Aku berhenti perhatikan kerusi yang tengah bergoyang tu. Dalam hati aku, rumah tu tak ada kipas, angin pun tak kuat. Tapi kerusi tu terus bergoyang seolah olah macam ada orang baru bangun. Tengahari tu, kami keluar ke pasar nak beli sedikit barang makan. Masa nak turun dari kereta, ada seorang pakcik tu pandang kami sambil bersuara: “kamu duduk kat banglo hujung tu ke?” Kami pun angguk kat pakcik tu. Pakcik tu pesan, kalau dengar bunyi ketuk malam malam, jangan buka tingkap. Kami senyum dan terus pergi ke pasar. Malam tu bila kami tengah lena tidur, tiba tiba terdengar bunyi tingkap di ketuk dengan kuat. Aku dengan suami aku terus baca surah apa yang terlintas dan peluk anak kami.
Ketukan tu makin perlahan dan terus senyap. Tapi malam tu juga anak aku Amir demam panas. Dia meracau dan sebut, “Dia nak ajak saya main kat atas..dia kata atas tu bilik dia.” Kami pun terus bawa Amir ke klinik yang ada di pekan. Bila doktor tu tengok alamat tempat tinggal kami, dia tanya: “Awak tahu tak cerita pasal banglo tu?” Aku dengan suami cakap la tak tahu. Doktor tu beritahu, banglo tu pernah jadi tempat kematian misteri dua orang adik beradik british. Salah seorang daripada mereka mati jatuh dari tangga. Dan seorang lagi ditemui mati di bilik tingkat atas. Ramai orang kata, roh budak tu masih ada dalam banglo tu.
Kami pun terus balik ke banglo, ambil semua barang dan terus balik KL. Lepas beberapa hari tu, bila kami buka galeri gambar dalam fon…ada satu gambar yang kami tak pernah ambil pun. Gambar tu gambar Amir tengah duduk atas kerusi goyang sambil senyum tengok kamera. Tapi di belakang dia jelas kelihatan seorang budak perempuan berpakaian lama zaman british berdiri di tangga, dengan muka pucat sambil senyum menyeringai.

ROH KUDA KEPANG     Malam tu aku ingat lagi,malam bulan purnama yang terang benderang. Kampung aku seperti biasa mengada...
05/04/2025

ROH KUDA KEPANG

Malam tu aku ingat lagi,malam bulan purnama yang terang benderang. Kampung aku seperti biasa mengadakan upacara kuda kepang. Setiap tahun kami semua yang terlibat akan menari mengikut irama gamelan, menunggang kuda rotan yang di hiasi indah dan melakukan gerakan tradisional yang telah di warisi turun temurun. Aku dah menjadi penari kuda kepang sejak kecil lagi, Tapi malam tu….aku rasa ada sesuatu yang lain.
Malam tu seakan akan ada aura yang berat di sekeliling. Sesuatu yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Guru tua yang selalu memimpin upacara , Pak Mat berkata bahawa ini adalah malam yang istimewa kerana bulan purnama akan memanggil roh nenek moyang kami. Tapi aku tak tahu kenapa, perasaan aneh tu terus mengganggu aku. Upacara di mulakan dengan irama gamelan yang merdu. Kami para penari, mulai bergerak dengan gerakan yang biasa kami lakukan. Tapi semakin lama, aku rasa macam ada sesuatu yang menguasai tubuh aku.
Aku terasa macam ada kekuatan lain yang membuatkan aku bergerak dengan cara yang lebih agresif daripada biasa. Aku mula merasa seolah olah tubuh aku bukan tubuh aku yang sebenar. Mata aku kabur, seperti pandangan aku tertutup dengan kabus tebal. Aku betul betul tak dapat kontrol diri aku lagi. Kuda kepang yang aku tunggang juga kelihatan bergerak dengan sendiri. Aku cuba berhenti, tapi tak boleh. Badan aku terlalu berat, macam ada sesuatu yang mengikat aku untuk terus menari. Tiba tiba aku terdengar suara seseorang menjerit.
Itu suara Amir, salah seorang penari. Aku tengok Amir macam kena rasuk, dengan pandangan kosong dan menari dengan agresif. Tiba tiba aku mendengar suara guru tua kami,Pak Mat berteriak membaca mentera kat tengah padang. Aku rasa macam sedang dipanggil untuk sesuatu yang sangat menakutkan. Bacaan mentera semakin kuat. Aku dapat rasa yang badan aku macam terbakar. Tiba tiba aku nampak Amir terus jatuh pengsan dan pandangan aku gelap. Sedar sedar je aku dah kat dalam bilik rumah aku. Aku seolah olah baru tersedar dari mimpi.
Menurut Pak Mat, yang masuk dalam tubuh aku dengan amir adalah roh jahat yang tidak diundang. Sejak dari kejadian malam tu, itu lah kali terakhir aku menjadi penari kuda kepang. Tapi setiap kali bulan purnama, aku mesti dapat rasa ada sesuatu yang ikut aku. Aku akan dengar bunyi tapak kaki kuda dan suaranya mengelilingi aku. Itu lah yang aku lalui hingga ke hari ini. Yang pasti, aku tak kan pernah lupakan pengalaman yang mengubah hidup aku selamanya…

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mayang Seram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category